Salam bahagia,
Idea nak menulis dah ke laut.. tu yang dari pagi tak berupdate.. asyik mengelewor membaca berita.. Tahniah buat adik-adik yang baru mendapat keputusan PMR.. pada yang mendapat keputusan kurang baik tu, jangan putus asa.. boleh usaha lebih lagi semasa SPM nanti.
|
rendang pedas ayam.. tak kering lagi ni.. masih dalam kuali nih.. |
Ini lauk pada Ahad lepas.. masak pun belah petang, jadi malam baru anak-anak makan. Anak-anak makan bertambah-tambah, sampai nak licin nasi dalam periuk nasi. hehhe.. senyum lebor la si ibu. Tapi si ibu yang tak berapa lalu nak makan. Bosan jugak, beberapa minggu ni, en ayah beli ayam jer.. bila pesan beli ikan, katanya ikan takde, yang ade ikan kotak dan ikan pecah perut. Pesan beli ikan masin pun tak dibeli-belinya..
Rasanya rendang pedas ni semua orang reti buat.. campak jer semua bahan-bahan dalam kuali.. tunggu sampai mendidih dan dah hampir nak kering tu masukkan hirisan daun kunyit dan kerisik.
Saya masak memang takde sukatan.
Yang saya masak ni :
1/2 ekor ayam - sederhana besar - potong 12 (ikut suka saiznya), saya potong saiz kecik sebab senang anak2 nak makan
2-3 sudu makan cili giling - saya guna cili giling puteri, kalo kurang suka pedas boleh kurangkan
4 batang serai - dihiris dan ditumbuk
2 labu bawang besar - dihiris
1/2 inci halia (nak lebih pun boleh) - dihiris halus
sedikit lengkuas - kali ni tak guna, sebab takde stok
1 cawan santan pekat - saya guna tak sampai 1 cawan.. itu pun dah cukup lemak berminyak
1 cawan air
1 sudu teh kerisik - ni kerisik suami buat sendiri
1-2 helai daun kunyit - dihiris halus , daun kunyit saya guna tu memang besor, jadi guna 1 jer.
1-2 helai daun limau purut - dikoyakkan jer (option jika suka bau wangi daun limau) - tak bubuh sebab lupa nak minta kat rumah makbonda
Cara-cara:
1. cuci bersih ayam, saya cuci guna limau kasturi.. hehehhe.. malas nak guna tepung, limau nipis pun tak dak stok. - kalo nak ganti dengan daging pun boleh, tapi sukatan tak sure, sebab saya masak main agak-agak jer
2. masukkan bahan-bahan kecuali kerisik dan daun kunyit.. kemudian tunggu sampai menggelegak.. pandai-pandai lah kacau.. senang jer masak rendang ni, masa memula tu boleh jer tinggal camtu jer.. 10-15 minit kemudian boleh lah datang jengah.. kacau balik sesuka hati & perlahanan api
3. Bila dah hampir kering, masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut, perasakan garam..
4. Suka hati nak bagi sampai betul-betul kering atau berkuah sedikit.
Sedap dimakan dengan nasi, pulut, ketupat dan juga roti.. buat cicah dengan cucur pun sedap..
p/s
ni bukan blog masakan, tapi sesekala nak juga share resepi masakan yang simple-simple.. Ni memang resepi turun temurun, dari kecik lagi dok tengok opah dan mak masak macam ni. Masa sekolah menengah dulu, rasa pelik jer bila tengok orang buat rendang siap tumis lagi.. tu lah kan, lain tempat lain kaedahnya.
salam kasih sayang,
Anda tahu LMFAO tu apa?
Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.
Sini pun menarik juga : makanan best home made,
resepi