Salam bahagia,
Senang jer nak buat... rasanya semua orang pandai buat cucur..
- 2 senduk nasi (sukatan ikut suka ya, saya suka nasi banyak.. nasi balance semalam pun)
- 1 biji telur
- 1/2 sudu teh serbuk penaik
- ikan bilis dalam segenggam (ni pun ikut suka, lagi banyak, lagi sedap)
- 1 labu bawang besar
- 1 cawan tepung gandum
- daun saderi dihiris (pun sukatan ikut suka) - yang saya buat hari tu, tak letak sebab takde stok
- karot/lobak merah dihiris (ikut suka nak letak sikit @ banyak)
- 1 cawan air
- 1 sudu teh garam @ kurang lebih ikut suka..
- nasi, ikan bilis, bawang besar, telur dan serbuk penaik & 1/2 cawan air - disatukan dalam jug blender dan dikisar.. tak perlu lama sangat.. tak perlu lah kisar halus macam nak buat solid food untuk baby tu..
- kemudian masukkan dalam mangkuk besar, dan dimasukkan tepung sedikit demi sedikit, tambah air sedikit sedikit, agar adunan tidak terlalu pekat..
- masukkan lobak & daun saderi kacau rata.. pastikan adunan tidak terlalu cair @ pekat. JIka nasi banyak, adunan tu akan jadi makanan baby , mudah nak diacukan dengan tangan.
- biarkan seketika.. agak2 dalam 1/2 jam
- goreng dalam minyak sederhana panas & angkat bila dah warna jadi golden brown..
- sedap dimakan dengan sos & mayonis, sambal ikan bilis, kuah kari (kalo yang semalam punya lagi kaw), dengan ikan masin pun sedap.. dan apa sahaja yang sesuai untuk dibuat pencicah.
nota :
ada orang selalu fail buat cucur sebab jadi terlalu berminyak. Tips nya,
- masukkan adunan tepung sebaik minyak sudah mula panas.. jika masukkan adunan sebelum minyak panas, jadikan fenomena 'masuk minyak'
- jika adunan tidak cair & just nice jer.. Insya Allah, cucur akan elok tak masuk minyak
- gunalah tangan untuk acu kan adunan ke dalam kuali.. baru lah dia jadi comel-comel..
- masaklah dengan api sederhana besar & dibalik2 kan selalu.. bukan main tinggal jer.. masak dengan kasih sayang kan..
- masa nak angkat cucur tu, kecikkan api.. dan tapis dulu cucur tu.. tak pun guna 'kitchen towel' untuk serap minyak.
salam kasih sayang,