Salam bahagia,
hari ni macam malas-malas jer nak update kan entri baru.. jom layan minum teh o dan biskut kering..
En ayah memang dah jarang beli biskut, tak kesah lah biskut apa,.. anak-anak hari-hari disogok makan nasi jer.. kadang-kadang tu ade lah bersulam mee , keteow atau bihun. Dan yang pasti & paling kerap adalah cucur (tak kesahlah cucur kentang ke, cucur ikan bilis ke, cucur karot, cucur nasi ker.. pokoknya memang kerap lah cucur).
Minggu lepas, en ayah balik bawa 1 pack biskut kering @ cream kreaker. Anak-anak terus request nak minum air teh. Walhal sebelum ni langsung tak mau minum teh, kalo tak milo atau air suam ajer.
Teh oren dari Cameron yang dapat dari
Yati pada bulan Feb 2011 yang lepas pun tak habis-habis lagi.. Kami memang jarang sangat minum teh, jadi stok gula 1 kg sebulan pun tak habis..
Paling tak tahan tu, dari pagi dok adap biskut kering tu.. lepas dah makan nasi pun nak makan lagi biskut kering. Benda dah jarang-jarang dapat, macam tu lah.. jakun semacam jer.. hehehee..
Saya bagitahu anak-anak, celup dengan milo pun sedap ni., tapi anak-anak insist nak teh O jugak.. jadi, layan jer lah.. boleh la mengurangkan sikit stok teh nih...
hari ni pun dilanda kemalasan nak masuk dapur. Pukul 10 pagi tadi masak bihun goreng, masak 1/2 bungkus jer. Anak-anak makan sampai bertambah-tambah, hampir nak habis jugak lah. Pastu depa bertebaran pergi main ke rumah jiran. Ohya, lupa nak beritahu, sebenarnya jiran saya balik ke Acheh 2 minggu lalu. Baru ajer balik semula ke sini semalam. Tu yang anak-anak saya sibuk sangat nak main dengan Fifi dan Dicky.. rindu sangat lah tu, 2 minggu tak berjumpa.
Kesian juga mendengar kesah jiran yang tak sempat nak jumpa bapanya, sampai di sana bapa sudah meninggal. 4 tahun tak berjumpa bapanya, akhirnya dia balik pun tak sempat juga bersua muka. Begitu lah hidup di rantauan kan. Btw, jiran saya ni suami nya sudah mendapat taraf penduduk tetap Malaysia sebelum berkahwin dengan dia. Anak-anak nya ada MyKid merah jambu tu, cuma dia sahaja yang visa perlu dichop setahun sekali.
p/s
jiran ada beri buahtangan, dodol dari Indonesia dan pisang salai. Saya tak reti makan pisang salai ni, memang tak leh nak lalu di tekak saya nih.. Aliya pagi tadi dia gigit sikit, lepas tu dia luekkan semula.. huhuuu... kome suka ke pisang salai.
..
..
salam kasih sayang,
Anda tahu LMFAO tu apa?
Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.
Sini pun menarik juga : diari SAHM,
kesah anak-anak