STICKY 48 jam sahaja
Salam bahagia,
Aiman yang diceritakan dalam entri ni adalah satu-satu anak puan kutu... (buat masa ni lah).. saya doakan semoga Aiman segera dapat adik..
*****************************
Entri Saat Keriangan Anak : Aktiviti Berkubang
Aiman seperti kanak-kanak lain juga sangat sukakan air. Sejak kecil dia sangat gembira bila dibawa ke Taman Tema, mandi laut, air terjun atau bermandi manda di kolam renang. Setakat ni kami sudah beberapa kali pergi ke Taman Tema Bukit Merah dan The Carnival Sungai Petani.
|
Di Carnival Sungai Petani. Abaikan mekap berlebihan dari ibu.hikhik |
Kalau bercuti, mana hotel penginapan yang ada kolam renang, wajiblah jadi tempat Aiman berkubang. Bukan setakat Aiman, ibu dan abahnya pun join sekali.hehe..Ini gambar percutian kami di Port Dickson.
|
Wajah keriangan Aiman.. |
|
Ibunya jangan tanya. Walaupun tak pakai swimming track, pic sensored!haha.. |
Ini pula waktu hantar ibu pergi kursus. Tak lepaskan peluang, Aiman berkubang dekat swimming pool tempat penginapan. Resort ni pool dia memang besar gedabak, view pun lawa.
|
Cantik kan permandangannya? Ini bukan ibu, kawan ibu ok.hihi.. |
|
Layan jer, dok godek cari gambar Aiman tengah mandi tak jumpa!haha.. |
Sebenarnya aktiviti Aiman berkubang bukan setakat bila bercuti, dekat rumah pun dia layan pool. Kalau kerumah Pak Ngah en suami, Aiman riang berkubang dengan Mak Adik dan Pak Ciknya.
|
Tengok betapa gembiranya Aiman! Dah macam sardin tin bersesak dalam kolam. |
Bila tengok orang ada kolam, Aiman pun demand pool jugak. Bukan tak nak beli, tapi ibu Aiman taik hidung masin takut bil air melambung!haha. Aiman strategi lagi mantap, dia cakap dekat Tok Wan dia suruh belikan kolam, so Wan pun bagi duit untuk pool cucu kesayangannya (sebenarnya ini strategi ibu dan abah, jimat duit kami.hoho..)
|
Apa ingat dalam rumah tak boleh berkubang? Tak perlu Cuti-cuti Malaysia pun. |
|
Badan taf tu, ada ketak-ketak.haha.. |
|
PEACE NO WAR!! |
END OF ENTRY
***********************************
nota :
- Puan Kutu diberi masa 7 hari, mulai 5 Mar 2012, jam 10 pagi sehingga 12 Mar 2012, jam 10 pagi untuk mempromosi n3 ini dan mengajak kawan-kawan untuk klik button retweet, LIKE FB dan +1 sebanyak mungkin.
- Setiap komen mestilah lebih dari 8 patah perkataan. KOmen yang kurang dari 8 patah perkataan akan di padamkan tanpa amaran.
- KOtak komen untuk entri ini akan di lock pada 12 Mar 2012, jam 10 pagi.
- jika kurang faham camana nak bantu untuk memberi poin kepada Puan Kutu.. sila baca sini >> penilaian untuk contest ibu sihat anak riang.
tips :
- Setiap pemilik entri diberi hak untuk membalas/menjawap setiap komen yang diberi
- Button retweet boleh tweet banyak kali..
Salam kasih sayang dan selamat memberi point untuk Puan Kutu,
.
Anda tahu LMFAO tu apa?
Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.
Sini pun menarik juga : entri peserta contest ibu sihat anak riang,
penilaian contest