Salam bahagia,
Penilaian entri Puan Kutu telah pun tamat jam 10 pagi tadi (12 Mar 2012). Esok pulak penilaian entri Nida akan berakhir.
Yang sedang berentap sekarang ini adalah Ummi Hani dan Zie Fauzi.. selamat meneruskan usaha mengutip poin.
dan sekarang ni.. jom layan entri dari IntanBerlian pulak.... jom refresh kan semula tentang fungsi otak kiri dan otak kanan.. semoga kita dapat memaksimakannya pada anak-anak kita.
***************************
Sebelum ni saya pernah terbaca yang kajian di Jepun menunjukkan melatih anak menggunakan otak kanan untuk berfikir adalah lebih efektif melahirkan anak bijak berbanding otak sebelah kiri.. Selama ni saya main ajar je alisha.. tak tau la otak kanan ke kiri tapi sekarang ni tiba2 saya rasa macam best pulak untuk seimbangkan dengan otak kanan jugak..
Tak kisahlah tu apa2 pun, yang penting hari ni saya nak berkongsi dengan u all apa yang saya dah baca tentang Tips Anak Bijak guna Otak Kanan.. Bolehlah kita sama2 mempraktikkannya.. (",)
1. Ketika anak2 kita tengah tidur2 ayam, kita bercakaplah dengan mereka dengan sepenuh hati & sejujurnya bahawa kita amat2 menyayanginya.. Contohnya.. "Alisha.. ibu terlalu sayangkan alisha.. kasih sayang ibu terhadap alisha tiada tandingannya.. semoga alisha membesar sebagai anak yang baik, bijak, solehah & taat pada perintah Allah"... Untuk pengetahuan u all, ketika anak2 kita tidur2 ayam, OTAK KANAN SEDANG BEKERJA MANAKALA OTAK KIRI DAH PUN TIDUR dengan lenanya... (",).. Saya selalu buat macam ni... terlebih feeling mulalah mengalir air mata...
2. Guna flash card sebagai bahan untuk mengajar anak kita.. TAPI TUNJUK LAJU2 tau.. supaya otak kanan anak kita tu bekerja keras untuk menangkap apa yang kita tunjuk... Alaaa flash card ni, kalau kita tak nak beli, buat sendiri pun boleh.. Kita tulis je perkataan2 pendek or ABC or 1 2 3 or gambar2 & sebagainya..
3. Ajar anak2 kita bermain tanah liat, cat air, melukis, gunting kertas & sebagainya kerana GERAK KERJA TANGAN adalah HASIL DARI OTAK KANAN. Sebenarnya kita boleh jugak menguji otak kanan anak2 kita ni.. contohnya, u all lukis gambar rama2 sebelah je, sebelah lagi suruh anak u all yang lukis (",) Bab melukis ni rasanya abah alisha yang lebih elok mengajar kot sebab ibu alisha ni bila lukis rama2 silap haribulan, alisha gelakkan saya pulak.. hahahhah Ibu alisha memang tak reti bab2 melukis.. muahhaha
4. Kita jangan marah or tengking anak2 kita. Ini kerana mereka akan simpan apa yang kita marah tadi pada otak kiri. Tapi kalau kita dah terlanjur, kita minta maaf pada mereka. & kita buatlah yang no 1 dekat atas tu... bercakap dengan anak2 ketika mereka tidur2 ayam.. contohnya "Alisha.. ibu mintak maaf sebab ibu tengking alisha tadi.. ibu sayangkan alisha.. ibu nak alisha jadi anak yang baik..".. Haa yang ni saya pernah termarah alisha sekali.. lepas tu mulalah bercakap dengan dia ketika tidur2 ayam tu.. siap mengalir air mata penyesalan.. cewahhh... hihii
5. Lagi satu, cuba kita bercerita sesuatu dengan anak2 kita TAPI kita JANGAN HABISKAN CERITA TU.. suruh anak2 kita pulak yang sambung... tak kisahlah walaupun mereka merapu... hahahaa.. "tiba2 saya terbayang Aiman Anak muni @ Puan Kutu yang suka loyar buruk" hihii...Alisha memang pakar menyambung cerita saya siap dengan tangan lagi gerak tapi masalahnya bahasa German.. muahhahha
6. Kita jugak boleh bermain teka-teki dengan anak2.. Antaranya, kita boleh masukkan barang dalam kotak dan suruh mereka teka, atau suruh mereka cari benda tersembunyi misalnya ketika di atas katil, kita minta mereka mencari gambar yang ada pada cadar mereka, gambar, poster atau apa-apa sahaja yang kita gantung pada dinding. Bab gambar dekat cadar tu memang saya selalu buat... Sampai sekarang alisha pulak yang menegur saya bila saya tunjuk pooh tu adalah tiger.. si kecik alisha ni cepat2 tunjuk tigger tu adalah tiger.. hihii
7. Last sekali, kita ganti perkataan jangan dengan perkataan tolong. Contohnya "Alisha, tolong diam.." berbanding "Alisha, jangan bising".. SEBABNYA, BILA KITA SEBUT JANGAN, ITULAH YANG ANAK2 KITA SUKA SANGAT BUAT.. Tapi tu la.. si ibu alisha ni pulak, kadang2 mulut tu terlebih ringan sebut JANGAN.. Adehhh
END OF ENTRY
***************************************
nota :
- IntanBerlian diberi masa selama 7 hari, mulai 12 Mar 2012, jam 11 pagi sehingga 19 Mar 2012, jam 11 pagi untuk mempromosi n3 ini dan mengajak kawan-kawan untuk klik button retweet, LIKE FB dan +1 sebanyak mungkin.
- Setiap komen mestilah lebih dari 8 patah perkataan. KOmen yang kurang dari 8 patah perkataan akan di padamkan tanpa amaran.
- KOtak komen untuk entri ini akan di lock pada 19 Mar 2012, jam 11 pagi.
- jika kurang faham camana nak bantu untuk memberi poin kepada IntanBerlian.. sila baca sini >> penilaian untuk contest ibu sihat anak riang.
tips :
- Setiap pemilik entri diberi hak untuk membalas/menjawap setiap komen yang diberi
- Button retweet boleh tweet banyak kali..
salam kasih sayang dan selamat memberi point untuk IntanBerlian,
.


tips yg bagus...dulu ms najlaa umo 2 tahun penah bagi main tanah liat tp kejap je pasal habis dia lekatkan kat lantai...huhuhu skang nak start balik bagi kasi dia kreatif
BalasPadamgood luck yek
setuju dgn tips diatas sebab sy ade amalkan untuk adik sedara sy..lagi2 dengan penggunaan brills kid, material flashcard die sungguh bagus..
BalasPadamsaya menyokong dengan tip yang diberikan oleh IntaNBerlian ini..dan saya akan cuba pratikkan kepada anak saya
BalasPadamkak fieda ni anak dah 3 baru ni la tau pasal otak kiri dan kanan ni...selama ni main hentam jer tak tau guna otak kiri atau otak kanan..bagus entry ni...
BalasPadameca belum ada anak...tapi eca pena baca entry seumpama ini.otak kiri dan kanan kena seimbang agar anak lebih maju dan berdaya saing kelak :)
BalasPadamnice entry, baru je terbaca smlm kat FB tp lain sikitlah...
BalasPadamgudluck ;)
@Lelord
BalasPadama'AA BETOI TU KAK.. bg ank kreatifkan.. :-) macam saya sendiri pun, mmg berniat nak belikan tanah liat jugak... skrg ni kalu g shopping mesti skodeng tanah liat ni.. tp yg berkenan tu xbrp nak jumpa lg..hihiii
lgpun, sy suri rumah, alang2 ajar alisha, blhlah main sekali..hahahahhha
bagusss sangat2 tips ni..nak diamalkan selalu lah lepas ni..
BalasPadamlebih2 lagi yang no.1 tu..
nanti nak feeling2 macam intan buat jugakk ;p
@~diAhOntHeblOg~
BalasPadamdiah ni baguslah... sk ajar ank sedara.. mmg suka budak2lah diah ni..hihii
brilkids tu mmg bagus.. sy pun guna yg tu ajar alisha.. dr alisha baby lg... sampai skrg.. kira skrg dia dh pandai ikutlah apa yg dkt flashcard tu tp kdg2 je la.. bkn selalu pun..hihiii
apa perkembgan ank sedara diah bila guna brilkids ni ek?.. kongsilah sama :-)
Sangat bagus tips ni.So, mulai hari ni, kene biasa2kan,guna perkataan "tolong" kat my son.:)
BalasPadam@Mama Ema
BalasPadama'aa mmg baguskn kak ema.. trylah... cuba nk ajar ank jd kreatif kan.. mcm sy ni dah sah2lah xdanya nk brp kreatif... nmpk sgt byk guna otak kiri...hahahaaa tu yg nk kne ajar alisha guna 2 2 otak ni.. kikikiii
@fieda
BalasPadamhihii sy ni pun kak fieda, dah ada ank br nk tau psl ni..hihii... kalau tak xtau pun.. dulu2 mls nk cari ilmu or tambah ilmu.. bila dah ada ank br belajar cr nak didik ank..tu yg br nk tau...hehee
@ecadwinkyasha
BalasPadama'aa betoi tu eca.. kne seimbangkan.. mcm otak akak ni tak berapa nak seimbang.... hahahahahaaa
tu yg nk kne ajar alisha imbangkan otak kanan n kiri dia tu..hihiihiii
@Ummi Hanie
BalasPadamoklah tu...smlm dh bc dkt fb.. so arini tambah lg ilmu tu dkt entry sy kan... hihii :)
@mimie..
BalasPadamhihii.. a'aa kalu yg no 1 tu.. bila dah terlebih feeling mulalah airmata keluar berderai..hihiii
tp tu la kan, kita si ibu ni mmg ckp sensitif kan... kalu hal yg libatkn ank2 cpt je keluar air mata..
@YaYaNsMuM a.k.a YM
BalasPadamyap, betoi tu.. guna perkataan tolong... tp tu la, mcm saya sendiri ni pun, kdg2 tersebut jugak jangan.. adoiii... bila dah terbiasa, camnilah jadinya kan...
sangat bagus entry ni.... mama slalu gak buat... bab jangan n tolong tu yang mama x penah buat..len kali nak praktikkan la.... thanks intan berlian untuk info yang sangat bermanfaat ni...
BalasPadambagus sangat entry ni..mana tau nanti ada rezeki dapat anak boleh praktikkannya...sekarang nak try praktik kat anak buah dulu..heheh :)
BalasPadam@mama irfan
BalasPadamhaa tu la.. bab jangan n tlg tu sy byk terlupa je dr ingat.. yela, mulut ni laju sungguh sebut jangan.. adoiii...
@Tihara
BalasPadambagus tu kak.. praktikkan dkt ank buah dulu.. InsyaAllah nanti ada jugak rezeki akak utk timang ank sendiri.. saya doakannya.. :-)
Bgus intan berlian...Sama2 kita amalkan. Lagi satu tips ummi nak tambah, kita boleh buat playground buatan sendiri tanpa kos. Contohnya baring depan anak & biarkan dia explore badan kita samaada memanjat,berguling or memeluk badan kita. Buat jongkang jongkit pun boleh taw..hehe~
BalasPadamsaya suka dgn entri ini..ok lepas ni nak praktiskan...tp sy dr anak2 kecik saya suka bisikkan d telinga mereka bila hendak tidur dan bila mereka sudh tidur...
BalasPadamhari tu ada gak baca pasal teori jepun ni.kebanyakannya mmg dah amal tp tak tahu pulak mana otak kanan n kiri..hehe..
BalasPadamaiman mmg loya buruk..:)
selamat berjaya alisya dan ibu..:)
Tip no 1 mmg kena selalu amalkan, sebab walau diorang lena tapi otak akan memproses maklumat yang diterima ;)
BalasPadamSEJAK BACA ENTRY INTAN HARI TU BUI ADA PRAKTIKKAN DEKAT ANAK2 JUGAK..TERUTAMA UCAPAN2 MASA DIA ORG TGH TIDUR TU..*_*
BalasPadamBila kita diberi masa camni, memang kena fokus 24jam ngadap sambil raih undi :) Good luck ye :)
BalasPadam@UmmiAbi
BalasPadama'aa betoi tu.. sy pun selalu buat camni dgn alisha.. kdg tu, time sy nak relax2 pun si alisha dtg jugak baring ats badan ke peluk ke apa2 je lah.. xdan nak rehat dibuatnya..hihii
@Dania Eryati
BalasPadamhaaa samalah.. bab bisik kat telinga tu mmg dari kecik dh buat kat alisha.. bkn apa, bila ank kita tidur.. mulalah kita nk tenung muka dia.. time tu scra spontan kita akn berkata2 kan :-)
@Puan Kutu
BalasPadamhahhaha samalah... sy pun xtau mana otak kanan n kiri.. bila bc pasl ni br lah ada sikit pengetahuan..hihii
aiman, auntie xsabar nak jumpa aiman.. nanti, kalu jd, ujung minggu ni kita jumpa yer..hehheh
@Myra Jay
BalasPadama'aa betoi tu mj.. rasanya ramai je ibu2 yg selalu amalkan tips no 1 tu kan :-)
@Bui Junaidi
BalasPadamyeke kak bui.. alhamdulillah.. ada juga faedahnya entry sy nih.. yela, kak bui buat apa yg saya tulis... :-)
moga ank2 kak bui membesar sbgai ank yg pandai & soleh & solehah ;-)
@Myra Jay
BalasPadamThanks mj sbb support saya.. xleh nk fokus gak ni.. sbb skrg ni selalu rasa loya.. xleh nak fokus dkt sesuatu kerja tu lama2 sgt :-)
Bagusnya tips ni. Walaupun xde anak lagi..tapi boleh je guna kat diri sendiri..
BalasPadam@hanniKASIM
BalasPadambetoi tu.. bila kita dah selalu amlkan.. so, nanti bila dah ada anak.. senang nak follow up kan.. macam yg 'jangan' tu guna pkataan 'tolong' :-)
huhu.. tips no 4 tu mmg sangat2 k.ja perlukan..sebabnya kerap marah Idlan... tp pastu mula ler kesian plak kt dia..menyesal pun ya jugak.. akan dipraktiskan tips no 1.. n lagi satu, tips yang last tu k.ja x berapa reti nk ganti perkataan jangan kepada tolong..mungkin dh terbiasa kot...tp tips tu mmg sangat2 bagus... sb perkataan jangan tu negatif..kita kena guna perkataan positif utk didik anak...
BalasPadam@Jaa
BalasPadamaik.. kakja kerap mrh idlan ke.. nmpk kakja mcm diam je..hihii... sian idlan... jgn notti2 yer idlan.. sian mama.. pembawakan budak tu..hihii
kakja, kalu kakja xnak jd cpt mrh kan... kakja buat relax je bila ank buat sesuatu yg k.ja rasa mcm grrrrrrrr... kiranya kakja positifkan diri... *setting otak cakap... normal... ank tgh nk explore.. biasalh tu" lps tu SMILE.. :-) serius, kakja akn lbh bayak bersabar dgn karenanh idlan pastu :-)
psl guna perkataan tlg tu pun, sy sampai skrg sdang berusaha sbb mulut ni ringan sgt sbut jgn... adoiii...
Wah tips yg bagus ni hehe . selama ni xpnh tahu pun perbezaan otak kiri dan kanan . semoga berjaya kak intan .
BalasPadamTips yg bagus untuk dipraktikkan,
BalasPadamsblm ni ada gak antara 7 tips yg ina bgtau ni eija praktikkan pada zaquan
cuma tu la yg no 4 tu susah betul eija nak elak..kalau dah marah tu x boleh nak elak kadang2 tu mmg tinggi suara kita n tengking gak anak..huhu
@Ain_ Suke Senyum
BalasPadamhihii akak pun lps buat entry ni br tahu perbezaannya.. :-)
thanks ain :-)
@Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY
BalasPadama'aa biasalahkan... ank2 tgh nk membesar mcm2 karenah dorg yg kadang2 buat kita ilang sabar kan..
kita takde anak ni pun baru tau pasal ni...huhuu....
BalasPadamtapi budak2 biasa nya jangan diajar dengan cara menengking....cepat sangat mengikut....
@eita
BalasPadama'aa betoi tu eita.. dlm bab tengking ank tu.. mmg xelok.. sbb ank cpt je ikut.. lps tu mulalh kita pun dia nk tgking kan..
Singgah malam kawan2 sambil klik2 button sharing bg tambah mata ;)
BalasPadam8 patah komen, panjang gak tu, bila nak komen kena kira cukup ke idak baru publish :)
BalasPadam@Myra Jay
BalasPadamthanks mj sbb support..!! :-) hargai sangat2 sggup luangkn masa komen entry ni.. :-)
@Myra Jay
BalasPadama'aa tu la.. pnjang jugak.. mmg kne kira pun sblm publish.. kalu kurag dr 8.. kne delete.. aduss...hihii
gabung otak. lebih dari itu kesannya.
BalasPadamAnak-anak yg lahir umpama kain yang putih.. jadi terpulang bagaimana kita utk mencorakkannya berdasarkan kajian yang telah dibuat... :)
BalasPadam@Nida
BalasPadambetoi tu kak.. kita sbgai parent ni lah yang mencorakkannya... samada kita nak ianya jadi kain yg mempunyai corak yg sgt cantik or sbaliknya..
sejak baca tips otak kakna kiri kat blog ina ni dulu.. memang selalu jugak praktikkan... lagi² bile tgh marah akan terlepas cakap 'jangan' sekarang dah tukar jadi 'tolong' dan klu ibu mintak maaf bile dah terlps ckp.. percaya x.. amir pun akan mintak maaf balik dekat ibu klu dia yg salah.. memamng mase tu rasa nak menangis tersentuh sgt naluri ibu ni..
BalasPadam@Masya
BalasPadamhaaa?? yeke masya.... Ya Allah... Saya pulak yg rasa terharu.. mmg good boylah amir nih!!
sampai sy pun rasa xsabar nk alisha pandai berkata2 jugak... Alhamdulillah sbb sedikit sbnyak, hasil perkongsiaan sy ni dpt bg manfaat dkt yana n ibu2 yg lain :-)
suka tips ni... TQ for sharing
BalasPadamsetuju dengan kata2 Ina..bab perkataan tak boleh sebut "jangan " tu kadang2 agak susah sebab sekali sekala terlepas juga perkataan jangan..hihi..tp memang betul tau bila kita kata "jangan" anak2 akan lebih memberontak..
BalasPadam**good luck Ina :)
thx.. sharing is caring...
BalasPadamasben mmg marah tau klau guna bahasa jgn better ckp no @ can't..
gd luck yerr..
moga ada rezqi disini :)
@sue zainun
BalasPadama'aa betoi tu sue.. bila kita guna jgn, ank akn lbh memberontak.. sy ni pun sdg berusaha slow2 xnk guna pkataan jgn..
@::NureeN::
BalasPadamyap.. sharing is caring..hihii thanks tau nureen.. InsyaAllah :-)
@IntaNBerliaN now..dia baru setahun setgah..die pandai ikot flashcard tu la..kalau anggota bdn toksah ckp la..sebut je die pandai tunjuk kt mane..kalau lagu pulak..cepat je die tau..hee..bukan anak sedara la ina..adik sedara.. ;P
BalasPadamnurul ingatlagi bila pengetua nursery merah bgtau di taska dorg mmg ada ajar merenyuk kertas,menconteng,n=mengoyak n menggunting untuk melatih otot tangan memegang pensil dan melatih otak kanan=)
BalasPadamn tentang marahtuh mmglah marah juga bila dia berkelakuan yang tak dengar kata tapi taklah marah menengking.just cakap dengan tegas n spt ina nurul juga praktikkan bercakap apa saja dr hati ke hati time dia tido.mcmtuh jugak pd sofia.cuma sofia kecil lagilah just bacakan doa2 n bacaan zikir bila nak tido mcm biasa.
ttg ganti perkataantuh mmg btul2 setuju.kadangkan terbalik.bila kata jangan tulah yang diabuat.so kena carik ayat baekkk punya=)
yang paling ketara kita kena kawal semua gerak geri yang -ve n percakapan tuh mmg nak kena tapis.ckp sopan2 n melalui tauladan.sbb waktu perkembangan otak kanan n kiri dia banyak meniru ibu n bpa..so semuanya kena contoh yang baik n ibu bapa kena kretif berbicara n berbahasa tubuh=)
@~diAhOntHeblOg~
BalasPadamhahhaha sorry yer.. asyik ingat ank sedara je.. nak sebut ank dia, lambat sgt...muahahahha
oo yeke.. bagusnya.. eh.. dia sebaya alisha la ek.. setahun setengah... :-) diah yg start ajar ke or mak dia yg start ajak guna brillkids tu?
ohya, tiba2 baru tingat.. apa cite dgn voucher friso tu.. nk x?.. hahhahhaha.. blh bagi no siri nanti..
@wan nurul hezrina
BalasPadama'aa betoi tu nurul.. bab kawal gerak geri tu mmg betoi sgt.. ank2 tgh nk membesar ni.. mmg cpt je ikut apa yg kita buat..
pnh blaku sekali.. alisha tiru apa yg saya buat.. terkejut giler saya.. xpnh terfikir yg alisha buat camtu.. tp bila dia buat.. mmg saya terkejutlah.. sejak tu, mmg saya kawal apa je pergerakan saya.. xnk bg ank tgk yg xelok..
insya allah kaan praktik pada anak2 tertam part sabung cerita tue
BalasPadamyang no 1 tu, sangat2 la betul! teringin sangat nak buat, tapi, tiap hari, sebelum adam tertidur, mama dia tidur dulu.... heeee....
BalasPadamOk IntanBerlian, akak dah buat semua sekali... tweet, like FB & +1 dah :)
BalasPadamSekarang nak komen pulak...
Akak mmg suka baca entry ni dulu, boleh praktik dekat Iman... Otak kanak-kanak cepat menangkap sesuatu, jd peranan kita utk melatih mereka pulak...
Good Luck! All The Best IB :)
Singgah lagi hari ni untuk support teman blogger berjuang :)
BalasPadamgud info n tips...memang tengah cai cam ne lah cara nak didik qaisara nih dalam lingkungan usia setahun 2 bulan nih...yg tips selalu berinteraksi time dia separuh sedar tuh rasanya selalu buat kot...bab perkataan tolong sume tuh mmg amalan n skarang nih tengah control diri untuk transfer perasaan marah tuh kepada teguran yg membina...so ,banyak ag tips kat sini lah ikut nih...thanks Puan IntanBerlian...
BalasPadam@Mama Adam
BalasPadamalaa saya pun samalah.. kdg2 tu, saya yg tertidur dulu dr alisha.. jaga2 je dah pagi..hihiii
@MaryaYusof
BalasPadamakak.. thanks sgt2 tau kak... ;-) hargainya.. :-)
A'aa betoi tu.. bergantung dkt kita pulak macamANA NK MEMAINKAN PERANAN macamana nak bagi ianya berjaya...
@Myra Jay
BalasPadammj.. terima kasih sgt2.. mj ni baiklah.. rajin dtg support ;-)
@SumeSakan
BalasPadamalhamdulillah... saya sekadar kongsi apa yg saya tahu je... walaupun sebenarnya tips2 yg ada tu mmg dah ramai ibu2 yg lakukan..hihii
Brilian idea, pernah dgr pasal otak kanan ni tapi x praktik sgt just skali skala jer kdg tu terlupa lps ni nak kena praktik balik...kekadang kalau marah tu x dpt control apalah sgt dosa anak yg kecik ni...
BalasPadammmg detail ni ina, bagus!
BalasPadamklu boleh seimbangkan kiri dan kanan tpi effect otak kanan lebih hebat kan...
nice sharing. nanti dah kawin nak praktis camni kat anak.. hehe
BalasPadambtw, selalu layan sepupu... main teka teki dengan dia, ajak lukis, and dia sangat pandai colouring.. dia jugak budak yang bijak.. ^^
@IntaNBerliaN hahaha..lupa la psl voucher tu..nnt tnye la..
BalasPadamdiah yg start ajar anak die..mak nye ape kisah..memang makan je tau..hahahah..sbb mak die tau ade org lain leh ajar..jd gitu la..mak die kdg sedap je tido..haha
@IBU AQIL
BalasPadamtu la.. anak2 ni kdg2 perangai dia menguji kesabaran kan.. tu yg termarah kan..
@mamaNoriz
BalasPadama'aa betoi tu kak noriz... sy pun kalu blh nak seimbangkan otak kanan n otak kiri :-)
@~diAhOntHeblOg~
BalasPadamhahhaha baik punya ayat diah bagi.. 'sedap je tido'..hihii
diah ni mmg betoi2 suka budak2 kan.. mesti nanti ank diah pun akn cpt pandai..hihi
diah ni mmg selalu g umah dia ke?.. yg sempat gak ngajo tu?
haaa tanyalah tau pasal voucher tu.. sy pun hampir tlupa.. tapi bila diah sbut pasal budak comel ni baru saya tingat..heheh
@yad'z
BalasPadammmg best kan sebenarnya bila kita selalu melayan budak2 kan.. selalu ajar dorg.. nanti dorg akn jd pandai n kreatif :-)
BABY(MAMA AMANA&ARIEF)
BalasPadampart yg sambung cerita tu mmg best kan.. sbb nanti kita akn dgr mcm2 idea kreatif yg keluar dr mulut mereka :-)
saya suka jugak part sambung cerita tu.... mengarut-ngarut cerita yang adam bagi nanti. pasal super hero la.... apapun, memang bagus untuk creativity dia...
BalasPadamSebelum ini ada terbaca entri ini diblog intanberlian. Saya sangat menghargainya kerana dengan entri ini saya dapat mempelajari sesuatu.
BalasPadamMengajar anak memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Bukan anak-anak sahaja malah ibubapa juga nampaknya harus bijak mengggunakannya. Kepandaian mereka bergantung pada usaha kita.
dtg lg komen.minggu yg lemau,nak dtg komen selalu pun tak sempat..klu keja pg dh macam apa penatnya walhal keje br 6jam sehari.hakhak..
BalasPadamSinggah support lagi kat sini.. Semoga berjaya dapat hadiah yang ditawarkan
BalasPadam@Mama Adam
BalasPadamhihii mesti seronokkan dgr adam sambung cerita.. sy ni pun xsabar nk tunggu alisha blh ckp.. nk dgr sambungan cite alisha pulak..hehee
@Ummi Iman
BalasPadamyap saya setuju dgn Kepandaian mereka bergantung pada usaha kita... betoi tu.. kita ni harus rajin mgajar ank.. walaupun kita kje tp luangkan sedikit masa berkualiti walaupun hanya 5 minit sehari :-)
@Puan Kutu
BalasPadameh, muni hanya keje 6 jam sehari ek?? wah bestnya.. biasa org 8 jam..hihii
@Myra Jay
BalasPadamterima kasih mj sbb rajin dtg komen sini bagi support.. :-)
tweeter n +1 saya xda.. hahhaha.. so, xleh nak undi diri sendiri.. sedikit ketinggalan zaman..hehheh
BalasPadamSalam IntaNBerliaN,
BalasPadamTip yang sangat baik ni Intan....terima kasih lah dengan perkongsian ni ya...Memang ibu bapa mesti kena ambik berat dan ambik tau pasai perkembangan otak anak2 ni kan Itan...
Sangat penting untuk pembesaran depa ......
tips yg amat berguna...klo ade anak leh praktik sendiri..hihi...
BalasPadamRIDOMA
BalasPadamyap mmg betoi.. kalu gabung kedua2 otak.. kanan n kiri.. kesannya pasti lebih.. :-)
ZURAIDA RAHIM..
BalasPadamSama2.. sekadar berkongsi ilmu apa yang saya tahu.. boleh kita sama2 praktikkan :-)
@Ros
BalasPadamW'salam kak ros.. a'aa betoi tu.. kita sebagai parent mmg patut ambik berat ttg perkembangan otak ank kan... tak kiralah kiri or kanan.. yang penting kita mmg kene didik mereka :-)
@Yumida
BalasPadamYap.. betoi tu.. nanti dah ada ank jgn lupa pratik tau.. hihii
meriahnya komen2 kat sini..
BalasPadamkakyong nak menjemput kawan2 yg ada FB utk join GA di kedai kakyong
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150601825767951&set=a.10150601825622951.384985.275240777950&type=1
Akak doakan IntanBerlian menang, insya'Allah... K.yong, bagi IntanBerlian menang tau! :)
BalasPadaminfo yang bagus ni. boleh apply kat anak2. good luck Yang!!!
BalasPadamdtg mengomen di hari sabtu..tak tau nk cakap ape tpi entry ni mmg bagus sbb rasanya mmg ramai yg tak tau fungsi otak kiri dan kanan..
BalasPadamanak-anak memang elok diajar sejak dari baby lagi..tapi jangan beri mereka penekanan dan mengharap mereka cepat pandai.Sebabnya,belum sampai ke tahap sepatutnya,mereka akan bosan..mereka tidak mahu belajar lagi sebab dah tahu..time tu mereka rasa diri mereka dah PANDAI.So,langkah terbaik,ajar mereka sambil bermain.berikan anak-anak ne games yang membuatkan mereka terhibur dan rasa nak belajar lagi....otak kiri dan otak kanan kena seimbang agar mereka boleh mengawal kesemuanya (emosi,rohani,jasmani dan sebagainya)...
BalasPadamgoodluck akak :)
Info yang menarik, setuju sangat2 cuma kadang2 termarah jugak, yang ni memang tak boleh dielakkan, Insya Allah cuba perbaiki kelemahan diri.
BalasPadamtips yang sgt2 berguno nih...akan dipratik kan ke atas Mifz...:) thx share tips nih and gudluck yer..:)
BalasPadamTip yg first tu mmg kena amalkan,
BalasPadamlps ni dua2 fungsi otak akn dgunakan :p
Entry yg menarik, memang ada perbezaan otak kiri dan kanan, cuma kita ja yg kurang memahami, dengan adanya penerangan seperti ini amat bermakna jugak bagi ibu2 yg mempunyai anak2 kecil.
BalasPadammmg btul tue.
BalasPadambila tgk tv ngan anaksdara, saya akn tanya diorg apa akn trjadi nanti.
lamanya nak skroll kebawah utk komen.byk nie.hehe..
BalasPadamselamat berjaya ina.takut tak smpt nak dtg lg esok..ini mungkin komen terakhir dari ibu aiman..
gudluck gudluck gudluck gudluck gudluck gudluck gudluck gudluck.haha takde modal nak taip apa..hehe..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSaam Ina...Br sempat nk tinggaikn komen kat sini sbb bzzzzz.
BalasPadamTip yg pertama tu mmg selalu k.atie lakukn kpd anak2 k.atie ketika mereka tido.
Alhamdllh,mmg sgt brkesan!.Klu ada anak2 yg nakal ker...mmg sesuai dinasihatkn ketika mereka sdg tido2 ayam tu
saya setuju ngn potensi otak kanan..otak kanan jika dibentuk dan dididik dengan betul akan menkadikan anak lebih berjaya, dan berkualiti.
BalasPadam@IntaNBerliaN
BalasPadamYup kekadang perkongsian ilmu mcm ni lah yg akan mengingatkan dan membetulkan apa yg salah..kekadang niat tuh betul untuk ngajar anak2 tapi cara tu salah...dari ilmu mcm ni lah leh menjadikan ibubapa tu lenih baik sekaligus menjadikan anak tuh lebih bernilai...kan?
@SumeSakan
BalasPadama'aa betoi tu.. dr perkongsian ilmu ni lah jugak kita sedikit sebanyak lbh tahu cara yg betoi kan.. kita mmg nk yg terbaik.. cuma kdg, cara tu yg kita xpasti kan.. ;-)
@kakyong
BalasPadamok kakyong... thanks invite tau.. saya dah join tadi.. hope ada rezeki dpt tepung tu..hihii
@MaryaYusof
BalasPadamhihii terima kasih tau kak.. :-) InsyaAllah...
sayang sama akaklah.. xoxo.. hihii
@anisalya
BalasPadamthanks kak sal sudi support saya... sayang sama kak sal jugak lah.. :-)
@fieda
BalasPadamhihii thanks tau kak fieda.. sbb dtg gak komen sini.. walaupun kdg2 kita sendiri xtau nk komen apa kan..hehheh
@ecadwinkyasha
BalasPadamyap.. betoi tu eca.. ajar anak sambil bermain.. mcm umo2 alisha ni mmg tu yg sepatutnya.. bg mereka perkara yg best adalah bermain.. so, dr situlah kita sbgai ibu harus kreatif mengajar ank :-)
@umialya
BalasPadamtu la.. kita hanya manusia biasa.. kdg2 perasaan tu xleh kawal kan. sama2lah kita baiki kelemahan :-)
@Papa Mifz
BalasPadama'aa nanti papa mifz blh pratik dkt mifz pulak...:-) sama2.. n thanks jugak tau..
@fazzlim
BalasPadamtu la... nk kne seimbangkan otak kanan n otak kiri.. tp tu la.. bkn senang kn...
@Zie
BalasPadama'aa betoi tu kak zie.. kdg kita sendiri pun kurg pengetahuan ttg otak kiri n otak kanan.. sy pun baru tau.. sblm ni xtau gak..hihii
@lurun namzar
BalasPadama'aa teknik sambung cerita ni syok kan.. sy sendiri xsabar nk tunggu alisha pandai ckp..hihii
@Puan Kutu
BalasPadamesok lusa blh dtg komen lg kalu sempat..heheheee
@Puan Kutu
BalasPadamhahahaaa.. terima kasih ibu aiman.. :-)
moga ibu aiman akn beroleh kejayaan jugak.. :-)
@♥♥azatiesayang ♥♥
BalasPadambaguslah kak tie dah amalkan... kira dh ada testimoni la ek...muahahaaa
@Naz
BalasPadama'aa betoi tu.. otak kanan ni mmg byk kelebihan dia kan.. kita sbgai ibu ni lah yg nk kne ajar anak :-)
byk kelebihan otak kanan ni kan...yg ke-7 tu leh practice kt anak buah arini..."tolong auntie kutip sampah, tolong auntie kemas news paper" wah...anak buah pn semakin rajin!
BalasPadam@Yumida
BalasPadamwah.. bagus tu bila ank buah makin rajin.. hihii
tips yang best.....yang paling best tak leh guna perkataan jangan tapi tukar kepada tolong...dulu selalu dengan orang cakap, jangan sebut jangan kat anak tapi tatau nak guna apa kalau tak guna jangan...=D
BalasPadam@nini
BalasPadamsamalah.. dulu sy pun pnh dgr org kata jgn guna pkataan jgn tp tu la.. xtau nk guna apa.. skrg ni baru tahu..hihii
tips yang bagus ni. dtg membantu rakan blogger dgn komen dan tweet entri ni :)
BalasPadamgood luck
@fiezahkecik
BalasPadamthanks tau fiezah sebab sudi singgah sini komen n tweet kiranya sudi support saya lah.. saya hargai sgt.. thanks :-)
saya suka sngt tips ni..
BalasPadampart of it mmg saya dah selalu amalkan mcm 1,3,5 cumanya kurang konsisten..huhu..insyaallah lepas ni usaha utk improve lagi..tq intan!
Salam sis...nugrul penah dgr ceramah dari seorang ustazah ttg tip no 1, kanak2 akan faham n ape yg kita ckp mudah masuk dlm kepala dye ketika dye tgh2 mamai nk mule tido...tyme tuh bykkan bace selawat or alunan zikir...supaya ianya mudah di ingati bile besar kelak. nice info!
BalasPadamGud luck sis :)
@MamaYatie
BalasPadama'aa sama2lah kita improve kan lg.. sbbb sy pun mcm awk jugak.. tak brp nk knsisten.. adusss...
@NugRuL SakuRa
BalasPadamw'salam... thanks nurul sbb sudi bagitahu akak apa yg ustazah tu bagitahu.. insyaAllah... nanti akak akn amalkan ;-)
thanks tau
Singgah pagi ke sini untuk memberi sokongan di saat akhir kepada Ibu Alisha :)
BalasPadamNampak macam ada harapan nak menang ni, insyaAllah andai ada rezeki kan, mudah-mudahan :)
BalasPadam@IntaNBerliaN okayh..no problem..nnt diah tnye..haa...memang slalu g sane..lepak2..time tu la ngajo..xde keje..hehe
BalasPadam@Myra Jay
BalasPadamtime kasih mj.. baik sungguh mj nih.. sayanglah mj.. ! :-)
@Myra Jay
BalasPadamInsyaAllah kalu ada rezeki.. tak sangka pulak ramai kwn2 @ readers di blog saya yg sudi support saya.. terharu sgt2.. :-)
terima kasih lg sekali mj :-)
@~diAhOntHeblOg~
BalasPadamkiranya diah mengasah bakat @ praktis awai2 cara nak jd ibu y mithali la ni ek..hihii
ina ku datang komen lagi..saat nie sebenarnya sangat2 blur.merah kena warded tapi beransur pulih dah.kena demam panas..semoga ina success dlm contestnie kay=)
BalasPadam@wan nurul hezrina
BalasPadamHAAA MERAH KENE WARDED KE..?.. Alahaiii susah hati kan... moga merah ok.. cpt2 sembuh macam biasa..
thanks nurul sbb support :-)
terima kasih kepada semua yang telah menykong n3 IntanBerlian
BalasPadampoin yang berjaya dikumpul :
komen 141
like = 404 (wow!!)
+1 = 10
tweet = 15
dengan ini cabaran mengumpul poin utk en3 ini ditamatkan.. :)