NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Rabu, Mac 14, 2012

Home » , , , » Entri PuanKutu : Tips Menarik Minat Anak Membaca - Membaca Bersama Anak

Entri PuanKutu : Tips Menarik Minat Anak Membaca - Membaca Bersama Anak


Salam bahagia,

Ini cabaran ke2 untuk PuanKutu... entri yang bagus dan sangat padat.. memang sesuai sangat untuk ibuayah praktiskan...

Jom baca...

*************



Buku adalah jambatan ilmu. Banyak membaca luas pengetahuan. Itu ungkapan yang selalu kita dengar dan memang sangat diakui kebenarannya. Merangsang minat membaca dikalangan anak perlu diterapkan sejak mereka kecil supaya kita dapat melahirkan anak yang berilmu dan berpengetahuan.



Pemilihan Buku


Sebagai ibu bapa kita bertanggungjawab memilih bahan bacaan yang bersesuaian dengan usia anak. Warna juga memainkan peranan penting bagi memastikan anak terdorong untuk membaca. Setiap kali keluar ke pasaraya, aku akan cuba membeli sebuah buku untuk Aiman. Bila Tok Wan Aiman bagi duit, mulalah Aiman minta aku belikan buku untuk dia. 


Dalam membuat pilihan buku :
  • Dapatkan buku yang besar dan bergambar, mudah dipegang, berwarna warni serta terang dan ringkas imejnya.
  • Untuk menarik minat anak, pilih buku-buku yang berilustrasi binatang seperti kucing, burung, ayam dan objek yang dekat dengannya seperti baju, kasut, sikat dan sebagainya.
  • Pastikan buku yang dipilih akan memberi keseronokan dan membantu kita mengeluarkan suara yang berbeza berdasarkan watak dalam buku.
  • Bawa anak ke kedai buku, bantu mereka memilih buku yang sesuai. 
  • Pilih juga buku mengikut kegemaran dan aktiviti kesukaan anak. Aiman suka pada binatang, jadi aku selalu beli buku yang berkisar tentang cerita haiwan.







Membaca bersama



Jadikan membaca bersama keluarga sebagai rutin harian. Apabila semua ahli keluarga memegang bahan bacaan, secara tak langsung anak turut sama menyertai aktiviti tersebut. Selain aku, Aiman juga selalu dera Wan dan Maktoknya untuk bacakan buku cerita untuk dia.haha..


Apabila kita membacakan buku kepada anak:
  • Bacakan sambil mendakap mereka. Dakapan erat memberikan keselesaan untuk anak terus memberi perhatian.
  • Bercerita dengan penuh emosi dan minat. Bunyikan bunyi binatang dengan bersungguh-sungguh. Libatkan aksi dan pergerakan. Contohnya membuat aksi terbang seperti burung bila bercerita. Aiman selalu gelakkan aku bila aku buat suara mengikut watak. Tapi cara ni sangat berkesan menarik minat anak sukakan buku. Aiman selalunya akan minta aku bacakan buku yang sama berkali-kali.
  • Bercakaplah mengenai benda didalam buku seperti warna, bentuk dan bunyi yang berkaitan dengan kegunaannya dalam kehidupan seharian.
  • Kaitkan cerita dengan anak seperti bertanyakan soalan. Sebagai contoh, "Apa yang warna merah tu?", "Ini bola, Aiman suka bola tak?", "binatang mana Aiman suka?". 
  • Bercerita dengan bahasa yang mudah. Jangan sesekali menggunakan bahasa pelat. Aiman tak pelat kan..hehe..
  • Sambil membaca tunjukkan teks perkataan yang dibaca kerana ia membantu anak memahami arah pergerakan selain mengetahui bahawa teks perkataan penting dalam cerita yang dibacakan.
  • Tokok tambah cerita dengan maklumat lain supaya mereka lebih faham. Tanyakan apa yang jadi selepas itu. Bila dah biasa dengan cerita tersebut, minta anak ceritakan kembali. Ini video Aiman bercerita.keke..




Jadikan Amalan dan praktikkan

Sesekali apabila berada di dalam kereta, aku akan bacakan Aiman buku. Sebelum tidur aku akan cuba luangkan masa untuk bacakan buku cerita untuk Aiman. Kadang-kadang aku cuma bercerita tanpa buku. Melalui pengalaman, Aiman suka kalau aku reka cerita sendiri dan selitkan unsur humor. Adakalanya, kanak-kanak lebih faham suatu arahan dengan bercerita. Tak perlu mengarahkan secara formal, sebenarnya teknik penceritaan yang menarik akan menimbulkan semangat dan motivasi kepada anak.


Antara yang boleh di praktikkan :
  • Aplikasikan apa yang kita bacakan untuk anak dalam kehidupan seharian sebagai teladan. Seperti buku cerita yang dipegang Aiman dalam video diatas, kisah anjing dan bayang-bayangnya, aku nyatakan pada Aiman, Aiman tak boleh tamak, kalau main mainan kena berkongsi dengan kawan.
  • Sewaktu dalam kenderaan, tunjukkan juga perkataan yang kita jumpa setiap hari dan aplikasikannya disepanjang perjalanan. Aiman sejak baby dia dah kenal papan tanda KFC walaupun kat tengah lebuhraya tau.hehe..
  • Galakkan anak untuk bertanya dan terangkan kepadanya dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Ini juga secara tak langsung membantu anak untuk menambahkan penguasaan bahasanya. 
  • Jangan lupa untuk membantu anak mencipta ceritanya sendiri. Contohnya dengan menggunakan berus lukisan, lukis sesuatu yang menarik. Jadikan ia sebagai buku yang mengandungi pelbagai bentuk dan warna.
  • Bila anak sudah mula jinak dengan buku cerita atau buku gambar, mereka mungkin telah bersedia untuk di perkenalkan dengan bunyi-bunyi huruf. Sambil membaca cerita terangkan bunyi huruf yang biasa dilihat pada teks.





Role Model


Sejak Aiman masih bayi, aku cuma gunakan siri Mari Bercerita dalam Majalah Pa & Ma sebagai bahan bacaan untuknya. Sebenarnya selagi kita kreatif, bahan bacaan kita juga boleh dijadikan medium untuk bahan bacaan anak. Sudah jimat disitu! Sekarang, aku banyak mengambil idea untuk bercerita kepada Aiman melalui apa yang aku baca.





    Anak selalunya berminat untuk mencontohi ibu bapanya. Kita sepatutnya menjadi role model memberi contoh yang terbaik dipersekitaran anak-anak. Apabila mereka melihat buku disekeliling rumah dan tahu kita suka menghabiskan masa dengan membaca, anak akan belajar bahawa buku adalah keperluan dalam kehidupan seharian. 



    Oleh itu,


    • Ubah sikap sendiri, ibu bapa perlu tunjukkan contoh minat membaca terlebih dahulu.
    • Tunjukkan yang kita betul-betul minat membaca dihadapan anak bukan berpura-pura minat sebab anak secara psikologinya boleh rasa ibu bapa berpura-pura.
    • Sentiasalah membaca majalah dan suratkhabar dihadapan anak.
    • Ibu bapa mesti memberi galakan dan rangsangan secara positif dan berterusan.
    • Apabila anak sudah pandai membaca, jangan mudah putus asa apabila sekali disuruh anak tidak mahu. Banyakkan bersabar menghadapi kerenah mereka.

    Semoga perkongsian ini menjadi sesuatu yang berguna untuk kita. Sekian.



    END OF ENTRY

    ***************************************





    nota :
    1. PuanKutu diberi masa selama 7 hari, mulai 14 Mar 2012, jam 10 pagi sehingga 21 Mar 2012, jam 10 pagi untuk mempromosi n3 ini dan mengajak kawan-kawan untuk klik button retweet, LIKE FB dan +1 sebanyak mungkin.
    2. Setiap komen mestilah lebih dari 8 patah perkataan. KOmen yang kurang dari 8 patah perkataan akan di padamkan tanpa amaran.
    3. KOtak komen untuk entri ini akan di lock pada 21 Mar 2012, jam 10 pagi.
    4. jika kurang faham camana nak bantu untuk memberi poin kepada PuanKutu. sila baca sini >> penilaian untuk contest ibu sihat anak riang.

    tips :
    1. Setiap pemilik entri diberi hak untuk membalas/menjawap setiap komen yang diberi
    2. Button retweet boleh tweet banyak kali.. 



    salam kasih sayang dan selamat memberi point untuk PuanKutu,

    Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

    Amira Studio
    91 Comments
    Comments

    91 comments

    14 Mac 2012, 3:11:00 PTG

    eh entry sy dah keluar.baru sempat menjenguk.jia sedikit kacau.hehe..jemput2 ye sokong entri nie dan didahului dengan ucapan terima kasih..:)

    14 Mac 2012, 5:04:00 PTG

    bagus entry ni. betoi tu. cr buku yg mampu tarik minat ank. sy kenalkan alisha dgn buku sejak kecik lg. umo 3 buln saya dah knalkn dia dgn buku. skrg ni dh pntang nmpk buku.. bkn setakat buku yg ada gambo kartun. buku yg tulisan semata2 pun dia berkenan. kalu xbg mengamuk. gaya mcm pndai baca.hihi

    sy dah like.. +1 n tweet xda.hihi. ktingaln zaman sikit sy ni.

    14 Mac 2012, 10:55:00 PTG

    singgah sini bagi sokongan.. macam pernah ku lihat gambar no 2 tu.. tp di mana yer.... :)

    15 Mac 2012, 12:55:00 PG

    dtg bagi support utk rakan sebaya sprt biasa.

    baguih dok ada entry kutu ni... membaca jambatan ilmu ;) insyaAllah sampai besar nnti aiman akan lekat dn buku

    15 Mac 2012, 12:55:00 PG

    dtg bagi support utk rakan sebaya sprt biasa.

    baguih dok ada entry kutu ni... membaca jambatan ilmu ;) insyaAllah sampai besar nnti aiman akan lekat dn buku

    15 Mac 2012, 12:57:00 PG

    adui menciknya asik duplicate comment... puan blog, kakyong silalah delete... :p

    15 Mac 2012, 7:31:00 PG

    @Ummi Hanie

    janganlah delete.menyumbang komen apa..syaratnya 8perkataan takde plak kata duplicate komen kan?haha..

    15 Mac 2012, 7:32:00 PG

    @Ummi Hanie

    buat kesekian kalinya terima kasih wahai sahabat sebayaku.kiki

    15 Mac 2012, 7:33:00 PG

    @Ummi Hanie

    intro malas nak fikir tu,terlalu klise kan?macam karangan sekolah rendah dulu2.haha..

    Harap2lah..:)

    15 Mac 2012, 7:34:00 PG

    @Zie Fauzi

    mesti pernah.org utara klu tak pernah p situ g koman sgt2.haha..

    15 Mac 2012, 7:35:00 PG

    @IntaNBerliaN

    bagus alisya nie.Aiman dulu time kecik habis buku semua dikoyaknya.tp skang mmg takboleh jauh dengan buku.hari2 bedtime story..:)

    15 Mac 2012, 7:36:00 PG

    @Afiq Yassin

    best ke?komen terlalu klise,haha btw tq

    15 Mac 2012, 7:47:00 PG

    nice entry akak. sy sdg dlm kempen memupuk minat membaca kpd masyarakat terutama student muslim. tengkiu share pengetahuan :)

    15 Mac 2012, 8:34:00 PG

    minat membaca ank2 mmg patut kita pupuk dr kecik lagi kan...

    15 Mac 2012, 11:38:00 PG

    kalau nak kata pengalaman tu sy memang tak ada la kak muni...anak buah yg paling rapat pun baru 2 tahun...so far dia mmg suka gambar yg besar2 n warna yg terang2...

    paling bkesan kalau ikut cara kak muni, bwk p jalan2 n tgk depan mata sndri binatang2 yg selama ni just tgk dlm buku tu =)

    goodluck kak muni

    15 Mac 2012, 12:06:00 PTG

    @Puan Kutu

    gudluck skali lagi, kawan ;)

    mlm gtadi rasa mcm ada dtg komen2...takkan hanie mengigau lak kan... sbb tgh mengantuk, line plak slow..hehe

    15 Mac 2012, 12:14:00 PTG

    @Puan Kutu

    mana tu yer.. zoo tepeng kah? hanie ni org utara gak.. hihi :p

    15 Mac 2012, 12:15:00 PTG

    @Puan Kutu

    aah betoi gak tu kutu... duplicate comments tak ada dlm syarat ... hmm..

    15 Mac 2012, 1:25:00 PTG

    memang tips yg menarik..tp untuk chii aplikasikan ngan anak sendri..mmg lambat lagi..ehehe

    tp utk anak saudara..chii mcm muni..suka dptkan buku haiwan yg mempunyai kaler terang2..budak2 ni slalu tertarik ngan kaler2 macm tu..

    15 Mac 2012, 1:26:00 PTG

    owh. ye..utk galkkan anak2 suka membaca..slalu2 la belikan dia buku..tp apa yg chii nampak..ramai org suka belikan alat permainan berbanding buku2...hurm..

    last but not least..gud luck..nnt chii dtg lg yer :p

    15 Mac 2012, 1:34:00 PTG

    gud luck PK....

    15 Mac 2012, 1:58:00 PTG

    bagus sgt entry ni..lebih baik kita beli bahan bacaan byk2 dari kita belikan bahan mainan byk2 utk anak2...

    15 Mac 2012, 7:14:00 PTG

    @Ummi Hanie

    byk betul mengigau kawan kite nie.lebih daripada puan yg buat entri ini yg jiwanya tengah kacau.haha..

    15 Mac 2012, 7:15:00 PTG

    @Ummi Hanie

    pic pertama mmg la zoo tepeng,zie kata yg pic no 2 tu..itu kt taman jubli sp aka taman burung yg tak berapa ada burung.haha..

    15 Mac 2012, 7:17:00 PTG

    @Ummi Hanie

    tau takpe..klu semua duplicate komen kan bagus?lebih plak kutu nie yer.haha..

    15 Mac 2012, 7:19:00 PTG

    @shazika

    bagus tu,kebanyakan dr kita dulu tak didedahkan dan dipupuk dr awal dengan amalan membaca nie.teruskan berkempen yer dik!

    15 Mac 2012, 7:20:00 PTG

    @Munnafendy

    tq muna.budak sebaya anak sedara muna tu mmg suka buka yg berwarna dan berbentuk.warna mmg memainkan peranan yg sgt penting dlm pemilihan buku..jgn kata budak,kita yg tua nie pun suka buku yg bergambar..:)

    15 Mac 2012, 7:23:00 PTG

    @chii

    sgt setuju chii..lg satubuku fairytale,buku macam nie pun budak suka.macam aiman muni bacakan buku cerita sejarah macam hang tuah tu pun dia gelak.katanya nama hang lekir dan hang lekiu tu pelik.haha..

    15 Mac 2012, 7:28:00 PTG

    @chii

    mmg betul chii.sebenarnya agak ssh pada mulanya utk tarik minat anak dengan buku.macam budak2 nie mereka lebih tertarik dan dekat dengan mainan.belajar sambil bermain satu kaedah yg sgt berkesan sebenarnya.

    pada muni tak salah belikan mainan sbb dengan mainan pun budak boleh belajar.cthnya utk mengenal warna,kita boleh ajar anak2 sambil bermain dengan mainan yg berwarna warni.permainan yg kita belikan salah satu proses pembelajaran pada anak2 juga klu kita tahu mempraktikkannya..

    budak memang suka main.mainan tu dah jadi macam kewajipan dlm kehidupan harian mereka..cuma kita sebagai parent kena la pantau jgn smp berlebihan main hingga lupakan buku sudahlah..:)

    15 Mac 2012, 7:31:00 PTG

    @NzA

    terima kasih kak.

    harap2 jgn didelete sbb tak cukup 8patah perkataan tu.hiks...

    15 Mac 2012, 7:32:00 PTG

    @fieda

    yup betul sgt kak fieda.tp sejujurnya kt rumah sy nie pun banyak mainan gak.cuma aiman dh besar sikit nie sy dh kurangkan beli mainan.setiap kali keluar soping msti belikan buku..:)

    15 Mac 2012, 7:44:00 PTG

    @IntaNBerliaN

    yup bila anak dh terbiasa dengan buku,buku dh jadi keperluan.macam makan utk hidup..:)

    15 Mac 2012, 8:42:00 PTG

    salam kutu , bee dah klik semua button tu ..

    harap berjaya lah yek ..
    anak bee yg sulung kurang minat nak membaca agak susah sebenarnya huhuhu

    15 Mac 2012, 11:35:00 PTG

    @Puan Kutu

    buku pun ada byk kategori kan... ada buku bacaan, buku aktiviti,buku mewarna... belikan je mana2... ;)

    15 Mac 2012, 11:41:00 PTG

    @puanbee

    TQ bee..berjayakah?br berapa like nie.hakhak..agaknya entri ilih org tak suka.haha..

    15 Mac 2012, 11:45:00 PTG

    @Ummi Hanie

    aiman suka buku cerita dan cpt je habis baca sbb dera ibu baca 3 4 cerita sekligus dalam sehari...:)

    buku latihan tak pernah belikan lagi.buku aiman sekolah taun lepas tak habis lg tulis pastu acu aiman ada hadiahkan pun baru tulis sikit..hehe

    buku mewarna jarang belikan sbb aiman tak berapa suka mewarna.lgpun dekat buku aktiviti latihan tu pun ada.kutu beli gak buku cerita 2 in 1 yg ada gambar utk kaler dlm buku cerita tu..:)

    16 Mac 2012, 4:57:00 PG

    ya, saya setuju sangat2 dengan entri menarik ini.... cuba Dapatkan buku yang besar dan bergambar, mudah dipegang, berwarna warni serta terang dan ringkas imejnya. memang kanak2 suka dengan buku2 yang menarik minat sebegitu..

    16 Mac 2012, 7:44:00 PG

    @Gen2Merah

    terima kasih cikgu atas persetujuan itu.hakhak..cikgu msti lg expert sbb dah biasa dengan budak dan tahu apa yg menarik minat mereka..

    16 Mac 2012, 10:50:00 PG

    salam jumaat puan kutu dan kengkawan yg lain...

    16 Mac 2012, 3:25:00 PTG

    aku ulat buku la jugak. jd nnt anak aku kmmg akan nampak buku je la kat umah kalau dia hadir ke dunia. *pegnan pun belum.hukhuk*.

    pengalaman aku menjadi kanak kanak dulu, mmg semua tips yg diberikan puan kutu ni benar belaka. tak satu pun salah. .

    16 Mac 2012, 7:43:00 PTG

    @Ummi Hanie

    salam juaat hanie..br dpt online nie.harini entah apa yg dibusykan..:)

    16 Mac 2012, 7:44:00 PTG

    @Hanie Dew

    bagus betul ko.ank ko nti msti ulat buku gak hanie kan..hihi

    16 Mac 2012, 11:10:00 PTG

    @Puan Kutu

    betul tu...dulu ayah chii belikan buku kisah2 dongeng gak...ttg raja midas yg sentuh barang..jadi emas..seronok sgt ..sampai skrg leh ingt lagi isi kandungn cerita tu..eheh

    err..nama hang lekir ngan lekiu pelik? hang kasturi ok plak eh :p

    16 Mac 2012, 11:12:00 PTG

    @Puan Kutu

    betul..apa pun..kalau nak beli alat permainan..beli sesuatu yg boleh merangsang minda mereka..bukan yang boleh merosakkan..pastu bg ibu bapa yg berkesempatan..main sekali ngan anak2..ehehe

    16 Mac 2012, 11:13:00 PTG

    @Puan Kutu

    eh ada dua hanie lah... hai hanie dew :) konpius sekejap tadi

    16 Mac 2012, 11:13:00 PTG

    @Puan Kutu

    mmg kalau dah busy tu takleh nak kata apa kan kutu... pasrah ajelah...

    17 Mac 2012, 11:32:00 PG

    tipss y baik utk ajak anak2 tanamkan hobi membaca..:D

    heeee..good tips kak murni..

    caiyooooooooooo!all the best!heee

    17 Mac 2012, 11:34:00 PG

    tipss y baik utk ajak anak2 tanamkan hobi membaca..:D...mulakan dgn buku2 cerita y ada pengajaran..selitkan nilai2 murni n beri contoh supaya anak2 senang faham..heee...ajak anak2 ke kedai buku....lama2 akan jadi amalan..

    good luck kak!

    17 Mac 2012, 2:13:00 PTG

    @chii

    buku fairytale macam cinderella,rapunzel n so on muni pun suka baca.hehe..aiman paling suka cerita three bear...:)

    17 Mac 2012, 2:16:00 PTG

    @chii

    betul chii tp bagai dikata mmg sedikit tidak rajin nak main bersama.kadang2 oklah..tp abah aiman suka plak melayan main sama.kadang beli mainan sbb beliau yg nak main lebih sudu dr kuah.almaklum kecik2 tak dpt.haha..

    17 Mac 2012, 2:17:00 PTG

    @Ummi Hanie

    tak busy pun nak kempen sapelah nak sokong sgt,bukan blogger pemes.blogger hingusan.hikhik

    17 Mac 2012, 2:18:00 PTG

    @Ummi Hanie

    itulah kutu pun terkonpius jap hari tu.hanie dua2 manis..(honey).hehe..

    17 Mac 2012, 2:22:00 PTG

    @Juliet_iRa~"

    tq ira.hanya aplikasikan setakat yg akk prktikkan dan melalui apa yg akk baca.

    masa akk kecik2 dulu mak pak akk mana ada belikan buku.mungkin sbb tk mampu..tp akk mmg suka baca.dr sekolah rendah melepak rumah jiran baca majalah urtv,remaja,wanita n so on..kihkih..

    17 Mac 2012, 2:23:00 PTG

    @Juliet_iRa~"

    mudah2an smp anak besar minat buku,jgn suka baca komik buku pelajaran tak sentuh sudah.kehkeh..

    ada gak yg suka ibu bacakan buku je tp nak baca sendiri malas.camna tu?hiks..

    17 Mac 2012, 8:45:00 PTG

    aiman pandai... nanti membesar sbgai ank yg bijak tau...:-)

    17 Mac 2012, 8:46:00 PTG

    Aiman mesti banyak bahan bacaan dekat rumah kan.. Alisha pun sk buku jugak... kat umah alisha... buku pun ada, mainan pun ada.. aiman meh la main dgn alisha.. hihi

    17 Mac 2012, 8:49:00 PTG

    Aiman yang comel.. doa2 kan ibu aiman menang tau.. :-)

    18 Mac 2012, 12:29:00 PG

    @IntaNBerliaN

    emm tp bab pelajaran nie ibu Aiman sellau je meninggi suara.haha..

    18 Mac 2012, 12:31:00 PG

    @IntaNBerliaN

    ada la jugak,nak kata byk sgt tak juga.sejak pindah sp nie je selalu beli.kt johor dulu kedai jauh...

    aiman mmg dh tak sabo nak main dengan alisya..:)

    18 Mac 2012, 12:32:00 PG

    @IntaNBerliaN

    takde harapan nak menang dh nie.doakan ibu alisya sajalah menang.hehe..

    18 Mac 2012, 1:01:00 PG

    @Puan Kutu

    alisha xdapat g umah aiman minggu ni sbb flower hp strap tu br sampai hari ni..hihi..

    tunggu minggu dpn jika xbalik kg, kami g umah aiman yer... nanti auntie inform kat ibu aiman..hehheh

    18 Mac 2012, 1:03:00 PG

    @Puan Kutu

    jika ada rezeki muni.. xkemana punya.. sy tu pun, suh kwn2 komen harapkan buat entry dkt blog tu jer.. blog yg xberapa nk glamer.. suam2 kuku tu haaa... hihihii

    18 Mac 2012, 11:26:00 PG

    semoga ibu aiman akan berjaya...kami semua doakan yg terbaik..

    18 Mac 2012, 11:27:00 PG

    @IntaNBerliaN

    takpe nti dh sp dtg la umah aiman,aiman tggu.hehe...

    18 Mac 2012, 11:28:00 PG

    @IntaNBerliaN

    ok gak la dr blog ibu aiman.tak suam tp sejuk terus.haha..reader tetap pun tak ramai.ibu alisya bykgak pengikut setia..semoga menang, aiman tumpang gembira jer.hehe..

    18 Mac 2012, 2:31:00 PTG

    Aiman yg comel.. baca buku apa hari ni..? :-)

    18 Mac 2012, 2:44:00 PTG

    @chii

    samelah kita, chii ;)

    klu nak tahu, buku2 sy di zaman kanak2 masih ada sampai skrg, anak2 pulak yg baca ;)

    18 Mac 2012, 2:46:00 PTG

    @Puan Kutu

    eh kutu femes apa... peramah orangnya, ramai bloggers kenal ;)

    18 Mac 2012, 2:48:00 PTG

    @IntaNBerliaN

    tp intan berlian punye FB share/like sgt byk... tak dan sy nak byk mcm tu ;)

    18 Mac 2012, 2:49:00 PTG

    Salam kutu dan kengkawan...

    semalam tak byk dpt online, hari ni pun sama...masih di kampung, tp curi2 sikit online sbb hari ni hari last utk entri hanie raih vote... ;)

    19 Mac 2012, 10:32:00 PG

    kan..
    sebenarnya benda sekeliling kita pun boleh dimodifiedkan jadi bahan bacaan yg menarik utk anak2. yg penting kene kreatif dan RAJIN... hihihi!! kalau malas tak jalan gak...

    19 Mac 2012, 10:32:00 PG

    @Ummi Hanie

    kihkih klu dibandingkan hanie,hanie lg otai..lg ramai blogger kenal..:)

    19 Mac 2012, 10:34:00 PG

    @Ummi Hanie

    kan hanie?semoga iu alisya menang..hanie pun tak kurang byk tu..chaiyok!nti kutu p komen lg..tgh masak nie satg ptg keje plak.smpt on jap.hikhik..

    19 Mac 2012, 10:35:00 PG

    @fieda

    terima kasih kak fieda.mmg terharu dengan korang semua yg sudi menempek kt sini.hehe..

    19 Mac 2012, 10:36:00 PG

    @IntaNBerliaN

    buku kisah dongeng.semua dh ulang byk kali baca.tggu ibu gaji br beli buku baru.hikhik..

    19 Mac 2012, 10:37:00 PG

    @Ummi Hanie

    alahai last ke..jap kutu p terjah ekk..igtkan ada masa lg..:)

    19 Mac 2012, 3:04:00 PTG

    @Puan Kutu

    tamat dah pun kutu... pasrah sajelah..hik3x...

    comel je aiman bercerita tu ;)

    19 Mac 2012, 6:12:00 PTG

    @Ummi Hanie

    lor tu la kutu br nak komen pastu dh share kt fb rupanya dh tamat.kelam kabut betul busy smp tak sedar dh tamat.hehe..

    cerita ikut cara dia. cpt je habis.haha..

    19 Mac 2012, 6:14:00 PTG

    @kakngah

    btul tu kakngah,klu malas apapun tak boleh..klu mls gak beli jer.yg penting nak,kalau tak mahu ssh la..keke..

    19 Mac 2012, 6:27:00 PTG

    nice info ibu aiman yg comel =)
    skrg ni bebdk mmg susah nak bc buku..diaorg lg rela tgk tv
    tp melalui medium pendidikan yg betul mcm antara ko listedkan tu, mmg bole sdikit byk memberi mereka didikan utk mbaca =)

    19 Mac 2012, 10:48:00 PTG

    @Puan Kutu

    three bear?? yg mana satu eh..yg budak perempuan dtg umah...pastu mkn bubur bear tu eh..

    fairytales mmg best

    19 Mac 2012, 10:49:00 PTG

    @Ummi Hanie

    wahhh....lama tu..chii punya ntah mana je da ilang...sampai kat adik..abih da semua =(

    19 Mac 2012, 10:50:00 PTG

    @Puan Kutu

    ahaks..biasa ar tu..kadng2 bila x merasa nak lakukan semasa kecik..itulah yg akan berlaku :p

    20 Mac 2012, 7:27:00 PG

    kan, zahra pon suka minta me bacakan buku kat dia..

    minat membaca ni kalau dipupuk dari kecik akan melekat sampai besar..

    good luck dear..

    20 Mac 2012, 11:51:00 PG

    nice info..bolehla azu tmbh info yg azu ade. jom singgah baca tip meransang anak2 kita minat MEMBACA~
    http://bambam2u.blogspot.com/2012/03/teknik-merangsang-minat-membaca-anak.html

    20 Mac 2012, 11:19:00 PTG

    @Puan Kutu

    otai je kalo ikutkan tahun start blogging...tp ilmunye tu tahap newbie je kot..hukhukk...

    20 Mac 2012, 11:20:00 PTG

    @Puan Kutu

    kutu punye pun ape kurangnye... alah,kalah mng adat pertandingan lah kan.. siapa mng, kite tumpang hepi juge.. ;)

    time kasih kutu support hanie slalu :)

    21 Mac 2012, 9:16:00 PG

    @Jue

    eh kembang kempis hidung ibu aiman nie kena puji comel.hakhak..

    itulah..zaman dah berubah kan jue..:)

    21 Mac 2012, 9:17:00 PG

    @cikpuanhady

    baguslah zahra minat buku.nti besar boleh jadi anak yg berilmu.hiks..

    21 Mac 2012, 9:19:00 PG

    @azu

    terima kasih..sama2 kita semai minat membaca pada anak sejak kecil.

    22 Mac 2012, 2:27:00 PTG

    terlambat lagi check out.. terima kasih pada semua yg telah menyokong puan kutu..

    poin yg telah berjaya dikumpul (tak rasmi)

    komen = 91 + 2
    like = 57
    tweet = 10
    +1 = 11

    Catat Ulasan