NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Memaparkan catatan dengan label Aliya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aliya. Papar semua catatan

Selasa, September 09, 2014

Donut big Apple dan Rindu Qoqo


*copy paste dari FB sendiri , Isnin 8 sept 2014

Salam Qaseh dan selamat pagi.,


Citer mlm tadi..

Anak2 dinner donut epal besar.. 
Terima qaseh acik Siti Sarimah, belanja anak2 donut sedap..
Kejap jer dah licin depa sebat.. ibu dpt rasa hujung2 jer.. 

Pastu ibu bancuh Rindu Qoqo guna mug besar, saiz lebih 250ml..
Guna 5 sudu penyukat.. dan rasa nya ok, pekat dan sedang elok.. kalo 4 sudu pun ok kot.. xde lah cair sangat..

Respond aliya. "Wahh, sedapnya koko ni.. ade kurma.. ni koko utk bg bijak dan sihat.. "







Sbb dia nmpk gmbr kurma pd botol. Dan kyong plak selalu bgtau , mkn kurma boleh jd bijak... ni ayat nak bg dia rajin mkn qaseh junior.. sampai hari ni dia ingat, kurma boleh buat dia bijak dan sihat... heheee

Pastu aliya siap promot rindu qoqo kat abg dia, 
"Sedap koko ni, ade kurma.. buat kita jd bijak dan sihat. "









Bijak bijak.. ibu x sempat nak citer pun pasal Rindu Qoqo ni.. aliya jawab, " adik dah tahu baca, ni ade gambar buah kurma.. koko ni lagi best dr koko yg selalu minum. "

Mesti lah best..  sbb ade kurma dan stevia.. kualiti premium.. sesuai utk yg diabetes.

Nota :
Stock koko yg di rumah 》》 vico dan socolics.. depa suka buat ratah..
Rindu Qoqo ni ibu kena sorok lah..


**************

sungguh, terasa sangat lama tidak update blog.. 
hanya menulis di FB sahaja.. 
Insya Allah, walaupun copy paste, tapi di blog akan lebih mudah untuk di rujuk kan.. 

Berkenaan Rindu Qoqo Stevia ni >> ia adalah produk baru Ana Edar yang baru dilancarkan pada 6 Sept yg lalu.
Ia adalah koko berkualiti premium, memang sedap.. sesuai untuk mereka yang ade masalah diabetes.
dan secara personal nya pada saya, Rindu Qoqo bukan lah pengganti Milo atau koko2 yang lain.. tetapi pilihan untuk minuman malt yang lebih sihat, apatah lagi Rindu Qoqo ni mengandungi Kurma yang sudah ketahui banyak khasiatnya untuk kesihatan.

Salam qaseh sayang selalu..
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Kakyong Habibah
Ibu 3 anak , WAHM. 




Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Rabu, Oktober 03, 2012

WW : Di mana si kucing hitam.



Salam bahagia.





ada jumpa tak si anak kucing dalam gambar ni..



nota kasih sayang :
saya rindu dengan blog ni.. selama mana saya tak update, bermakna selama itu lah saya tak buka dashboard blogger dan juga blog ini..
bukan apa, dek kerana ke'beku'an idea saya menulis.. jadi saya terus jadi BEKU.. hinggalah ade kawan2 bertanya.. kenapa dah lama tak update tentang anak-anak.. :)
banyak yang ingin dikongsikan.. tapi acap-kali terjadi.. "idea menulis bagai tersangkut-sangkut... "


jemput singgah ke Kakyong's Shoppe


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Isnin, Julai 02, 2012

Aliya memang takut dengan maskot



Salam bahagia,,

lama nya tak update.. banyak benor hutang dengan blog.. tapi tak daya nak cari masa untuk mengadap lappy lebih dari masa yang dijadualkan.. nak berblog dari henfon pun, kadang ingat.. tapi selalunya bila dah buka email (dlm henfon), idea pulak jadi beku.. 




Gambar ni snap masa pergi ke Mydin Mall di Meru Raya, Ipoh. Aliya memang takut sangat dengan maskot2 ni. dulu ade nampak badut (di Tesco), dia menjerit bagai kena histeria ajak balik.. terus tak jadi ibu2 nak shopping lama-lama.. 

Alhamdulillah, yang kali ni dia takde lah melalak ajak balik.. cuma Aliya melalak minta dilepaskan jer.. dia heran bila tengok budak2 lain siap peluk2 lagi si Chipmunk Maskot Marry Brown ni..

Maskot ni sedang jalan2 sekeliling kawasan dalam Mydin Mall tu.. sambil 'menangkap' budak2 untuk diusik.. kiranya kes Aliya ni, dia lari2 terus si chipmunk ni tangkap dia... sempat lah ibu snap gambor sambil ketawakan Aliya... 








Membeli belah nya tak banyak mana pun.. ibunya berhajat nak beli tuudng.. tapi warna yang dihajati tak jumpa (putih & cream).. maka nya kami menjamu selera di Rasa Village (nama memang gah aje bunyinya).. tempat baru, memang nampak gah.. bersih, cantik & eksklusif.. 


#sambung cerita next entry lah yer.. :)

p/s tandas di Mydin Mall.. cantik.. interior design nya memang ade kelas.. 



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Sabtu, April 21, 2012

Kerja kupas kentang sudah di sub-con pada Aliya..



Salam bahagia,


Pembantu cilik di dapur...






Ibunya dulu... lepas kahwin baru reti guna 'peeler' ni.. tapi si Aliya nih.. belum cecah 4 tahun... konfiden kan main...

memula tu tak berani jugak nak bagi.. tapi bila dilarang.. dia melalak semahu-mahunya... jadi... bior jer lah...





Tengok lah.. lutut habis diguna... hahahha....






"sapa nak kemas sepah-sepah ni.... " "Ibu lah... "


okay jugak kan ade pembantu cilik ni.. jimat sket masa... hehheh... takde la lama bebenor nak bertapa di dapur..



btw, yang berjaya meneka gambar di entri warming UP.. jom teka




ialah EKinashikin...

buah ini dipanggil BELIMBING TANAH.. dipanggil juga belimbing bukit

buahnya tersangat lah comel... 1/2 cm pun tak sampai... kecik bebenor..



..






Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Rabu, Februari 15, 2012

WW : hari yang terang



Salam bahagia,














nota :
melayan budak kecik yang bosan ... time ni baru pukul 9 pagi tau... tengok lah betapa panas nya hari...


p/s
lately rasa macam tak cukup pulak 24 jam.. blog ini pun dah semakin terabai..


salam kasih sayang,
.

Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Khamis, Januari 26, 2012

Wish list Aliya : beg elo keti



Salam bahagia,


Terasa seperti cepat sangat masa berlalu.. kadang tak terasa anak-anak dah membesar dan sudah mula pandai memilih dan berangan-angan untuk memiliki barang peribadi tersendiri.


Aliya tetiba jer baru-baru ni nak barang-barang 'elo keti'... boleh agak tak, apa dia 'elo keti' ni..??




Jadi si ibu pun bertanya dengan encik google.. terjumpa lah beberapa sample barang yang dihajati si Aliya..

saya jumpa beg yang ini, di blog INI.. boleh tahan jugak regenya, RM39.90.. tapi jumpa kat 1 lagi blog, regenya lebih mahal RM20 dari blog yang awal.. hmmm..


sumber



yang kat blog INI pun comel jugak


harga RM35 each



yang ini pun comel kan.. butiran ada kat SINI. tapi di blog tu dah takde stok.. sesuai kalau anak-anak yang dah sekolah rendah.. boleh pakai ala-ala selempang gitu..






yang ini pulak.. ibunya yang berkenan.. hahaaa... tu la pasal, kalo dah mula window-shopping online ni.. mula lah rambang mata.. walhal bukan nye nak beli pun..


sumber

tapi si Aliya lepas dia nampak gambor ni.. dia plak yang beriya-iya nak.. sebab ade spek tu kan.. spek hiasan je tu...


yang kat bawah ni.. comel jer kan mesin jahit ni.. buat halwa mata jer la.. sebab tak minat dah mesin comel-comel ni.. kalau boleh nak beli mesin yang besor yang ada sulam tu.. heheh... ibu pulak yang berangan..


sumber


ok, berbalik kepada hal Aliya ni.. dia bukan takat nak beg elo keti.. tapi nak semua pensel, pensel case, pembaris = alatulis elo keti.. aduhai lah anak.. tak padan dengan kecik, dah pandai request macam-macam.. 

ayat tak boleh blah dari Aliya :

"Baby nak semua barang-barang comel-comel elo keti tu.. nanti ibu beli tau.."

aduuss... tunggu lah ibu kumpul kan duit dulu yer Aliya...



btw, ada yang berkenan tak dengan barang ni.??  iPad untuk anak-anak



butiran lanjut boleh rujuk di SINI



salam kasih sayang,
.



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Isnin, Januari 09, 2012

Sunyi bila kakak dah sekolah



Salam bahagia,



hari jumaat lepas, hari kedua ke sekolah... pakai tshirt putih & seluar sukan biru, uniform belum dapat lagi.. tak tau pun warna apa uniformnya, sebab memang tak nampak contoh pun kat sekolahnya



Aliya dengan muka baru bangun tidur.. nak ikut kakak pergi sekolah.. MakTam (adik saya) bawa Aliya hantor kakak pergi sekolah naik skuter..




layan diri tengok CD magic english sensorang... dia tak leh nak fokus pun.. kejap-kejap dia intai luar grill, pastu suruh buka grill, keluor ke laman, tuju ke pintu pagar.. "mana kakak ni? kenapa kakak lambat ni? "  Saya tengok jer dari jauh.. 



tak nak tangkap gambor pun... ni muka tak mandi nih.. salin baju jer.. baju angry bird ni saya beli masa balik kampung hari tu.. depa singgah kat Sitiawan, di kedai Yang Yang.. murah lah sikit dari yang dijual di Ipoh.




Layan bosan.. dia mewarna gambar naga yang abang Fikri lukis.. tapi tak habis pun dia mewarna... dia buat sekejap.. pastu keluor rumah nak main beskal pulak..



basikal ni dah lama tersadai... saya malas nak betulkan.. tapi hari tu terpaksalah betulkan juga rantai nya & ketatkan skru.. adoooiii , dah la tangan saya ni tak berapa kuat.. tapi boleh lah dia main-main kejap..


hari ni, Aliya bangun jam 8.30 pagi.. dia buat perangai bila tengok kakak dah tak ada kat rumah.. aduhh... lepas pujuk-pujuk, dia kata nak main basikal kat luor jalan pulak.. pagi ni mendung di tempat saya ni.. (mendung tak bererti hujan) boleh lah layan dia main beskal jap.. dia dah siap salin baju.. so kena lah stop di sini dulu.. 

till then.

salam kasih sayang,
.


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Sabtu, Disember 10, 2011

Aliya dan stroller



Salam bahagia,


Ini sebenarnya gambar yang hampir 5 bulan lalu..




Aliya memang tak pernah ada stroller, sebabnya Aliya ni lebih kerap digendong @ babywearing. Jadi, bila nampak jer stroller kat rumah opah santan, memang lah jakun sikit.



Tengok lah tu.. Aliya nak tidur dalam stroller... kak Anis pun sama nak menyebuk.. anjung rumah opah santan ni memang luas.. jadi seronok lah Aliya bila kakak tolak stroller sekeliling anjung.



"Seronok lah ibu main benda ni.." "Boleh bawa balik tak??"  hehehhe... stroller ni kan Rayyan yang punya...





hehhehe... pose lagi... seronok sangat-sangat.. dapat naik stroller pun seronok sangat-sangat. Anis dulu hanya guna stroller yang abang Fikri punya. Stroller tu dah bagi kat MakTeh Ani pun, sebab Aliya tak reti naik stroller masa baby.. dah besor sikit nih baru dia teringin nak naik stroller pulak.. 


Bercerita tentang stroller nih, Fikri dulu masa baby, ada masa-masa tertentu dia nak tidur dalam stroller.. so usung la stroller serata rumah. Masa tu Fikri sorang jer. Boleh la..


sekian, entri untuk catatan kenangan.



p/s
ini adalah contoh penulisan untuk contest Ibu Sihat Anak Riang


nantikan kemunculan Contest & Giveaway Ibu Sihat Anak Riang.



salam kasih sayang & selamat berhujung minggu,







Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Khamis, Disember 08, 2011

Tips merangsang anak menatih suka belajar



Salam bahagia,


Jika dalam entri mengajar anak membaca - menilai kemampuan anak, saya kongsikan sedikit tips saya mengajar Fikri membaca. Kali ini, saya nak kongsi sedikit usaha saya dalam mengajar Aliya pulak.

Sebelum tu kita definisikan dulu, anak menatih adalah anak dalam usia 2 hingga 3 tahun. Anak pra-sekolah adalah anak dari umur 4 hingga 6 tahun. happy

Saya tahu ada dikalangan ibu-ibu telah memulakan mengajar anak-anak mengenal huruf dan nombor sejak di usia bayi lagi. Saya sememangnya pernah punya keinginan yang begitu, mungkin pengurusan masa yang tidak cekap, dan cepat keletihan, almaklum saya ni beranak setahun seorang anak, maka ianya memang diluar kemampuan batas tenaga dan kudrat saya. "Alasan untuk sejukkan hati sendiri"


Aliya sekarang ini berumur 3 tahun 5 bulan. Sangat berminat belajar, sebab dari usia t tahun lebih lagi dia suka bertanya macamana nak menulis huruf-huruf tertentu. Aliya ini memang sangat aktif dan suka explore macam-macam, contohnya suka main tanah (masa umur belum 2 tahun), baru 2 tahun dah nak ketip kuku sendiri, suka menyibuk tolong ibu kat dapur,  rajin tolong ibu lipat melipat, dan macam-macam lagi lah. big grin [seronok pulak bila membaca entri lama tentang anak-anak.]




1. Pendedahan harus bermula awal - sepantasnya mulakan sejak bayi dalam rahim ibu lagi.


laptop Acer saya nih, dah KO.. hihiii.. 

Saya mula mendedahkan Aliya dengan belajar mengenal huruf dan nombor ini seawal usianya 1 tahun 5 bulan. Sebelum usia itu adalah juga tunjuk-ajar-sebut dari buku kain dan kad imbas. Minat dia masa tu On & Off. Saya cuma jadikan ia rutin, 1 hari 1 kali untuk dia belajar, lebih kepada pandang-dengar.

*sedikit terbantut usaha saya semasa di tahun 2009 tu, sebab suami langsung tak galakkan, dia suka perkecil-kecilkan usaha saya* sad



2. Konsisten dalam menarik minat anak

 


Awal tahun 2010, saya mula menggunakan produk magic English untuk anak-anak saya. Tumpuan saya waktu itu adalah lebih kepada untuk menarik minat untuk belajar. Saya beri dia tonton CD, tapi Aliya kurang memberi tumpuan pada TV mahupun CD. Mungkin sebab umur masih kecil (belum cecah 2 tahun), jadi dia kurang minat dengan TV. Dia suka dengan buku bergambar. Jadi saya adakalanya akan mencipta cerita dari gambar-gambar yang ada. Kadang-kadang merapu pun ada, tapi sesuai dengan tahap kefahaman anak lah.

Masa umur belum mencecah 2 tahun, Aliya pun masih dalam proses mengenal dan menyebut pelbagai objek dan perkataan. Vokab masa ni limited lagi kan.



3. Layan kemahuan anak bila anak sendiri mahu belajar



Aliya ni rajin buat 'revision' buku kain di tuh.. jadi, bila tiba masa anak nak belajar, kita layan lah baca bersama. Dialog Aliya bila nak belajar "Ibu, cepat lah ajarkan baby"  big grin

Time ni, apa kerja pun harus lah ditinggalkan dulu. Layan dulu kemahuan anak. Insya Allah, minat dia pasti akan berterusan. Pada saya, jika kita asyik dok bertangguh dengan anak, contoh "tunggu lah jap, ibu nak siapkan kerja ni kejap" dan anak pulak sudah tunjuk mood nak mengamuk/tantrum.. Anak umur 2 tahun memang masih kuat tantrum tau.


memang tak dapat di nafikan lagi.. Aliya memang suka buku





4. Beri dia pegang/menggunakan alatulis yang sesuai

ini masa umur 2 tahun 1 bulan

Saya belikan board untuk menulis itu untuk Anis, tapi Aliya yang suka main. Aliya yang lebih suka conteng-conteng atas board itu. Semasa umur baru cecah 2 tahun, saya kurang beri dia pen @ pensel. Sebabnya nanti tahu lah kan akibatnya. Segala tempat dia akan conteng.



Aliya sedang main potong-potong 'tanah-liat' dengan pisau kek. Alhamdulillah, perkembangan motor halus dia berkembang dengan baik.




Pada usia 2 tahun 1 bulan, memang dah pandai pegang pen pensel.. dan selalu ajer dia conteng apa-apa juga kertas yang dia jumpa. Huruf yang dia selalu tulis masa usia ni, adalah huruf 'O'.


ini masa umur 2 tahun 8 bulan.. memang huruf O ajer yang dia suka tulis



Selain tu, beri juga peluang untuk memegang berus cat warna. Aliya memang suka sangat aktiviti conteng-conteng dengan berus dan cat ni. Dia suka mencampur-campurkan warna. Tapi aktiviti macam ni perlu pemantauan penuh, sebab silap2 dinding pun dia akan cat sekali.



5. Bawa dia melawat sekolah.

IMG_9882


Gambar ini semasa hari pertama Fikri ke Taski. Aliya suka sangat, dia pulak yang tak sabar-sabar nak pergi sekolah. Saya selalu beritahu Aliya, "kalau nak sekolah kena belajar pandai-pandai, pandai tulis-tulis, pandai conteng-conteng, dan pandai baca buku". Sejak itu, memang minat dia pada huruf dan nombor semakin baik. Semakin suka menulis, begitu juga conteng-conteng.







Tengok lah tu, buku abang pun dah jadi buku dia.. Dia yang terlebih rajin buat revision berbanding si abang.



6. Pengaruh adik-beradik yang lebih besar



Anak-anak saya ni depa selalu suka buat aktiviti bersama-sama.. Jika main basikal berjemaah, makan berjemaah, jadi bia si abang buka buku, Aliya pun ikut sama nak buka buku.



7. Belajar mengenal dan menulis huruf




Saya tidak mengajar Aliya mengenal huruf dengan cara membaca dari A ke Z, sebaliknya setiap hari saya perkenalkan dia huruf yang berbeza (tidak mengikut turutan pun). Jadi setiap hari, dia akan belajar 1 huruf dan dia akan cuba menulis huruf tu. Alhamdulillah, dalam tempoh yang tak sampai 2 bulan, Aliya sudah boleh kenal semua huruf bila saya suruh dia baca mengikut carta huruf A sampai Z. Bila saya tunjuk huruf secara random, dia boleh sebut. Dan bila di suruh tulis, boleh lah dia tulis... hehhehe.. menulis ni memang amik masa sikit lah kan. Sebab banyak juga huruf yang ditulis secara terbalik. Baru 3 tahun lebih kan, saya takde lah push sangat pun, jika dia suka, dia buat. 

Cuma, dia masih keliru dan belum betul-betul lulus untuk kenal semua huruf kecil. 




Selain tu, saya belikan buku yang dia boleh tracing huruf dan nombor, serta mewarnakan gambar-gambar.





Gambar yang ini agak terbaru jugak lah.. dia dah tak mahu buku tracing huruf dan nombor.. dia nak buku yang boleh baca. Jadi saya beli kan buku yang boleh dia warnakan dan ada huruf yang dia boleh sebut.  Sesungguhnya dia memang belum boleh membaca perkataan, dia sebut pun sebab gambar tu, tapi yang pasti dia tak buta huruf.. hihi.. big grin


Begitulah serba sikit kaedah yang saya guna untuk merangsang Aliya belajar. Dan kerana kemahuan dia sendiri maka dia lebih terkedepan berbanding kakaknya Anis (yang sehingga kini hanya kenal huruf O dan A sahaja) sad  


Saya merancang untuk mula kenalkan Aliya dengan sebutan sukukata, tetapi ini semua tergantung pada kemahuan Aliya sendiri. Cabaran terbesar saya adalah ANIS. Tahun depan dah masuk tadika, tapi dia langsung tak mau belajar, baca ABC tak suka, mewarna tak suka, menulis jauh sekali. Dia cuma suka saya bacakan buku bersama-sama dengan dia. Suka dibacakan buku, tapi tak kenal huruf. Anis Anis..


Apa yang saya belajar : mudah mengajar anak yang ada kemahuan dan bersedia, tapi bila anak tak berkemahuan ni.. kena usaha cara lain supaya dia suka dan mahu belajar



p/s : Ini adalah contoh, penulisan untuk contest Ibu SIhat Anak Riang.

Cuma saya tulis panjang lebar, untuk rekod saya sendiri. Sebab saya baru perasan memang banyak perkembangan anak-anak yang saya tak simpan di blog.

Rasanya tak susah kan jika berkongsi pengalaman sendiri dan anak-anak.

nantikan kemunculan Contest & Giveaway Ibu Sihat Anak Riang.



salam kasih sayang,
.






Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio