NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Memaparkan catatan dengan label aktiviti anak-anak di rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti anak-anak di rumah. Papar semua catatan

Sabtu, Julai 21, 2012

hari pertama puasa



Salam bahagia kawan-kawan,

Apa khabar? Selamat berpuasa & menjalani ibadah di bulan Ramadhan.


Sketsa pendek di pagi hari, di hari pertama puasa :

si Anis bangun pagi, jam 7.30 pagi.. dia teguk milo sejuk (baki dari bersahur tadi)..

Ibu : kakak.. hari ni kan puasa?
Anis : yer lah, kakak nak minum pagi2 dulu... lepas ni kakak kose (puasa) la
Ibu : okay, tak per.. lepas ni tak boleh makan @ minum yer.. malam tadi dah baca niat puasa & kakak kata nak puasa kan

sejam kemudian... si Anis dok buka tutup petiais..

Ibu : kakak.. cari apa tu?
Anis : kakak tengok barang-barang jer.. (buat muka tak bersalah)


Si aliya pulak sedang punggah timbunan baju yang sedang berlipat..

Ibu : Aliya cari apa tu?
Aliya : cari baju cantik baby lah.. (tak habis2, setiap hari nak pakai baju cantik)
Ibu : Aliya tak nak minum ker? (sajer jer nak test)
Aliya : baby tahan lagi.. baby kose.


#Jam 5 pagi tadi, 3-3 anak bangun bersahur.. ibunya masak tomyan yang tak berapa nak rasa pedas.. Anis & Fikri makan sikit jer.. pastu minum milo sikit.. Aliya pulak makan agak banyak jugak, sebab makan bersuap.

Deme ni buat milo pun tak minum habis, dok pulun minum air masak jer.. dah bagi sorang sebijik buah kurma.. Fikri dipaksa utk habiskan 1 biji kurma.. tapi aliya & anis gigit sikit jer.. mujur ade jus QASEH.. 



#ini baru beberapa jam.. tak tahu apa karenah 3-4 jam lagi.. 


@ tak fikir lagi nak masak apa, tapi selalunya berbuka kami hanya dengan kuih & kurma sahaja.. & tak finalize lagi nak berbuka di rumah opah nasi lemak atau opah santan...


p/s
saya ade banyak HUTANG dgn blog.. contest & giveaway ibu sihat anak riang belum habis finalize.. hadiah2 untuk giveaway ibu sihat anak riang pun tak di pos2 kan lagi.. 
Insya Allah, plannya nak settle kan semua sebelum AidilFitiri menjelang.. harap2 nya dapat work out plan tu.. almaklum berbulan juga, main touch n go jer dgn blog.. dashboard blogger pun dah makin mjauh.. huuhuuu.. blogwalking jangan kata lah, memang berbulan sudah tidak singgah blog kawan2.. 









Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Selasa, Januari 31, 2012

Jom tampal menampal



Salam bahagia,





Dah lama plan nak buat aktiviti tampal menampal ni dengan anak-anak.. tapi manjang jer tak terbuat. Bahan-bahannya.. kertas brochure yang hari-hari dapat tu.. juga kertas A4..





1st projek ni ibunya lukis gambor pokok...




Aliya ni semua dia nak buat sendiri.. tak kasi ibu tolong sapukan gam.. "biar baby buat sendiri"



gunting kertas ni pun dia nak buat sendiri.. tapi awal-awal tu memang ibunya yang guntingkan



dah nak hampir siap.. dah pokok hasil tampalan kertas ni..




berwarna-warni daun pokok ni.. batang pokok Aliya nak warnakan, tak nak tampal..



Alhamdulillah.. dah siap.. pokok ajaib Aliya..



Okay.. dah selesai tampal-menampal boleh rehat-rehat tengok CD pulak sambil malam biskut roll coklat.


aktiviti tampal menampal ni, baik untuk kreativiti anak.. aktiviti gunting kertas pulak baik untuk motor halus anak.


p/s
la ni susah nak bersiaran pagi-pagi.. sebab anak dara kecik ni bosan.. jadi aktiviti tiap pagi adalah hantar kakak Anis ke sekolah, pastu lepak rumah opahnya jap, kemudian merayap keliling taman naik basikal.. pastu kena singgah kedai.. balik rumah, kemas-kemas rumah, sidai kain, pastu sambung buat aktiviti dengan Aliya.. leka dok layan Aliya, sedor-sedor dah hampir 11 lebih.. masuk dapur dulu.. sudahnya petang juga baru buleh nak adap blog.. 


buat kawan-kawan yang perasan saya tak singgah di blog tu, maaf yer.. nanti saya sampai.. tak terkejor dah nak BW ke semua blog


salam kasih sayang,
.

Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio