Salam bahagia,
hari ni saya lewat online.. jam 11 lebih baru dapat pegang keyboard..
Alhamdulillah, anak-anak dah siap makan.. lauk basah dalam petiais dah habis, jadi saya masak jer apa yang ada.. sambal kentang ikan bilis.
|
jemput makan.. |
Anak-anak makan dengan nasi panas-panas... itu ajer lauknya.. Aliya makan sambal ni dengan kicap.. dalam rumah ni Aliya sorang jer yang ikut selera en ayah.. suka makan dengan kicap.
Berbalik kepada tajuk entri.. heheh.. yang sebenarnya ia lebih kepada perasaan saya sendiri.. gembira sebab selepas 2 minggu blog ini saya aktifkan.. rank alexa sudah berada dalam rank 1 juta, dan rank di Malaysia dalam 5 ribu.
Sejujurnya saya akui, bila tengok rank dah naik macam ni.. memang mood untuk blogging tu mencanak-canak okay... seronok dan rasa bersemangat. Walau kadang-kadang alexa rank ni bukan pengukur popularity , berjaya atau tidaknya sesuatu blog tu... cer tengok berapa ramai follower blog ni.. heheh.. sikit jer.. sah-sah lah tak fofuler..
Tips nya, ini yang saya buat @ praktiskan sikit-sikit :
- pastikan blog mesra SEO - breadcrumb, meta tag tajuk blog, ruang entri sebelah kiri
- maksimakan penggunaan button sosial.. nampak tak butang LIKE, retweet dan google+ di atas n3 saya ni... setiap kali retweet (dalam 1 hari boleh tweet 2 kali) , tekan LIKE @ share di FB , dan +1.. Insya Allah, sekurang-kurangnya kita menarik trafik @ visit dari kawan-kawan di twitter, FB dan google+.
- Update n3 at least 1 hari 1 kali.. ada otai yang cakap, 3 entri seminggu sudah memadai, tetapi n3 biorlah perkongsian berisi...
- blogwalking at least ke 10-20 blog sehari, dan tinggalkan komen
- join segmen antara kawan blog.. untuk blog ini saya belum pernah buat lagi..
- buat giveaway & contest yang menarik perhatian dan harus lah rajin promosi kan..
Tak perlu rushing sangat, sampai nak adap lappy dan blog sampai 4-5 jam sehari, jangan sampai koje lain pulak tak siap.. yang ibu dok rumah macam saya ni.., jangan sampai nasi lupa nak masak.. kang melalak anak di rumah kelaparan... sebab ibu dok sibuk nak kejor ranking... hehehe..
Saya kan sebenarnya cemburu juga bila tengok blog kawan-kawan yang ramai kawan.. ramai kawan dalam erti kata, sekali dia buat entri.. hampir 100 komen daripada kawan-kawan.. meriah kan.. terasa diri bagai amat dihargai..
Pada saya lah., komen kawan-kawan sebenarnya lebih memberikan saya bersemangat untuk menulis.. dan terus support blog kawan-kawan. dan tak dinafikan juga, alexa rank menjadi pendorong ke2 untuk terus meneruskan aktiviti berblog. Tapi kan, ada hari-hari tertentu saya memang tak blogwalking.. maaf yer.. kadang-kadang terpaksa bercuti BW bila tak sempat nak kejar masa. Yang penting, saya masih dalam mood berblog dan masih nak jejak blog kawan-kawan yang dah lama saya tak ziarah.
..
jangan lupa join contest & giveaway ibu sihat anak riang. saya baru terima 5 helai/pasang tudung (tudung dan inner serta sepit comel - untuk 1 pakej hadiah) . Nanti saya UP kan gambar.. lambat publish n3 ini, sebab sibuk dok jadikan anak-anak model tudung..
..
salam kasih sayang,
.
Anda tahu LMFAO tu apa?
Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.
Sini pun menarik juga : blogging tips,
makanan best home made,
rank blog keluarga ibu3A,
tips UP kan trafik