NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Memaparkan catatan dengan label mengajar anak membaca. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mengajar anak membaca. Papar semua catatan

Rabu, Mac 14, 2012

Entri PuanKutu : Tips Menarik Minat Anak Membaca - Membaca Bersama Anak


Salam bahagia,

Ini cabaran ke2 untuk PuanKutu... entri yang bagus dan sangat padat.. memang sesuai sangat untuk ibuayah praktiskan...

Jom baca...

*************



Buku adalah jambatan ilmu. Banyak membaca luas pengetahuan. Itu ungkapan yang selalu kita dengar dan memang sangat diakui kebenarannya. Merangsang minat membaca dikalangan anak perlu diterapkan sejak mereka kecil supaya kita dapat melahirkan anak yang berilmu dan berpengetahuan.



Pemilihan Buku


Sebagai ibu bapa kita bertanggungjawab memilih bahan bacaan yang bersesuaian dengan usia anak. Warna juga memainkan peranan penting bagi memastikan anak terdorong untuk membaca. Setiap kali keluar ke pasaraya, aku akan cuba membeli sebuah buku untuk Aiman. Bila Tok Wan Aiman bagi duit, mulalah Aiman minta aku belikan buku untuk dia. 


Dalam membuat pilihan buku :
  • Dapatkan buku yang besar dan bergambar, mudah dipegang, berwarna warni serta terang dan ringkas imejnya.
  • Untuk menarik minat anak, pilih buku-buku yang berilustrasi binatang seperti kucing, burung, ayam dan objek yang dekat dengannya seperti baju, kasut, sikat dan sebagainya.
  • Pastikan buku yang dipilih akan memberi keseronokan dan membantu kita mengeluarkan suara yang berbeza berdasarkan watak dalam buku.
  • Bawa anak ke kedai buku, bantu mereka memilih buku yang sesuai. 
  • Pilih juga buku mengikut kegemaran dan aktiviti kesukaan anak. Aiman suka pada binatang, jadi aku selalu beli buku yang berkisar tentang cerita haiwan.







Membaca bersama



Jadikan membaca bersama keluarga sebagai rutin harian. Apabila semua ahli keluarga memegang bahan bacaan, secara tak langsung anak turut sama menyertai aktiviti tersebut. Selain aku, Aiman juga selalu dera Wan dan Maktoknya untuk bacakan buku cerita untuk dia.haha..


Apabila kita membacakan buku kepada anak:
  • Bacakan sambil mendakap mereka. Dakapan erat memberikan keselesaan untuk anak terus memberi perhatian.
  • Bercerita dengan penuh emosi dan minat. Bunyikan bunyi binatang dengan bersungguh-sungguh. Libatkan aksi dan pergerakan. Contohnya membuat aksi terbang seperti burung bila bercerita. Aiman selalu gelakkan aku bila aku buat suara mengikut watak. Tapi cara ni sangat berkesan menarik minat anak sukakan buku. Aiman selalunya akan minta aku bacakan buku yang sama berkali-kali.
  • Bercakaplah mengenai benda didalam buku seperti warna, bentuk dan bunyi yang berkaitan dengan kegunaannya dalam kehidupan seharian.
  • Kaitkan cerita dengan anak seperti bertanyakan soalan. Sebagai contoh, "Apa yang warna merah tu?", "Ini bola, Aiman suka bola tak?", "binatang mana Aiman suka?". 
  • Bercerita dengan bahasa yang mudah. Jangan sesekali menggunakan bahasa pelat. Aiman tak pelat kan..hehe..
  • Sambil membaca tunjukkan teks perkataan yang dibaca kerana ia membantu anak memahami arah pergerakan selain mengetahui bahawa teks perkataan penting dalam cerita yang dibacakan.
  • Tokok tambah cerita dengan maklumat lain supaya mereka lebih faham. Tanyakan apa yang jadi selepas itu. Bila dah biasa dengan cerita tersebut, minta anak ceritakan kembali. Ini video Aiman bercerita.keke..




Jadikan Amalan dan praktikkan

Sesekali apabila berada di dalam kereta, aku akan bacakan Aiman buku. Sebelum tidur aku akan cuba luangkan masa untuk bacakan buku cerita untuk Aiman. Kadang-kadang aku cuma bercerita tanpa buku. Melalui pengalaman, Aiman suka kalau aku reka cerita sendiri dan selitkan unsur humor. Adakalanya, kanak-kanak lebih faham suatu arahan dengan bercerita. Tak perlu mengarahkan secara formal, sebenarnya teknik penceritaan yang menarik akan menimbulkan semangat dan motivasi kepada anak.


Antara yang boleh di praktikkan :
  • Aplikasikan apa yang kita bacakan untuk anak dalam kehidupan seharian sebagai teladan. Seperti buku cerita yang dipegang Aiman dalam video diatas, kisah anjing dan bayang-bayangnya, aku nyatakan pada Aiman, Aiman tak boleh tamak, kalau main mainan kena berkongsi dengan kawan.
  • Sewaktu dalam kenderaan, tunjukkan juga perkataan yang kita jumpa setiap hari dan aplikasikannya disepanjang perjalanan. Aiman sejak baby dia dah kenal papan tanda KFC walaupun kat tengah lebuhraya tau.hehe..
  • Galakkan anak untuk bertanya dan terangkan kepadanya dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Ini juga secara tak langsung membantu anak untuk menambahkan penguasaan bahasanya. 
  • Jangan lupa untuk membantu anak mencipta ceritanya sendiri. Contohnya dengan menggunakan berus lukisan, lukis sesuatu yang menarik. Jadikan ia sebagai buku yang mengandungi pelbagai bentuk dan warna.
  • Bila anak sudah mula jinak dengan buku cerita atau buku gambar, mereka mungkin telah bersedia untuk di perkenalkan dengan bunyi-bunyi huruf. Sambil membaca cerita terangkan bunyi huruf yang biasa dilihat pada teks.





Role Model


Sejak Aiman masih bayi, aku cuma gunakan siri Mari Bercerita dalam Majalah Pa & Ma sebagai bahan bacaan untuknya. Sebenarnya selagi kita kreatif, bahan bacaan kita juga boleh dijadikan medium untuk bahan bacaan anak. Sudah jimat disitu! Sekarang, aku banyak mengambil idea untuk bercerita kepada Aiman melalui apa yang aku baca.





    Anak selalunya berminat untuk mencontohi ibu bapanya. Kita sepatutnya menjadi role model memberi contoh yang terbaik dipersekitaran anak-anak. Apabila mereka melihat buku disekeliling rumah dan tahu kita suka menghabiskan masa dengan membaca, anak akan belajar bahawa buku adalah keperluan dalam kehidupan seharian. 



    Oleh itu,


    • Ubah sikap sendiri, ibu bapa perlu tunjukkan contoh minat membaca terlebih dahulu.
    • Tunjukkan yang kita betul-betul minat membaca dihadapan anak bukan berpura-pura minat sebab anak secara psikologinya boleh rasa ibu bapa berpura-pura.
    • Sentiasalah membaca majalah dan suratkhabar dihadapan anak.
    • Ibu bapa mesti memberi galakan dan rangsangan secara positif dan berterusan.
    • Apabila anak sudah pandai membaca, jangan mudah putus asa apabila sekali disuruh anak tidak mahu. Banyakkan bersabar menghadapi kerenah mereka.

    Semoga perkongsian ini menjadi sesuatu yang berguna untuk kita. Sekian.



    END OF ENTRY

    ***************************************





    nota :
    1. PuanKutu diberi masa selama 7 hari, mulai 14 Mar 2012, jam 10 pagi sehingga 21 Mar 2012, jam 10 pagi untuk mempromosi n3 ini dan mengajak kawan-kawan untuk klik button retweet, LIKE FB dan +1 sebanyak mungkin.
    2. Setiap komen mestilah lebih dari 8 patah perkataan. KOmen yang kurang dari 8 patah perkataan akan di padamkan tanpa amaran.
    3. KOtak komen untuk entri ini akan di lock pada 21 Mar 2012, jam 10 pagi.
    4. jika kurang faham camana nak bantu untuk memberi poin kepada PuanKutu. sila baca sini >> penilaian untuk contest ibu sihat anak riang.

    tips :
    1. Setiap pemilik entri diberi hak untuk membalas/menjawap setiap komen yang diberi
    2. Button retweet boleh tweet banyak kali.. 



    salam kasih sayang dan selamat memberi point untuk PuanKutu,

    Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

    Amira Studio

    Jumaat, Februari 17, 2012

    Belajar untuk mengajar anak fonetik



    Salam bahagia kawan-kawan,


    Rasanya mungkin ramai yang tertanya-tanya apsal kakyong dah lama tak singgah komen-komen kat blog kome... Insya Allah, kesibukan pun dah berkurang... iyer lah tu... 

    Insya Allah, pelan-pelan dah boleh adjust jadual & kerja-kerja yang membuat saya tak menang tangan sampai terabai blog ini pun dah boleh diurus dengan sebaiknya..





    hari ni cuma ingin berkongsi... pelajaran baru yang saya sedang explore..  saya sekarang ni sedang GIAt belajar untuk memahirkan diri dengan bunyi fonetik.. hihiii... ada beza tau antara bunyi huruf antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.. jadi sebelum mengajar anak, ibu @ ayahnya kena memahirkan diri dulu dengan bunyi huruf... 

    Bunyi huruf apa yang berbeza??? --- tunggu sampai saya mahir dulu.. nanti dah mahir dan tak keliru (confius) .. senang lah sikit saya nak bercerita.

    Sekarang ni tiap kali nak buku ajar anak, setiap pagi saya akan buka dulu CD panduan ni... dah tua-tua ni rasa macam susah nak lekat belajar benda baru.. tapi kalo review hari-hari pasti akan lekat juga di hati kan..




    Alhamdulillah, berkat rezeki awal tahun ni.. dengan beberapa job yang saya buat termasuk hasil dari customize blog.. dapat lah kumpul duit sikit untuk membeli buku-buku ni -- Siri cepat membaca Anakku sayang dan Early Reading series Read Easy. Sejak dari tahun 2010 lagi saya dah berkenan - tapi pendam rasa jer lah... sebabnya income pasif yang dapat cukup2 untuk lepas bayar bil streamyx jer.


    Saya tak beli 1 set yang lengkap, tapi saya beli set buku 1-8 sahaja. Itu ajer bajet yang ada.. Alhamdulillah, tercapai juga hajat saya.


    Insya Allah, saya cuba memanafaatkan kaedah ini untuk mengajar Anis & Aliya membaca. Sebelum ni saya baca dari blog beberapa orang kawan jer. 


    Untuk permulaan, yang baru ajer mula beberapa hari ini... Anis sudah boleh menyebut bunyi-bunyi huruf (untuk info : Anis masih belum sepenuhnya kenal alfabet dari A-Z..) dan menyebut cantuman/kombinasi bunyi huruf. Saya mulakan buku Read Easy untuk Anis dan buku Bacalah Anakku untuk Aliya.. 


    nanti saya update perkembangan anak-anak yer. Awal-awal ni saya sebenarnya agak skeptikal.. bukan apa saya riso kalo saya yang tersalah membunyikan huruf.. hahahha... berkali-kali saya tengok CD tu, untuk meyakin kan diri sendiri. 


    Untuk mengelakkan saya terkeliru.. saya hanya ulang dengar dan tengok bahagian yang saya nak ajar jer... tapi sebelum tu memang saya dah ulang-dengar CD tu dari awal hingga akhir.. panjang tau CD tu.. sebab ada 8 buku semuanya.. 


    Ibu-ibu yang sudah menggunakan kaedah ni, mari lah kongsi tips-tips cara kome memahirkan diri sendiri dan tarik perhatian anak supaya suka.


    salam kasih sayang,
    .



    Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

    Amira Studio