NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Memaparkan catatan dengan label budaya belajar di rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label budaya belajar di rumah. Papar semua catatan

Selasa, November 13, 2012

Teknik mengajar anak membaca cara Nabi




Salam kawan-kawan,







sumber : FB Pn Ainon Mohd



Saya selalu berusaha untuk menerapkan teknik2 ini dalam pembelajarana anak-anak saya (Fikri 6y, Anis 5y & Aliya 4y).. 

tak kira lah samada mengajar Iqra'/mengaji. menghafal surah, belajar mengenal huruf dan nombor, belajar membaca, belajar mewarna atau membuat kerja sekolah..

namun selalu ade konflik dengan cara suami.. yang suka menghukum - samada dengan kata2 atau jentikan.. :(

saya mengajar anak-anak mengikut common-sense & cuba terapkan kaedah mengajar tanpa unsur "marah".. dan saya baru tahu ia adalah teknik cara nabi.. 

Jom sama-sama kita amalkan.. 


salam kasih sayang,




Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Selasa, Mac 20, 2012

Cabutan akan dibuat dalam tempoh terdekat




Salam bahagia,

Contest & Giveaway Ibu Sihat dan anak riang sudah pun berakhir pada 17 mar 2012...


dan kakyong minta maaf tak sempat lagi nak buat cabutan untuk bahagian giveaway..


Akhir-akhir memang betul-betul tak sempat nak jengah blog sendiri.. apatah lagi blog kawan-kawan... maaf.



Insya Allah, akan membuat cabutan dalam minggu ini.. doa-doa kan lah semoga kakyong diberi kelapangan yang lebih... 



Dah lama juga tak buat entri tentang progres pembelajaran anak-anak di rumah.. camana nak cerita , nak mengadap buat entri pun tak sempat..


so layan jer lah, sekeping gambar ni...


ini buku yang Aliya punya... en ayah cakap, kalo bagi Aliya buat 'kerja-sekolah'..  berdesup jer siap.. kalo kakak Anis, memang kena tunggu dan duduk sebelah dia sambil guide.. 


nota : progress anak-anak memang tak sama kan.. kadang-kadang saya sendiri jadi sedikit frust dengan Anis.. tapi selalunya cepat2 Istigfar (sedar diri... ).. ada lah hikmahnya kan : supaya saya ni jadi ibu yang lebih sabar dalam mengajar anak-anak.. 
 

saya guna buku yang diberi oleh kawan en ayah.. dah orang beri percuma, jadi kita gunakan sebaik-baiknya... 




Buku ni ada 48 mukasurat.. saya tak ingat harganya berapa.. tapi murah jer kot... sesuai lah untuk kenalkan anak dengan huruf jawi, sambil mengasah skil menulis huruf-huruf jawi.. Semasa ajar jawi ni, kena stress kat anak-anak huruf jawi tak sama dengan huruf hijaiyah (huruf2 AlQuran).. 






salam kasih sayang,
.


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Jumaat, Februari 17, 2012

Belajar untuk mengajar anak fonetik



Salam bahagia kawan-kawan,


Rasanya mungkin ramai yang tertanya-tanya apsal kakyong dah lama tak singgah komen-komen kat blog kome... Insya Allah, kesibukan pun dah berkurang... iyer lah tu... 

Insya Allah, pelan-pelan dah boleh adjust jadual & kerja-kerja yang membuat saya tak menang tangan sampai terabai blog ini pun dah boleh diurus dengan sebaiknya..





hari ni cuma ingin berkongsi... pelajaran baru yang saya sedang explore..  saya sekarang ni sedang GIAt belajar untuk memahirkan diri dengan bunyi fonetik.. hihiii... ada beza tau antara bunyi huruf antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.. jadi sebelum mengajar anak, ibu @ ayahnya kena memahirkan diri dulu dengan bunyi huruf... 

Bunyi huruf apa yang berbeza??? --- tunggu sampai saya mahir dulu.. nanti dah mahir dan tak keliru (confius) .. senang lah sikit saya nak bercerita.

Sekarang ni tiap kali nak buku ajar anak, setiap pagi saya akan buka dulu CD panduan ni... dah tua-tua ni rasa macam susah nak lekat belajar benda baru.. tapi kalo review hari-hari pasti akan lekat juga di hati kan..




Alhamdulillah, berkat rezeki awal tahun ni.. dengan beberapa job yang saya buat termasuk hasil dari customize blog.. dapat lah kumpul duit sikit untuk membeli buku-buku ni -- Siri cepat membaca Anakku sayang dan Early Reading series Read Easy. Sejak dari tahun 2010 lagi saya dah berkenan - tapi pendam rasa jer lah... sebabnya income pasif yang dapat cukup2 untuk lepas bayar bil streamyx jer.


Saya tak beli 1 set yang lengkap, tapi saya beli set buku 1-8 sahaja. Itu ajer bajet yang ada.. Alhamdulillah, tercapai juga hajat saya.


Insya Allah, saya cuba memanafaatkan kaedah ini untuk mengajar Anis & Aliya membaca. Sebelum ni saya baca dari blog beberapa orang kawan jer. 


Untuk permulaan, yang baru ajer mula beberapa hari ini... Anis sudah boleh menyebut bunyi-bunyi huruf (untuk info : Anis masih belum sepenuhnya kenal alfabet dari A-Z..) dan menyebut cantuman/kombinasi bunyi huruf. Saya mulakan buku Read Easy untuk Anis dan buku Bacalah Anakku untuk Aliya.. 


nanti saya update perkembangan anak-anak yer. Awal-awal ni saya sebenarnya agak skeptikal.. bukan apa saya riso kalo saya yang tersalah membunyikan huruf.. hahahha... berkali-kali saya tengok CD tu, untuk meyakin kan diri sendiri. 


Untuk mengelakkan saya terkeliru.. saya hanya ulang dengar dan tengok bahagian yang saya nak ajar jer... tapi sebelum tu memang saya dah ulang-dengar CD tu dari awal hingga akhir.. panjang tau CD tu.. sebab ada 8 buku semuanya.. 


Ibu-ibu yang sudah menggunakan kaedah ni, mari lah kongsi tips-tips cara kome memahirkan diri sendiri dan tarik perhatian anak supaya suka.


salam kasih sayang,
.



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Selasa, Januari 31, 2012

Jom tampal menampal



Salam bahagia,





Dah lama plan nak buat aktiviti tampal menampal ni dengan anak-anak.. tapi manjang jer tak terbuat. Bahan-bahannya.. kertas brochure yang hari-hari dapat tu.. juga kertas A4..





1st projek ni ibunya lukis gambor pokok...




Aliya ni semua dia nak buat sendiri.. tak kasi ibu tolong sapukan gam.. "biar baby buat sendiri"



gunting kertas ni pun dia nak buat sendiri.. tapi awal-awal tu memang ibunya yang guntingkan



dah nak hampir siap.. dah pokok hasil tampalan kertas ni..




berwarna-warni daun pokok ni.. batang pokok Aliya nak warnakan, tak nak tampal..



Alhamdulillah.. dah siap.. pokok ajaib Aliya..



Okay.. dah selesai tampal-menampal boleh rehat-rehat tengok CD pulak sambil malam biskut roll coklat.


aktiviti tampal menampal ni, baik untuk kreativiti anak.. aktiviti gunting kertas pulak baik untuk motor halus anak.


p/s
la ni susah nak bersiaran pagi-pagi.. sebab anak dara kecik ni bosan.. jadi aktiviti tiap pagi adalah hantar kakak Anis ke sekolah, pastu lepak rumah opahnya jap, kemudian merayap keliling taman naik basikal.. pastu kena singgah kedai.. balik rumah, kemas-kemas rumah, sidai kain, pastu sambung buat aktiviti dengan Aliya.. leka dok layan Aliya, sedor-sedor dah hampir 11 lebih.. masuk dapur dulu.. sudahnya petang juga baru buleh nak adap blog.. 


buat kawan-kawan yang perasan saya tak singgah di blog tu, maaf yer.. nanti saya sampai.. tak terkejor dah nak BW ke semua blog


salam kasih sayang,
.

Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Ahad, Januari 29, 2012

Budaya belajar di rumah harus di mula pada usia awal anak



Salam bahagia,


Alhamdulillah, kali ini saya cuba untuk berbicara tentang budaya belajar di rumah untuk anak-anak pra sekolah. Namun, saya bukan lah pakar, kerana saya pun masih dalam proses mengajar anak-anak di rumah. Masih banyak yang perlu saya pelajari dari segi teknik dan juga menggunakan bahan  yang betul, selain menarik minat anak untuk terus belajar tanpa memberi tekanan pada anak.


Beberapa minggu lalu, saya membaca artikel/n3 yang ditulis oleh cikgu Norhaidi. Tajuk entri beliau adalah berkaitan dengan penguasaan 3M di kalangan anak-anak yang berleluasa dan apakah tindakan sewajarnya. 



ini adalah komen saya di entri tersebut



dan ini pula salah satu komen yang kakyong fikir harus dijawab oleh semua ibubapa.


Nak salahkan siapa kalau masuk darjah satu anak tak pandai menulis, tak kenal ABC, xtau satu ape pun?


Ibubapa mana lah tak sedih kan, selepas 2 tahun anak di tadika, (ada yang 3 tahun anaknya dihantar ke tadika) rupanya satu apa pun tak tahu.

Wajarkah jika kita letakkan semua kesalahan pada guru..? 

Ada ibubapa yang merungut, hantar ke tadika mahal-mahal tapi anak tak pandai pun.

Bila kita cadangkan, "ajar lah anak di rumah" ramai juga yang beralasan "saya ni kerja, mana ada masa" "anak-anak tak nak belajar dengan saya" dan macam-macam lagi alasan.

bila kita kata "10-15 minit jer setiap malam" ada pulak yang mula tarik muka.. seolah2 kita ni cuba nak mengajar dia pulak.. 


Memang agak sukar untuk menerapkan nilai budaya belajar di rumah untuk golongan kelas rendah, maksud saya ibubapa yang hanya kerja bawahan (contoh : kerja di kilang bahagian pengeluaran, stor ) dan selalunya stress dengan macam-macam isu. yer lah kan, pendapatan sikit (gabung gaji kedua ibubapa pun belum nak cecah RM2k), dah la macam-macam nak kena bayar.. jadi, tumpuan ibubapa lebih kepada cari duit & sediakan kemudahan dan makan minum di rumah. Hal belajar, memang diserah bulat-bulat kepada guru & sekolah. 

nota : statement prenggan di atas ni hanya generalisasi sahaja.. tidak menggambarkan keseluruhan.. sebab ada segelintir yang ambil berat pelajaran anak-anak



Bila anak tak pandai belajar, ibu ayah marahkan anak & ada juga yang 'hamput' guru. (situasi yang biasa)

Isu yang saya sebut ni... adalah realiti kehidupan di kawasan kejiranan makbonda saya.. berbeza sedikit di kawasan kejiranan saya. Sedih pulak bila taraf hidup menjadi salah satu penyebab anak-anak tercicir.. tercicir lah kan, jika 2 tahun di tadika tapi masih tak tahu membaca, menulis dan mengira.. itu belum campur Mengaji, menghafal surah dan banyak M lagi yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak.


Pada saya, belajar di rumah harus kita jadikan budaya dalam kehidupan seharian kita. Harus kita mulakan seawal usia anak. Memang diketahui umum tiap anak punya tahap penguasaan yang berbeza, namun saya tidak suka menjadikan ia alasan, kononnya anak akan pandai bila tiba masanya (saya tak boleh nak tunggu masa tu tanpa berbuat apa-apa)

Belajar tidak semestinya harus duduk di meja belajar.. adakalanya, saat nak tidurkan anak juga adalah masa yang sesuai.. sebelum anak tidur., kita ajar anak membaca doa tidur, di samping ajar beberapa surah mudah seperti AlFatihah & 3 Qul.. boleh juga kita ulang-belajar dengan anak-anak membaca ABC (untuk anak yang belum mengenal huruf), latih-ulang mengeja beberapa perkataan baru setiap hari.. atau pun ajar anak mencongak sifir tambah - contoh satu tambah satu, dua tambah satu.. 


Dan di hari minggu, (untuk ibubapa yang bekerja) boleh lah buat aktiviti di meja belajar... melatih anak menulis, melukis, mewarna, menampal dan sebagainya.. macam-macam aktiviti boleh dibuat, tetapi harus selalu diingati.. rules nya.. tak lebih dari 30 minit  (10 ke 15 minit adalah memadai) untuk satu-satu sesi dan jangan buat anak stress semasa di meja belajar.

Selain sesi belajar di meja belajar, kita boleh juga buat sesi membaca dengan anak-anak. Insya Allah, lama-kelamaan anak pasti akan suka dengan buku dan suka belajar. Ada banyak tips & panduan yang boleh di google, anda boleh juga baca entri PuanKutu Tips supaya anak suka membaca.



Jika anda perasan anak anda seperti ketinggalan di sekolah.. Jangan tunggu lagi, mulakan sekarang.. mula kan sedikit demi sedikit.. Insya Allah, dalam tempoh 7-8 tahun nanti, anda pasti akan tersenyum bahagia, tatkala anak sudah remaja, kita tak perlu nak terjerit sampai sakit tekak untuk ingatkan anak supaya belajar. 


Alah bisa tegal biasa. Sesuatu yang telah menjadi kebiasaan pastinya tidak lagi menjadi beban.





p/s
anak dara saya si Anis, hanya mampu bertahan 5 minit sahaja untuk sesi belajar.. jika lebih dari itu, dia akan mula tunjuk protes dan memberi alasan yang macam-macam. Memandangkan dia pun baru 5 tahun, jadi memang saya tidak paksa.. cuma sesi belajar tu memang perlu ada setiap hari, 



salam kasih sayang,
.

Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio