Salam bahagia,
hari Sabtu lepas, sewal pagi, atok santan aka pak mertua saya dah telefon saya. Dia beriya-iya pesan dan ingatkan saya, jangan lupa isi borang yang en ayah akan bawa balik nanti. Saya pun mengiyakan sahaja. Saya malas nak kata TIDAk, nanti pak mertua saya berlarut-larut meleter pulak.
|
ini lah borangnya.. dah siap chop Ketua Kampung |
Suami balik agak lewat hari Sabtu tu.. hampir maghrib baru sampai rumah. Lewat petang tu pun hujan lebat, janji nak bawa anak-anak ke taman besar aka Padang Polo pun terus jadi angan-angan di benak anak-anak ajer.
Suami tanya nak isi ke borang tu? Saya kata "Isi ajer lah, kalo tak isi nanti abah 'bising'.."
Jadi, suami saya pun isinya.. kata suami kena photostat MyKad, termasuk saya punya.
Dan baru ni, dapat tahu satu info, mereka yang pernah berdaftar dengan LHDN dikatakan tidak layak untuk memohon bantuan RM500 ni.
Dalam kes ni, saya ni memang berdaftar dengan LHDN, memang ada fail cukai. Sebab saya pernah bekerja kan. Tapi sekarang ni tidak lagi, sudah 5 tahun saya tidak membayar cukai. Tapi tak tahu lah, jika masih ada lagi rekod cukai saya yang tertunggak, saya tak pasti lah pulak.
JIka ada yang merasakan kami tidak layak, itu terpulang lah pada LHDN nanti. Kami tidak memberi maklumat palsu pun. Saya pun bukan mengharap sangat, tapi jika dapat, rezeki untuk anak-anak. Sebab banyak perkara yang saya teringin nak belikan (dari segi buku dan pakaian) untuk anak-anak, tapi kemampuan kami sekarang ini terbatas.
Setiap bulan dapat melangsaikan semua bil dan menten loan rumah tertunggak 2 bulan, itu pun sudah cukup memadai. Loan rumah tu ajer yang selalu kami dahulukan.. itupun selalu ajer tertunggak 2 bulan @ 1.5 bulan. Jangan tertunggak 3 bulan sudah lah.
Saya sebenarnya nak gunakan ajer kemudahan EPF untuk pembayaran loan rumah, tapi en ayah ni tak mau. Dia insist nak bayar, tapi natijah nya bila kami ni hidup dalam mode "kain baju tak berganti," "kereta pun ala-ala nak masuk tempat keling botol", "cuti-cuti Malaysia jauh sekali", dan macam-macam lagi lah.. banyak lah mulut-mulut yang akan menyindir kami..
Tapi saya terharu dengan adik-adik perempuan saya, dan beberapa kawan yang membuat hati saya tersenyum. Tahun ni, adik saya belikan saya baju baru, buatkan saya baju kurung baru, buatkan baju kurung anak-anak saya. Kawan saya kirimkan kain untuk saya buat baju kurung untuk anak-anak. Tahun lepas adik ipar (miela) belikan baju raya untuk anak-anak saya. Dan ada kawan blog yang kirimkan baju-baju yang cantik untuk anak-anak saya. Adik suami (makcik kesayangan Fikri), dia memang setiap tahun sponsor baju raya Fikri. *mode bergenang air mata dah ni*
Maaf jika entri ni sediki emo.. acapkali saya tidak mahu mengingatkan diri saya dengan segala kekurangan..
Saya setuju suami isi borang tu, sebab tak mau pak mertua saya 'bising', tak mahu dikatakan sombong "dah ade peluang untuk dapat bantuan tak mahu mohon".
Dah tahu tak mampu, apsal sibuk nak bertenet kan???
Saya bertenet bayar bil streamyx ni semua dengan hasil kerja online saya. JIka ada yang tempah ruang iklan, duit dari Nuffnang, hasil make-over blog.. which semua nya kecik jer amaunnya. Saya memang tak belanjakan. Memang disimpan untuk cover bil streamyx saya, RM60 sebulan. Walau dah banyak kali agen Telekom syorkan saya upgrade ke pakej yang lebih laju, RM99 sebulan, tapi cukuplah dengan yang sekarang ni, itu dah habis juga modal niaga saya guna untuk cover duit streamyx. *Sebab tu lah saya dah tak niaga online, sebab modal dah pancit* Saya tak pernah mintak duit dengan en ayah untuk bayar bil ni.
eh, apa yang saya dah melalut nih.. maaf lah yer.. jika tak faham tak apa, tak perlu kata apa-apa. Walau saya takda wangringgit untuk hidup mewah dan hanya secukup makan dan pakai baju lusuh, saya tetap punya fokus dalam hidup. Anak-anak harta berharga saya, itu lah keutamaan saya.. saya tak mampu beri mereka hidup mewah. Tapi saya cuba mengajar apa jua ilmu yang baik selagi hayat dikandung badan.
selain anak-anak, lappy saya ni lah antara benda berharga pada diri saya.. sebab dengan lappy dan talian streamyx lah yang menghubungkan saya dengan dunia luar (kawan-kawan terutamanya), tanpanya saya mungkin boleh jadi seorang ibu yang murung dan depress, hidup tanpa kawan-kawan.
salam kasih sayang.,
.
Anda tahu LMFAO tu apa?
Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.
Sini pun menarik juga : bantuan one-off RM500,
diari SAHM