NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Memaparkan catatan dengan label contoh entri untuk Contest Ibu Sihat Anak Riang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label contoh entri untuk Contest Ibu Sihat Anak Riang. Papar semua catatan

Ahad, Januari 29, 2012

Budaya belajar di rumah harus di mula pada usia awal anak



Salam bahagia,


Alhamdulillah, kali ini saya cuba untuk berbicara tentang budaya belajar di rumah untuk anak-anak pra sekolah. Namun, saya bukan lah pakar, kerana saya pun masih dalam proses mengajar anak-anak di rumah. Masih banyak yang perlu saya pelajari dari segi teknik dan juga menggunakan bahan  yang betul, selain menarik minat anak untuk terus belajar tanpa memberi tekanan pada anak.


Beberapa minggu lalu, saya membaca artikel/n3 yang ditulis oleh cikgu Norhaidi. Tajuk entri beliau adalah berkaitan dengan penguasaan 3M di kalangan anak-anak yang berleluasa dan apakah tindakan sewajarnya. 



ini adalah komen saya di entri tersebut



dan ini pula salah satu komen yang kakyong fikir harus dijawab oleh semua ibubapa.


Nak salahkan siapa kalau masuk darjah satu anak tak pandai menulis, tak kenal ABC, xtau satu ape pun?


Ibubapa mana lah tak sedih kan, selepas 2 tahun anak di tadika, (ada yang 3 tahun anaknya dihantar ke tadika) rupanya satu apa pun tak tahu.

Wajarkah jika kita letakkan semua kesalahan pada guru..? 

Ada ibubapa yang merungut, hantar ke tadika mahal-mahal tapi anak tak pandai pun.

Bila kita cadangkan, "ajar lah anak di rumah" ramai juga yang beralasan "saya ni kerja, mana ada masa" "anak-anak tak nak belajar dengan saya" dan macam-macam lagi alasan.

bila kita kata "10-15 minit jer setiap malam" ada pulak yang mula tarik muka.. seolah2 kita ni cuba nak mengajar dia pulak.. 


Memang agak sukar untuk menerapkan nilai budaya belajar di rumah untuk golongan kelas rendah, maksud saya ibubapa yang hanya kerja bawahan (contoh : kerja di kilang bahagian pengeluaran, stor ) dan selalunya stress dengan macam-macam isu. yer lah kan, pendapatan sikit (gabung gaji kedua ibubapa pun belum nak cecah RM2k), dah la macam-macam nak kena bayar.. jadi, tumpuan ibubapa lebih kepada cari duit & sediakan kemudahan dan makan minum di rumah. Hal belajar, memang diserah bulat-bulat kepada guru & sekolah. 

nota : statement prenggan di atas ni hanya generalisasi sahaja.. tidak menggambarkan keseluruhan.. sebab ada segelintir yang ambil berat pelajaran anak-anak



Bila anak tak pandai belajar, ibu ayah marahkan anak & ada juga yang 'hamput' guru. (situasi yang biasa)

Isu yang saya sebut ni... adalah realiti kehidupan di kawasan kejiranan makbonda saya.. berbeza sedikit di kawasan kejiranan saya. Sedih pulak bila taraf hidup menjadi salah satu penyebab anak-anak tercicir.. tercicir lah kan, jika 2 tahun di tadika tapi masih tak tahu membaca, menulis dan mengira.. itu belum campur Mengaji, menghafal surah dan banyak M lagi yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak.


Pada saya, belajar di rumah harus kita jadikan budaya dalam kehidupan seharian kita. Harus kita mulakan seawal usia anak. Memang diketahui umum tiap anak punya tahap penguasaan yang berbeza, namun saya tidak suka menjadikan ia alasan, kononnya anak akan pandai bila tiba masanya (saya tak boleh nak tunggu masa tu tanpa berbuat apa-apa)

Belajar tidak semestinya harus duduk di meja belajar.. adakalanya, saat nak tidurkan anak juga adalah masa yang sesuai.. sebelum anak tidur., kita ajar anak membaca doa tidur, di samping ajar beberapa surah mudah seperti AlFatihah & 3 Qul.. boleh juga kita ulang-belajar dengan anak-anak membaca ABC (untuk anak yang belum mengenal huruf), latih-ulang mengeja beberapa perkataan baru setiap hari.. atau pun ajar anak mencongak sifir tambah - contoh satu tambah satu, dua tambah satu.. 


Dan di hari minggu, (untuk ibubapa yang bekerja) boleh lah buat aktiviti di meja belajar... melatih anak menulis, melukis, mewarna, menampal dan sebagainya.. macam-macam aktiviti boleh dibuat, tetapi harus selalu diingati.. rules nya.. tak lebih dari 30 minit  (10 ke 15 minit adalah memadai) untuk satu-satu sesi dan jangan buat anak stress semasa di meja belajar.

Selain sesi belajar di meja belajar, kita boleh juga buat sesi membaca dengan anak-anak. Insya Allah, lama-kelamaan anak pasti akan suka dengan buku dan suka belajar. Ada banyak tips & panduan yang boleh di google, anda boleh juga baca entri PuanKutu Tips supaya anak suka membaca.



Jika anda perasan anak anda seperti ketinggalan di sekolah.. Jangan tunggu lagi, mulakan sekarang.. mula kan sedikit demi sedikit.. Insya Allah, dalam tempoh 7-8 tahun nanti, anda pasti akan tersenyum bahagia, tatkala anak sudah remaja, kita tak perlu nak terjerit sampai sakit tekak untuk ingatkan anak supaya belajar. 


Alah bisa tegal biasa. Sesuatu yang telah menjadi kebiasaan pastinya tidak lagi menjadi beban.





p/s
anak dara saya si Anis, hanya mampu bertahan 5 minit sahaja untuk sesi belajar.. jika lebih dari itu, dia akan mula tunjuk protes dan memberi alasan yang macam-macam. Memandangkan dia pun baru 5 tahun, jadi memang saya tidak paksa.. cuma sesi belajar tu memang perlu ada setiap hari, 



salam kasih sayang,
.

Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Khamis, Disember 08, 2011

Tips merangsang anak menatih suka belajar



Salam bahagia,


Jika dalam entri mengajar anak membaca - menilai kemampuan anak, saya kongsikan sedikit tips saya mengajar Fikri membaca. Kali ini, saya nak kongsi sedikit usaha saya dalam mengajar Aliya pulak.

Sebelum tu kita definisikan dulu, anak menatih adalah anak dalam usia 2 hingga 3 tahun. Anak pra-sekolah adalah anak dari umur 4 hingga 6 tahun. happy

Saya tahu ada dikalangan ibu-ibu telah memulakan mengajar anak-anak mengenal huruf dan nombor sejak di usia bayi lagi. Saya sememangnya pernah punya keinginan yang begitu, mungkin pengurusan masa yang tidak cekap, dan cepat keletihan, almaklum saya ni beranak setahun seorang anak, maka ianya memang diluar kemampuan batas tenaga dan kudrat saya. "Alasan untuk sejukkan hati sendiri"


Aliya sekarang ini berumur 3 tahun 5 bulan. Sangat berminat belajar, sebab dari usia t tahun lebih lagi dia suka bertanya macamana nak menulis huruf-huruf tertentu. Aliya ini memang sangat aktif dan suka explore macam-macam, contohnya suka main tanah (masa umur belum 2 tahun), baru 2 tahun dah nak ketip kuku sendiri, suka menyibuk tolong ibu kat dapur,  rajin tolong ibu lipat melipat, dan macam-macam lagi lah. big grin [seronok pulak bila membaca entri lama tentang anak-anak.]




1. Pendedahan harus bermula awal - sepantasnya mulakan sejak bayi dalam rahim ibu lagi.


laptop Acer saya nih, dah KO.. hihiii.. 

Saya mula mendedahkan Aliya dengan belajar mengenal huruf dan nombor ini seawal usianya 1 tahun 5 bulan. Sebelum usia itu adalah juga tunjuk-ajar-sebut dari buku kain dan kad imbas. Minat dia masa tu On & Off. Saya cuma jadikan ia rutin, 1 hari 1 kali untuk dia belajar, lebih kepada pandang-dengar.

*sedikit terbantut usaha saya semasa di tahun 2009 tu, sebab suami langsung tak galakkan, dia suka perkecil-kecilkan usaha saya* sad



2. Konsisten dalam menarik minat anak

 


Awal tahun 2010, saya mula menggunakan produk magic English untuk anak-anak saya. Tumpuan saya waktu itu adalah lebih kepada untuk menarik minat untuk belajar. Saya beri dia tonton CD, tapi Aliya kurang memberi tumpuan pada TV mahupun CD. Mungkin sebab umur masih kecil (belum cecah 2 tahun), jadi dia kurang minat dengan TV. Dia suka dengan buku bergambar. Jadi saya adakalanya akan mencipta cerita dari gambar-gambar yang ada. Kadang-kadang merapu pun ada, tapi sesuai dengan tahap kefahaman anak lah.

Masa umur belum mencecah 2 tahun, Aliya pun masih dalam proses mengenal dan menyebut pelbagai objek dan perkataan. Vokab masa ni limited lagi kan.



3. Layan kemahuan anak bila anak sendiri mahu belajar



Aliya ni rajin buat 'revision' buku kain di tuh.. jadi, bila tiba masa anak nak belajar, kita layan lah baca bersama. Dialog Aliya bila nak belajar "Ibu, cepat lah ajarkan baby"  big grin

Time ni, apa kerja pun harus lah ditinggalkan dulu. Layan dulu kemahuan anak. Insya Allah, minat dia pasti akan berterusan. Pada saya, jika kita asyik dok bertangguh dengan anak, contoh "tunggu lah jap, ibu nak siapkan kerja ni kejap" dan anak pulak sudah tunjuk mood nak mengamuk/tantrum.. Anak umur 2 tahun memang masih kuat tantrum tau.


memang tak dapat di nafikan lagi.. Aliya memang suka buku





4. Beri dia pegang/menggunakan alatulis yang sesuai

ini masa umur 2 tahun 1 bulan

Saya belikan board untuk menulis itu untuk Anis, tapi Aliya yang suka main. Aliya yang lebih suka conteng-conteng atas board itu. Semasa umur baru cecah 2 tahun, saya kurang beri dia pen @ pensel. Sebabnya nanti tahu lah kan akibatnya. Segala tempat dia akan conteng.



Aliya sedang main potong-potong 'tanah-liat' dengan pisau kek. Alhamdulillah, perkembangan motor halus dia berkembang dengan baik.




Pada usia 2 tahun 1 bulan, memang dah pandai pegang pen pensel.. dan selalu ajer dia conteng apa-apa juga kertas yang dia jumpa. Huruf yang dia selalu tulis masa usia ni, adalah huruf 'O'.


ini masa umur 2 tahun 8 bulan.. memang huruf O ajer yang dia suka tulis



Selain tu, beri juga peluang untuk memegang berus cat warna. Aliya memang suka sangat aktiviti conteng-conteng dengan berus dan cat ni. Dia suka mencampur-campurkan warna. Tapi aktiviti macam ni perlu pemantauan penuh, sebab silap2 dinding pun dia akan cat sekali.



5. Bawa dia melawat sekolah.

IMG_9882


Gambar ini semasa hari pertama Fikri ke Taski. Aliya suka sangat, dia pulak yang tak sabar-sabar nak pergi sekolah. Saya selalu beritahu Aliya, "kalau nak sekolah kena belajar pandai-pandai, pandai tulis-tulis, pandai conteng-conteng, dan pandai baca buku". Sejak itu, memang minat dia pada huruf dan nombor semakin baik. Semakin suka menulis, begitu juga conteng-conteng.







Tengok lah tu, buku abang pun dah jadi buku dia.. Dia yang terlebih rajin buat revision berbanding si abang.



6. Pengaruh adik-beradik yang lebih besar



Anak-anak saya ni depa selalu suka buat aktiviti bersama-sama.. Jika main basikal berjemaah, makan berjemaah, jadi bia si abang buka buku, Aliya pun ikut sama nak buka buku.



7. Belajar mengenal dan menulis huruf




Saya tidak mengajar Aliya mengenal huruf dengan cara membaca dari A ke Z, sebaliknya setiap hari saya perkenalkan dia huruf yang berbeza (tidak mengikut turutan pun). Jadi setiap hari, dia akan belajar 1 huruf dan dia akan cuba menulis huruf tu. Alhamdulillah, dalam tempoh yang tak sampai 2 bulan, Aliya sudah boleh kenal semua huruf bila saya suruh dia baca mengikut carta huruf A sampai Z. Bila saya tunjuk huruf secara random, dia boleh sebut. Dan bila di suruh tulis, boleh lah dia tulis... hehhehe.. menulis ni memang amik masa sikit lah kan. Sebab banyak juga huruf yang ditulis secara terbalik. Baru 3 tahun lebih kan, saya takde lah push sangat pun, jika dia suka, dia buat. 

Cuma, dia masih keliru dan belum betul-betul lulus untuk kenal semua huruf kecil. 




Selain tu, saya belikan buku yang dia boleh tracing huruf dan nombor, serta mewarnakan gambar-gambar.





Gambar yang ini agak terbaru jugak lah.. dia dah tak mahu buku tracing huruf dan nombor.. dia nak buku yang boleh baca. Jadi saya beli kan buku yang boleh dia warnakan dan ada huruf yang dia boleh sebut.  Sesungguhnya dia memang belum boleh membaca perkataan, dia sebut pun sebab gambar tu, tapi yang pasti dia tak buta huruf.. hihi.. big grin


Begitulah serba sikit kaedah yang saya guna untuk merangsang Aliya belajar. Dan kerana kemahuan dia sendiri maka dia lebih terkedepan berbanding kakaknya Anis (yang sehingga kini hanya kenal huruf O dan A sahaja) sad  


Saya merancang untuk mula kenalkan Aliya dengan sebutan sukukata, tetapi ini semua tergantung pada kemahuan Aliya sendiri. Cabaran terbesar saya adalah ANIS. Tahun depan dah masuk tadika, tapi dia langsung tak mau belajar, baca ABC tak suka, mewarna tak suka, menulis jauh sekali. Dia cuma suka saya bacakan buku bersama-sama dengan dia. Suka dibacakan buku, tapi tak kenal huruf. Anis Anis..


Apa yang saya belajar : mudah mengajar anak yang ada kemahuan dan bersedia, tapi bila anak tak berkemahuan ni.. kena usaha cara lain supaya dia suka dan mahu belajar



p/s : Ini adalah contoh, penulisan untuk contest Ibu SIhat Anak Riang.

Cuma saya tulis panjang lebar, untuk rekod saya sendiri. Sebab saya baru perasan memang banyak perkembangan anak-anak yang saya tak simpan di blog.

Rasanya tak susah kan jika berkongsi pengalaman sendiri dan anak-anak.

nantikan kemunculan Contest & Giveaway Ibu Sihat Anak Riang.



salam kasih sayang,
.






Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio