NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Memaparkan catatan dengan label makanan best home made. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makanan best home made. Papar semua catatan

Isnin, September 17, 2012

Tempe & kobis bunga salut tepung magik



Salam bahagia kawan-kawan,


Lamanya tak mengupdate blog... hampir 2 bulan...

banyak kesah yang nak dikongsikan tapi selalu jer ade hal-hal yang menyebabkan kerja-kerja mengadap dashboard blogger terbantut.. happy


Sudah lebih 6 bulan menjual tepung magik & cheezy sauce.. tak ingat pernah kongsikan resepi/hasil masakan nya ke tidak sebelum ni..

Almaklum dah lama tak berblog, tapi rasanya memang banyak yang tidak dikongsikan.





ini tempe dan kobis bunga (cauliflower) celup tepung magik, di makan dengan cheezy & mayonis.


mudah sangat nak sediakan.. hanya bancuhkan tepung magik dengan air, jika nak lebih rangup, bancuhkan dengan air sejuk dari petiais.. bancuh jer agak2 sederhana cair, tidak terlalu pekat & tidak lah cair. tidak perlu dicampur garam, telur dsb.. hanya tepung magik & air sahaja.

Kemudian celupkan ajer tempe/kobis bunga dalam bancuhan tepung. Goreng dalam minyak yang panas, dengan api sederhana.. bila warna sudah bertukar ke warna perangan keemasan, boleh lah toskan minyak & diangkat.

Cheezy sauce juga mudah disediakan : hanya ambil 1 sudu makan (bancuh ikut keperluan sahaja), bancuh dengan sedikit air panas dan kacau rata.. celup dengan tangan untuk rasa kepekatan.. jika bancuhan tercair. boleh tambahkan mayonis. 

Sedap benor jika dimakan untuk minum petang, layan dengan teh o panas atau pun kopi o.. 





untuk order set tepung magik & cheezy sauce : boleh PM kakyong di FB..
maklumat lanjut sila lah berkunjung ke Kakyong's Shoppe.



salam kasih sayang,


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Rabu, Jun 13, 2012

Sambal udang peria katak

Salam bahagia,

hari ni share resepi lagi... masih lagi dalam mode warming up untuk berblog...

Actually resepi ni senang jer nak bikin.. Atas permintaan Ummi Hanie.. ni la saya kongsikan


snap guna henfon


bahan-bahan :

10 ekor udang sederhana besar - ni saya beli dari pakcik van, 10 ekor = RM3
1 biji peria katak
1 biji buah tomato - saya memang pemakan buah tomato yg TEGAR
2-3 sudu makan cili giling
2-3 ulas bawang kecil/merah - ditumbuk
sedikit halia - juga ditumbuk
1 labu bawang besar, dipotong bulat @ separa bulat
garam & gula


cara masak
1. peria katak di potong & direndam dalam air garam - dlm 10-15 minit
2. panaskan minyak & tumis bawang & halia sehingga naik bau & garing
3. masukkan cili giling.. masak sampai pecah minyak - perlahan kan api, biar cili tu garing elok , masukkan gula sedikit utk cantikkan warna sambal ..
4. masukkan buah tomato & peria katak - & sedikit air, kacau bagi peria masak sedikit (2-3 minit jer)
5. pastu masukkan udang & bawang besar.. kacau sampai udang betul2 masak..
6 siap untuk dihidangkan..



snap guna kamera 8MP


dan lunch kami hari ni layan sekali dengan tempe goreng tepung magik





p.s maaf yer kawan, pelan2 baru nak BW semula ni... please welcome me back to blogging world.. :)




Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Isnin, Jun 11, 2012

Udang 3 rasa



Salam bahagia,







Resepi simple jer..


bahan-bahan
300g udang
2-3 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit halia - ditumbuk
3-5 biji cili api -diketuk (ikut suka nak letak banyak @ sikit)
1- 2 sudu makan sos tiram ( x sukat pun..)
2 -3 sudu sos chili (pun x sukat juga)
1 biji tomato dipotong dadu
sedikit nenas didadu (x de stok)
batang sader (x de stok)
1 labu bawang besar dipotong bulat
sedikit air & perasakan garam


cara masak.
1. tumis bawang putih & halia, sehingga naik bau & garing
2. masukan buah tomato, sos tiram, sos cili, kacau 1-2 minit
3. masukkan air, saya masukkan air panas, pastu terus masukkan udang & bawang, kacau sampai udang elok masak
4. jika yang kurang makan garam, tak yah boh garam pun okay.. rasa dulu sebelum masukkan garam.

siap untuk dihidangkan..



yang ni snap guna kamera henfon.. ;) 3MP jer.. 



p/s : masih & sedang mcari mood untuk berblog semula.. rindu sangat2 dah nak BW & baca cerita kawan2.. tapi tu lah.. la ni malam jer dah kena off lappy.. nak BW via hfon tak berapa nak expert lagi..



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Khamis, April 05, 2012

Menu ikan tilapia merah



Salam bahagia,


entri ini kesinambungan dari entri aku seekor tilapia merah..




tilapia ala pop-corn goreng bersalut TM (tepung magik) dihidangkan bersama mayo & cheezy sauce.


dan 1 menu lagi.. tak sempat di snap gambor nya... ikan tilapia dipotong bahagian isi ajer (ala2 macam fish & chip tu) digoreng salut tepung magik.. dan dihidangkan dengan sambal kacang.. 





Anak-anak suka bangat makan ikan tilapia bersiram dengan kuah kacang ni... yang menu tilapia pop-corn tu.. ibunya jer yang layan sensorang... heheh..





bahagian kepala ni pun hajat nya nak dimakan dengan kuah kacang.. sekali adik saya meratah macam tu jer sampai tinggal tulang... bahagian kepala ni saya lumur jer dengan tepung magik yang kering...


Itulah kesudahannya aku seekor ikan tilapia merah... kalo dapat banyak ekor best juga kalo dipanggang.. makan dengan cili api & bawang potong yang dimesrakan dengan budu...



budu dah ready.. tunggu saat untuk beraksi jer.... 



salam kasih sayang & rindu selalu..,



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Rabu, April 04, 2012

WW : Saya seekor tilapia merah



Salam bahagia..


lama nya tak update blog.. macam-macam nak tulis.. tapi manjang je tak sempat...

ni n3 yg nak buat/taip malam hari ahad.. sudah nya malam hari selasa baru dapat buat..




di waktu pagi.. masih lagi berenang-renang... di dalam baldi yang sempit





malam -- terdampar di sinki dapur...



siap di bolen kan..




hasil seterusnya...

tunggu n3 yang akan datang..





Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Khamis, Mac 22, 2012

Makaroni vege cheezy magik



Salam bahagia,


Rindu nya dengan blog... dok sibuk di FB & jaga 'kedai' sampai tak sempat nak jengah blog sendiri mahupun blog kawan-kawan..

Btw, terima kasih sebab ramai juga kawan blog yang menegur sapa saya di FB... Alhamdulillah, takde lah terasa diri ini dilupakan..


Lama jugak kami sekeluarga tak makan makaroni. Beberapa hari lepas ke Tesco, mencari makaroni yang bentuk huruf ABC tu... tapi jenuh belek satu-satu.. tak jumpa lah pulak.. jadi beli jer lah yang macam nut basikal tu.. beli yang halus-halus punya..


Lunch tadi, masakkan makaroni , jom layan gambar.. masak simple-simple jer.. janji ia nya masih menu sihat.. dan anak-anak mau makan..




ni telur hancur bersayur (vege sramble egg) -- saya guna buah tomato & batang saderi , saya tumis bawang sikit.. kasi naik bau...



ni takkan tak kenal kot... hehhe



ni keju jalapeno (cheezy sauce) ... mana nak dapat? PM saya... https://www.facebook.com/kakyonghyibu3A




satukan makaroni, vege scramble egg dan juga cheezy sauce..




nak sedap lagi.. tabur sedikit serbuk lada hitam..


Alhamdulillah... anak-anak makan sampai habis.. terutamanya Anis.. sebelum ni dia tak suka dengan sos keju tu.. tapi hari ni makan sampai jilat sudu dan jari... 


Tapi tak leh nak makan macam ni selalu.. tak kena di tekak en ayah... hehehhe...



meh intai-intai sini : set kombo cheezy magik 


salam kasih sayang,
.



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Jumaat, Mac 16, 2012

Fenomena baru di rumah



Salam bahagia,



Sejak mula sibuk 'meniaga' ni, manjang je tak sempat nak jengah ke blog... apatah lagi nak jenjalan ke blog kawan-kawan. 


saya cuba jugak untuk BW, tapi tak dapat nak melawat banyak blog seperti hari-hari saya yang dulu..



jejari kentang rangup...



ayam pop-corn ala KFC... 


Selalunya ubi kentang adalah stok yang paling susah nak habis.. memang tak laku lah.. 

Ayam ni biasalah, feveret Fikri.. ANis & ALiya kureng sikit dengan ayam ni..

tapi bila buat gorengan di salut dengan tepung magik... wallaaa.. 

Fikri kata "tak payah pergi KFC, ibu pun dah boleh buat ayam kepsi yang sedap.."

hari-hari Fikri dok minta kentang jejari ni.. buat wedges tapi dia tak berapa nak layan..

tapi tak boleh lah nak mengadap masakan yang bergoreng hari-hari kan.. 


ni dah 2 hari tak buat kentang goreng.. sebabnya stok dah habis & ibunya kemalasan nak pergi ke kedai..

lagipun kedai depan tu takde jual mayonis, jadi ibunya rasa macam kurang kick cecah sos cheezy tanpa mayo.


KOme nak 1 set cheezy magik... meh klik sini.. mana tahu ade tuah kome. 



salam kasih sayang,





Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Rabu, Mac 14, 2012

WW : Ayam pop-corn tepung magik



Salam bahagia,






p/s
minggu ni pun masih tak berapa nak sempat BW... maaf yer kawan2.. terima kasih pada yang masih sudi singgah di blog kakyong ni.



salam kasih sayang,

.


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Isnin, Februari 20, 2012

Sos bawang putih pedas kaw punya



Salam bahagia,


Rasanya ramai kot yang pandai buat sos bawang putih bercili api ni...  winking





Paling senang jer nak buat... tinggal rajin dengan malas jer..

Bahan-bahan:

2 - 3 ulas bawang putih (yang saiz besor yer)
3 - 5 biji cili api (kalo cili api kampung tu pandai2 lah adjust.. kepedasan ikut tahap masing-masing)
2 -3 sudu makan sos tomato (masa 1st time buat, xde sos tomato, hentam jer sos cili..)
gula & garam secukup rasa
air suam


Caranya :

  1. goreng bawang putih & cili api (minyak sikit jer yer..) , goreng kejap jer, 1 minit jer lebih kurang
  2. tumbuk cili api & bawang putih, masukkan gula dan garam sekali dan tumbuk lumat
  3. dah lumat masukkan dalam mangkuk kecil, masukkan sos tomato dan air suam sikit, kacau rata.. jika suka lebih cair, boleh letak air lebih.. dah sedia untuk dimakan.. 
  4. Jika nak buat dalam kuantiti yang banyak, boleh simpan dalam petiais


kan dah cakap.. senang jer nak buat sos ni.. kredit resepi >> Noni My





Sos ni sedap dimakan dengan segala aneka cucur/cekodok.. ayan goreng/panggang, ikan goreng/ikan panggang pun sedap... dengan kepok lekor pun sedap... big grin thumbs up



salam kasih sayang,
.





Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Khamis, Februari 09, 2012

Kena tinggal



Salam bahagia,


Bulan ni rasanya bulan yang saya agak banyak meninggalkan blog ini...

  • tak update entri setiap hari
  • tak balas komen (banyak tau komen-komen di entri2 yang lalu saya tak sempat balas, tapi saya baca semua komen-komen tu tau.. )
  • tak blogwalking berhari-hari.. huhhhuuu (banyak implikasinya kat sini.. tertiba rasa jauh dengan kawan-kawan blog... )

maaf kan saya yer.. bukan sengaja.. tapi diluar kemampuan untuk mengadap blog seperti selalu.. 

ni lah kos melepas nya.. bila dah fokus dengan kerja lain (yang menuntut masa & kudrat).. blog terpaksa diabaikan seketika.. semalam konon-konon nak UPkan entri WW pun tak sempat.


 
saya cuba untuk 'kembali' seperti biasa... hopefully saya dapat balik jadual saya yang biasa...


sebagai tanda minta maaf.. ini ajer lah yang mampu saya jamu untuk kome yang masih sudi bertandang ke blog kecik saya ni...





Jemput makan , jangan lupa baca Bismillah dan doa makan  big grin


p/s
walaupun dalam kalut.. tapi takde lah tensen @ stress macam hari tu.. terubat sikit rasa tertekan tu & lapang dada sebab menang GA , boleh baca kat SINI & SINI.





salam kasih sayang,
.


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Rabu, Februari 01, 2012

Kerabu mangga tak cukup bahan



Salam bahagia,





Kemarin saya google mencari resepi kerabu mangga.. macam-macam versi ada..

ada yang letak sotong, ada yang letak udang, ada juga yang letak isi ikan (dibakar dulu ikannya)..

saya pulak buat ikut bahan yang ada di rumah... serai takde, daun kantan takde.. so baunya memang lari sikit lah.. 

saya takde stok udang, sotong mahu pun ikan.. maka saya guna udang kering jer.. campur bawang, karot sikit dan cili masak (tak letak cili api.. saya sedang alah makan cili api sekarang ni.. huhuuu.. makan pedas pun ada musim tau..)

ada resepi yang letak sos ikan.. saya tak pernah beli sos ikan.. teringin nak beli, tapi tak tahu jenama apa yang sedap & diyakini halal. thinking  kome yang biasa guna sos ikan ni, boleh rekemen?


Rasa kerabu mangga saya ni kureng ummphhh.. saya sorang jer yang makan.. en ayah buat tak nampak jer.. no talking  len kali kena cukupkan bahan.. balance yang tak habis, saya simpan dalam petiais, hari ni saya ubahsuai buat sambal belacan.. winking



kenkawan yang terer buat kerabu mangga ni, kongsilah resepi.. 



p/s
pagi ni Anis beriya2 tak nak pergi sekolah sebab semalam cikgu beri surat cuti.. tapi surat cuti tu untuk 6 & 7 Feb 2012.. jenuh pujuk.. jom kita tengok sekolah dulu.. kalau cikgu takde baru kita balik.. huhuuu..



salam kasih sayang,
.





Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Rabu, Januari 25, 2012

Sup kentang & cendawan



Salam bahagia..


4 hari tak update blog.. BW pun tak.. bukan malas.. tapi sibuk dengan men'tuisyen'kan orang nak exam.. dan sibuk buat kerja offline.. . hihihikkk..  masih adap lappy, tapi tak leh nak online pun.. sebab kerja ni kena fokus.. hari ni pun ada lagi kerja yang tak siap.

Plan asalnya cuti CNY saya ingat nak buat tuisyen untuk budak-budak sekolah rendah.. ajar Matematik dan Bahasa Inggeris.. tapi, kerja yang ditangan pun masih banyak.. susah pulak nak uruskan masa.. jadi settle kan dulu kerja yang ada ni.. pasni baru start dengan kelas tuisyen budak sekolah rendah pulak. 


Okay, hari ni just nak buat entry pendek jer.. jom masak sup kentang & cendawan.. actually nak buat sup kentang & tomato macam kat blog kak NZA.. tapi buah tomato dah habis stok.. jadi berinspirasikan resepi dari blog kak NZA, terhasil lah sup kentang & cendawan




Bahan-bahan :


  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 1 biji kentang 
  • 1 paket cendawan tiram (cendawan ni jer yang ada), kalau nak guna cendawan lain pun boleh
  • sedikit ikan bilis (sebagai perisa @ penyedap) - option tak mau pun boleh
  • garam secukup rasa
  • daun sup 
  • susu segar 

bahan-bahan ni cukup untuk 2-3 orang makan sampai kenyang..




Cara masak :

  • tumis bawang, kentang & ikan bilis, masak sehingga kentang  masak
  • kemudian masukkan cendawan, masak hingga cendawan cukup masak
  • biarkan sejuk sedikit dan masukkan dalam blender dengan susu 1 cawan, kisar halus
  • kemudian, panaskan semula atas dapur.. jika nak cair, masukkan lebih susu, jika tak suka susu banyak, boleh tambah air masak. masak kan sekejap jer.. dalam 2-3 minit gitu..





Ini lah hasilnya... sedap dimakan dengan roti, roti bakar.. kalo nak feeling-feeling makan kat restoren hebat, boleh makan dengan roti perancis.. 


Anak-anak tanya, "ibu, ibu masak apa ni?"
Ibu : "sup macam kat pizza tu.." 
Anak-anak : "Sup pizza tu sedap ke ibu?"
Ibu : "Ibu masak lagi sedap.." 

hehehhe, macam lah anak-anak pernah sup kat pizza.. selama ni makan pizza pun sebab besday party sepupu-sepupu depa.. mana ada sup.


Sup ni ALiya jer yang suka.. Anis buat-buat tak nampak.. Fikri pun sama.. 


Selamat mencuba..


p/s
Insya Allah, bila ada kelapangan nanti, kakyong akan BW pelan2..


salam kasih sayang,


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Khamis, Januari 19, 2012

Cucur cekelet @ cekodok pisang



Salam bahagia,





saya tak tahu apa nama pisang ni.. tapi gemuk-gemuk jer rupanya..



kisar jer semua dalam blender.. kerja senang , pisang + tepung + garam + serbuk penaik



saya guna serbuk penaik & peramkan dalam 15 minit adunan sebelum digoreng



ini lah dia cucur cekelet , nama diberi oleh Anis.. sedap katanya.. dia dah pesan 'esok ibu buat lagi cucur cekelet ni tau'.


Ayahnya mengusik si Anis.. 'ini cokodok lah kakak'... Anis menjawab "bukan lah ayah.. bukan kodok.. ni cucur cekelet sedap ibu buat" 


si ibu : kembang rasa hati kena puji... bukan selalu en ayah nak belikan pisang.. memang dah lama juga tak buat cekodok pisang ni.


salam kasih sayang,
.


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Selasa, Januari 17, 2012

Kali pertama buat kuih vadeh @ vadey



Salam bahagia,


Kueh vadeh ni memang antara kueh yang saya suka sangat... tiap kali ke pasar malam mesti nak beli.. kadang-kadang jumpa (yang melayu buat la), kadang-kadang tak jumpa.

Pernah baca dalam blog kawan (maaf tak ingat sapa), beberapa bulan lepas. Dok pesan kat suami belikan kacang dal.. sampai ke sudah dia tak beli-beli. Tapi sejak dah ade basikal ni.. panjang lah sikit langkah.. hehehhe... big grin





Resepinya saya google jer.. macam-macam style ada.. yang saya buat ni belasah jer guna bahan-bahan yang ada di rumah.

Bahan-bahannya :

1 pack kacang dhal - dalam 200g, saya beli RM1 jer
1 biji bawang besar - dihiris halus
1 biji cili masak - dihiris , boleh juga guna cili kering
1 sudu teh jintan manis/kasar - ditumbuk sedikit
1 sudu makan serbuk kari
2-3 sudu makan tepung gandum
beberapa helai daun kari - takde, saya ganti dengan daun sup & daun bawang
garam secukup rasa.. 1 sudu teh memadai




cara-caranya

  • kacang dhal di rendam semalaman. saya rendam pagi, petang tu baru masak
  • cuci bersih kacang dhal, toskan dan kisar dalam blender. Saya kisarkan semua sekali, yang pasti akan ada kacang yang tak hancur..jangan letak air, jika nak letak air pun sikit ajer.. jangan blender stuck jer..
  • kemudian masukkan kacang yang dah blend dalam bekas.. campurkan bawang & cili yang telah dihiris, jintan manis, serbuk kari, dan daun kari serta garam - gaul rata
  • tambahkan tepung gandum jika adunan lembik
  • jika guna cili kering, - rendam cili, bila cili dah kembang, gunting/hiris halus (saiz ikut suka, nak besar ke kecik)



  • panaskan minyak.. biarkan minyak betul-betul panas. 
  • masukkan adunan dalam sudu @ senduk dan ratakan (agak2 lah jangan tebal sangat).. kemudian tolak masuk ke dalam kuali.. saya guna sudu makan yang besar sedikit, jika guna senduk macam besor sangat jadi kuihnya.
  • masak dalam api sederhana.. balik-balik kan.. masak hingga nampak garing, @ golden brown.


 sesuai untuk minum petang.. layan dengan teh o @ kopi o



Untuk adunan 200gm kacang dhal tu saya dapat lebih 20 biji.. anak-anak tak suka makan, jadi saya beri separuh pada jiran. Lain kali saya ingat nak masukkan ikan bilis yang dikisar, supaya ada rasa yang lebih sedap.. hehehhe.. sesuka jer nak modify resepi kan.. *kita yang nak makan kan..*  

btw, letak daun sup & daun bawang tu macam tak sesuai jer.. kena letak daun kari jugak.. baru la feeling-feeling makan vadeh ala-ala mamak punya.


nota :
tak boleh makan banyak-banyak kacang dhal ni.. kentut bau busuk.. hahaha..


salam kasih sayang,
.




Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Ahad, Januari 15, 2012

Tumis Ikan duri masin


Salam bahagia,




ni dia rupa ikan duri masin... antara ikan masin paling murah.





Ini antara menu yang saya paling suka.. mudah & simple


bahan-bahan :
1 ekor ikan duri masin - dipotong & digoreng
2-3 biji bawang mewah * ditumbuk
2-3 ulas bawang putih *
sehiris halia agak2 setengah inci *
cili api (ikut sukatan sendiri, jika saiz besar tu dalam 3-5 biji) *
cili merah @ cabai masak ( saya guna 1 biji jer) *
1 biji buah tomato - potong kecil2
air secukupnya

cara-caranya :
1. tumbuk semua bahan-bahan yang ditanda (*), jika nak senang, kisar jer.. saya suka cara lama, tumbuk guna lesung batu
2. tumiskan bahan2 yang sudah ditumbuk sehingga naik bau, layu dan garing..
3. masukkan buah tomato , tambah air sedikit & masak sehingga tomato nampak sedikit hancur
4. masukkan ikan duri masin yang sudah digoreng, biarkan sehingga tomato betul2 hancur (sebati ) dan siap untuk dihidangkan


tak perlu nak letak garam sebab ikan masin sudah cukup masin. saya suka masak ni, berkuah lebih sikit.. Resepi asalnya letak asam jawa. Saya ubah letak tomato sebab tomato ni banyak khasiatnya.


..





Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio