NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Khamis, Disember 08, 2011

Home » , , , » Tips merangsang anak menatih suka belajar

Tips merangsang anak menatih suka belajar



Salam bahagia,


Jika dalam entri mengajar anak membaca - menilai kemampuan anak, saya kongsikan sedikit tips saya mengajar Fikri membaca. Kali ini, saya nak kongsi sedikit usaha saya dalam mengajar Aliya pulak.

Sebelum tu kita definisikan dulu, anak menatih adalah anak dalam usia 2 hingga 3 tahun. Anak pra-sekolah adalah anak dari umur 4 hingga 6 tahun. happy

Saya tahu ada dikalangan ibu-ibu telah memulakan mengajar anak-anak mengenal huruf dan nombor sejak di usia bayi lagi. Saya sememangnya pernah punya keinginan yang begitu, mungkin pengurusan masa yang tidak cekap, dan cepat keletihan, almaklum saya ni beranak setahun seorang anak, maka ianya memang diluar kemampuan batas tenaga dan kudrat saya. "Alasan untuk sejukkan hati sendiri"


Aliya sekarang ini berumur 3 tahun 5 bulan. Sangat berminat belajar, sebab dari usia t tahun lebih lagi dia suka bertanya macamana nak menulis huruf-huruf tertentu. Aliya ini memang sangat aktif dan suka explore macam-macam, contohnya suka main tanah (masa umur belum 2 tahun), baru 2 tahun dah nak ketip kuku sendiri, suka menyibuk tolong ibu kat dapur,  rajin tolong ibu lipat melipat, dan macam-macam lagi lah. big grin [seronok pulak bila membaca entri lama tentang anak-anak.]




1. Pendedahan harus bermula awal - sepantasnya mulakan sejak bayi dalam rahim ibu lagi.


laptop Acer saya nih, dah KO.. hihiii.. 

Saya mula mendedahkan Aliya dengan belajar mengenal huruf dan nombor ini seawal usianya 1 tahun 5 bulan. Sebelum usia itu adalah juga tunjuk-ajar-sebut dari buku kain dan kad imbas. Minat dia masa tu On & Off. Saya cuma jadikan ia rutin, 1 hari 1 kali untuk dia belajar, lebih kepada pandang-dengar.

*sedikit terbantut usaha saya semasa di tahun 2009 tu, sebab suami langsung tak galakkan, dia suka perkecil-kecilkan usaha saya* sad



2. Konsisten dalam menarik minat anak

 


Awal tahun 2010, saya mula menggunakan produk magic English untuk anak-anak saya. Tumpuan saya waktu itu adalah lebih kepada untuk menarik minat untuk belajar. Saya beri dia tonton CD, tapi Aliya kurang memberi tumpuan pada TV mahupun CD. Mungkin sebab umur masih kecil (belum cecah 2 tahun), jadi dia kurang minat dengan TV. Dia suka dengan buku bergambar. Jadi saya adakalanya akan mencipta cerita dari gambar-gambar yang ada. Kadang-kadang merapu pun ada, tapi sesuai dengan tahap kefahaman anak lah.

Masa umur belum mencecah 2 tahun, Aliya pun masih dalam proses mengenal dan menyebut pelbagai objek dan perkataan. Vokab masa ni limited lagi kan.



3. Layan kemahuan anak bila anak sendiri mahu belajar



Aliya ni rajin buat 'revision' buku kain di tuh.. jadi, bila tiba masa anak nak belajar, kita layan lah baca bersama. Dialog Aliya bila nak belajar "Ibu, cepat lah ajarkan baby"  big grin

Time ni, apa kerja pun harus lah ditinggalkan dulu. Layan dulu kemahuan anak. Insya Allah, minat dia pasti akan berterusan. Pada saya, jika kita asyik dok bertangguh dengan anak, contoh "tunggu lah jap, ibu nak siapkan kerja ni kejap" dan anak pulak sudah tunjuk mood nak mengamuk/tantrum.. Anak umur 2 tahun memang masih kuat tantrum tau.


memang tak dapat di nafikan lagi.. Aliya memang suka buku





4. Beri dia pegang/menggunakan alatulis yang sesuai

ini masa umur 2 tahun 1 bulan

Saya belikan board untuk menulis itu untuk Anis, tapi Aliya yang suka main. Aliya yang lebih suka conteng-conteng atas board itu. Semasa umur baru cecah 2 tahun, saya kurang beri dia pen @ pensel. Sebabnya nanti tahu lah kan akibatnya. Segala tempat dia akan conteng.



Aliya sedang main potong-potong 'tanah-liat' dengan pisau kek. Alhamdulillah, perkembangan motor halus dia berkembang dengan baik.




Pada usia 2 tahun 1 bulan, memang dah pandai pegang pen pensel.. dan selalu ajer dia conteng apa-apa juga kertas yang dia jumpa. Huruf yang dia selalu tulis masa usia ni, adalah huruf 'O'.


ini masa umur 2 tahun 8 bulan.. memang huruf O ajer yang dia suka tulis



Selain tu, beri juga peluang untuk memegang berus cat warna. Aliya memang suka sangat aktiviti conteng-conteng dengan berus dan cat ni. Dia suka mencampur-campurkan warna. Tapi aktiviti macam ni perlu pemantauan penuh, sebab silap2 dinding pun dia akan cat sekali.



5. Bawa dia melawat sekolah.

IMG_9882


Gambar ini semasa hari pertama Fikri ke Taski. Aliya suka sangat, dia pulak yang tak sabar-sabar nak pergi sekolah. Saya selalu beritahu Aliya, "kalau nak sekolah kena belajar pandai-pandai, pandai tulis-tulis, pandai conteng-conteng, dan pandai baca buku". Sejak itu, memang minat dia pada huruf dan nombor semakin baik. Semakin suka menulis, begitu juga conteng-conteng.







Tengok lah tu, buku abang pun dah jadi buku dia.. Dia yang terlebih rajin buat revision berbanding si abang.



6. Pengaruh adik-beradik yang lebih besar



Anak-anak saya ni depa selalu suka buat aktiviti bersama-sama.. Jika main basikal berjemaah, makan berjemaah, jadi bia si abang buka buku, Aliya pun ikut sama nak buka buku.



7. Belajar mengenal dan menulis huruf




Saya tidak mengajar Aliya mengenal huruf dengan cara membaca dari A ke Z, sebaliknya setiap hari saya perkenalkan dia huruf yang berbeza (tidak mengikut turutan pun). Jadi setiap hari, dia akan belajar 1 huruf dan dia akan cuba menulis huruf tu. Alhamdulillah, dalam tempoh yang tak sampai 2 bulan, Aliya sudah boleh kenal semua huruf bila saya suruh dia baca mengikut carta huruf A sampai Z. Bila saya tunjuk huruf secara random, dia boleh sebut. Dan bila di suruh tulis, boleh lah dia tulis... hehhehe.. menulis ni memang amik masa sikit lah kan. Sebab banyak juga huruf yang ditulis secara terbalik. Baru 3 tahun lebih kan, saya takde lah push sangat pun, jika dia suka, dia buat. 

Cuma, dia masih keliru dan belum betul-betul lulus untuk kenal semua huruf kecil. 




Selain tu, saya belikan buku yang dia boleh tracing huruf dan nombor, serta mewarnakan gambar-gambar.





Gambar yang ini agak terbaru jugak lah.. dia dah tak mahu buku tracing huruf dan nombor.. dia nak buku yang boleh baca. Jadi saya beli kan buku yang boleh dia warnakan dan ada huruf yang dia boleh sebut.  Sesungguhnya dia memang belum boleh membaca perkataan, dia sebut pun sebab gambar tu, tapi yang pasti dia tak buta huruf.. hihi.. big grin


Begitulah serba sikit kaedah yang saya guna untuk merangsang Aliya belajar. Dan kerana kemahuan dia sendiri maka dia lebih terkedepan berbanding kakaknya Anis (yang sehingga kini hanya kenal huruf O dan A sahaja) sad  


Saya merancang untuk mula kenalkan Aliya dengan sebutan sukukata, tetapi ini semua tergantung pada kemahuan Aliya sendiri. Cabaran terbesar saya adalah ANIS. Tahun depan dah masuk tadika, tapi dia langsung tak mau belajar, baca ABC tak suka, mewarna tak suka, menulis jauh sekali. Dia cuma suka saya bacakan buku bersama-sama dengan dia. Suka dibacakan buku, tapi tak kenal huruf. Anis Anis..


Apa yang saya belajar : mudah mengajar anak yang ada kemahuan dan bersedia, tapi bila anak tak berkemahuan ni.. kena usaha cara lain supaya dia suka dan mahu belajar



p/s : Ini adalah contoh, penulisan untuk contest Ibu SIhat Anak Riang.

Cuma saya tulis panjang lebar, untuk rekod saya sendiri. Sebab saya baru perasan memang banyak perkembangan anak-anak yang saya tak simpan di blog.

Rasanya tak susah kan jika berkongsi pengalaman sendiri dan anak-anak.

nantikan kemunculan Contest & Giveaway Ibu Sihat Anak Riang.



salam kasih sayang,
.






Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio
30 Comments
Comments

30 comments

8 Dis 2011, 1:24:00 PTG

setiap anak punya tahap kemahuan utk belajar berbeza, bangga dengan aliya punya kemahuan yang tinggi, waktu ni kena gilap betul2, si anis tu mungkin ada kemahiran lain yg dia lebih suka, mengira contohnya...anak2 saya suka sangat guna sompua (betul k ejaan?)

anak sulung saya masa umur 6 tahun ni baru nampak dia bersungguh2, walaupun membaca tidak selancar mana tapi hakim cekap mengira. Aiesyah pula lebih suka mewarna, menulis berbanding membaca... si Umar buat aje apa yg dia suka....layannn :)

8 Dis 2011, 1:57:00 PTG

nak ajar anak ni memang ibu kena cekal kan... ibu x cekal, anak xde kemahuan, susah jgk tu...

Alya zie plak, dia x berapa suka belek2 buku, tp dia suka tengok video.. setakat ni 1-10, a-z, alif -ya.. dah boleh hafal... cuma masih belum nak cam huruf dan no...

nak kena guna cara kak yong jgk ni... ajar menulis secara tak teratur... 1 hari 1 huruf...

8 Dis 2011, 2:46:00 PTG

kagum sgt dgn cara kakyong ajar anak2... izan pun wpun dok umah, takdelah jadual yg betul2 bila nak ajar anak. ikut mana yg sempat aje. harap2lah izan dpt jadi lebih berdisiplin cam kakyong dlm mengajar sendiri anak2 kat umah.

8 Dis 2011, 3:47:00 PTG

pertma klu anak mmg minat belajar senang,pas tu ibu mmg kena berkorban masa.anak2 ni bila dia nak belajar bukan kira masa,jadi kita kena ikut,biarpun masa tu kita sedang masak/sedang tgk cite best kat tv...

8 Dis 2011, 7:02:00 PTG

@Wan Anie
ya setuju sangat...

sempua... setakat ni di taski fikri tu takde pendedahan guna sempua..

kakyong pulak memang xreti guna.. tp boleh belajor kan..

anak2 ni selagi dia ada kemahuan, kita beri kan jer galakan..

8 Dis 2011, 7:05:00 PTG

@Zie Fauzi kena cuba & usaha tarik minat anak.. ajak baca buku sama2 pun satu usaha utk tarik minat anak pada buku.. :)

boleh cuba cara tu Zie.. sekurang2 kita tak ajar anak menghafal, tp mengenal bentuk dan sebutan huruf..

Zie sure boleh.. yg penting ada plan, tak perlu jadual tp plan utk luangkan 2-3 sesi setiap hari.. 1 sesi tu 5-10 minit pun dah cukup

8 Dis 2011, 7:07:00 PTG

@Izan Ishak ish, jgn kagum Izan.. Izan pun ada keistimewaan tersendiri.. kalo tak, takkan lah naufal hanya masuk tadika tahun depan, umur dah 6 tahun & Izan mengajar dia belajar di rumah kan... Hebat tu..

SAHM x leh nak ade jadual yg fixed Izan.. yg perlu hanya kesediaan korban masa (tak berblog) bila anak2 nak belajar... hihiii... ;)

8 Dis 2011, 7:08:00 PTG

@ct N honey yer betul tu ct.. tp berbaloi berkorban utk anak2.. kita juga yg rasa puas bila anak dpt apa yg kita ajar..

9 Dis 2011, 1:15:00 PG

@kakyong saya pun tak tau guna...yg tahu nadira sorang jer sbb kat taska cikgu ajar dia,lg advance dr mama..huhu

9 Dis 2011, 1:18:00 PG

salute la kak yong...saya pun tak 'merakam' setiap perkembangan mereka dgn baik..
pendapat saya, milestone aliya bab2 belajar ni mmg dah setara dgn anak yg ke taska..berkat kesungguhan ibu ni...tahniah kak yong!
anis tu kena lebih perhatian sket la kot...may be kak yong kena pikir cara lain nak ajar dia..

9 Dis 2011, 12:00:00 PTG

salam kakyong. Wah... kagum betul la. Sabarnya kakyong. aku selalu hangat2 taik ayam jer...

9 Dis 2011, 12:14:00 PTG

@MamaYatie jom kita buat misi baru utk tahun 2012.. belajar guna sempua & ajar anak2 mengira dgn sempua... ;)
kalo x dpt juga.. kita ajak wan anie buat kelas mengajar guna sempua untk ibu2... :D

9 Dis 2011, 12:27:00 PTG

@MamaYatie bila semak balik n3-ne lama., konon2 nak buat rujukan.. then baru perasan, ada banyak 'ruang kosong'.. tetiba rasa 'blank' jap.. kenapa lah tak catatkan, kenapa tak buat n3..
ia sebenarnya rekod utk kita semak semula... sbb kita tak boleh nak ingat semua perkembangan anak2 kan.. ?

Aliya ni kan.. kalo yatie berada di tempat kakyong pun, takkan yatie nak biarkan jer.. bila dia yg terlebih2 meminta diAJAR.. dia yg sendiri request nak buku mcm ni mcm tu... dan bila dah dpt buku tu, dia buat & dia nak kita hadap dia buat kerja tu... ??!!!

anak2 tu permata kan.. ada yg menggilap dirinya sendiri.. ada yg kita kena bantu untuk menggilap nya... kan..!!

9 Dis 2011, 12:30:00 PTG

@Nong Andy jgn kagum.. bila sampai saatnya kamu pun pasti takkan mbiarkan anak mcm tu ajer..

kdg2 kemahuan anak2 mbuatkan kita sbg ibu jd lebih bersungguh2 & bertekad.. peluang ini sekali dlm hidup.. jgn sia-sia kan... diwaktu anak mahu, kita berilah.. jika berlawanan, kita takut lain pulak padahnya di masa depan...

kakyong pun masih dlm stage awal, org lain dah jauh berlari.. byk lagi yg perlu belajar..

9 Dis 2011, 1:35:00 PTG

seronok baca catatan kakyong ni. Saya pun mmg dari dulu suka tulis dan rakam perkembangan anak di blog. Bila baca balik rindu saat itu kan.

9 Dis 2011, 2:36:00 PTG

Alhamdulillah..teruskan usaha K.Yong utk terus mrangsang anak menatih suka blajar...

9 Dis 2011, 5:04:00 PTG

bagus la tips yg k.yong bagi nih.. boleh dijadikan panduan.. kagum dg aliya.. semoga mereka sumer menjadi anak yg berjaya dunia akhirat.. amin..

9 Dis 2011, 7:25:00 PTG

anak saya macam anis,suka dibacakan buku tp huruf pun tak kenal lg.bukan dia tak suka buku n menulis,cuma sy nie bekerja..kerja pulak tak tentu masa.jadi pelajaran Aiman sedikit terabai. Saya rasa Aiamn mmg jenis yg cpt tgkp klu kita ajar sesuatu cuma sy nie kadang tak smpt.klu nak mengajar pun kena beri komitmen yg tggi kan.aisey rasanya macm nak letakkan kesalahan kt diri sendiri jer.hehe..

10 Dis 2011, 9:54:00 PG

Wow Aliya... mai sini nk bg big hug.. Setiap anak tu ada cepat lambatnya k.yong tp semestinya diorang semua ada kemahuan. Anak2 saya pun mcm tu... ada yg pantas, ada yang cepat dan ada yang step by step. Adik ipar saya yang sdg ikut kursus asuhan kanak2 sbb nk buka taska bgtau saya, kadang2 kita nampak je budak mcm anis tak pick uptp sbnrnya dia menyimpan memori tu dan satu masa tertelan ayaq liur la bila diorang throw up storage diorang tu hahaha... it happened to me k.yong. Usamah saya yang kelihatan malas pd mata saya rupanya boleh baca English dan Jawi tanpa ke kelas pun.. since that saya dah tak paksa diorang dah.. hehe..anyway, saya nk jadi mcm k.yong juga... nk jd cikgu mithali :))

10 Dis 2011, 4:38:00 PTG

@~ yus ~ betul yus.. tp yg frust tu bila ada psrt yg kita tak buat catatan.. adoi... ni yg pasni rasa nak terus jer tulis pasal anak2.. lagipun blog ni memang utk anak2.

10 Dis 2011, 4:40:00 PTG

@Affieza tahun depan Aliya dah beralih ke anak pra-sekolah.. apa2 pun mencuba yg terbaik, walau kdg2 malas.. mana tak nya, kdg2 kita nak rehat jap.. dah dia nak kita adap dia belajar..

10 Dis 2011, 4:44:00 PTG

@Puan Kutu kdg2 nak ajar anak ni tak perlu masa yg lama pun.. kita dpt hadap dia dlm 10 minit sebelum tidur setiap hari pun jadi..

PK sure boleh, since Aiman jenis yg suka belajar.. then dah boleh mulakan utk kenalkan dia dgn huruf..

macam Anis ni, dia memang tak brp suka dgn pensel, pensel warna.. pegang pensel pun tak betul lagi.. kena ajak betul2, baru dia nak.. itu pun buleh la 5 minit jer bertahan.. hihiii.. sabor jer lah..

10 Dis 2011, 4:46:00 PTG

@ct rahani sama2 utk ct jugak.. byk lagi cabaran masa depan nih... byk yg dirancang, ntah mampu ntah tidak dijalankan utk anak2 3 org nih..

10 Dis 2011, 5:05:00 PTG

@Siti Sifir syabas utk Usamah.. diam2 ubi berisi.. tp tak semua anak ni diam2 ubi... takut2 diam2 tin kosong.. huhuu..

Aliya dulu jumpa makcik pijah, ikat rambut tocang jegang.. la ni kalo tocang pun dah x jegang lagi.. hiii

Pijah sure boleh punya.. lagipun dah ade anak sek rendah kan.. tentu boleh tolong sama tgk2kan adik2 belajar.. yg pasti tahap kesabaran kena tinggi & ibunya kena tunjuk kesungguhan & seronok lebih dari anak.. ;)

13 Dis 2011, 7:50:00 PG

tips bergune dimase mendatang...

p/s: cutenye anak2 kakyong...suke tgk! ;)

13 Dis 2011, 7:50:00 PG

eh lupe plak..nak joinn contest akak! insyaAllah tengah perah utak heheh

14 Dis 2011, 12:47:00 PG

hanie pun byk prkmbgn ank2 xdisimpan dlm blog...rugi2 .. azam nk simpan lah ni ... :p

mmg lain anak,lain prkembangan dan pe'el nya ;)

26 Apr 2012, 11:29:00 PG

Assalamualaikum Kak Yong,
Seronok tgk Aliya dah pandai kenal huruf dan menulis...
Anak saya pulak kenal huruf tp tak pandai menulis...tak suka menulis, kalau tulis pun terbalik, ikut suka dia. dia dah sekolah.. pra-1.
mewarna pun tak pandai sgt. lebih suka main puzzle, plastesin, 'tolong' mama di dapur mcm tu. Tp kelebihan dia cept ingat apa yg di ajar.

27 Apr 2012, 11:14:00 PG

@Zantie Azizan Alhamdulillah, terima kasih Zantie.. Aliya ni makin hari memang makin byk yg dia belajar.. cuma masalah kakyong adalah si kakak Anis.. memang betul2 teruji.. sbb dia tak suka menulis, mewarna.. kemahiran motor halus dia memang masih ditahap yg belum boleh nak kata OK..

tp kakyong pun x suka nak paksa dia.. sbb Anis pun mcm anak Zantie, dia lebih suka menghafal, menyanyi.. kalo menulis/mearna tu.. 5 minit ajer lah.. lebih dr tu, nanti dia tarik muka..

22 Jul 2014, 2:17:00 PTG

Saya suka baca post kak yong. Saya tengah giat kumpul ilmu tentang homeschooling. Cari punya cari, saya terjumpa blog ni.

Jemput singgah blog saya pula ye ^.^

www.annurhaifa.com

Catat Ulasan