NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Memaparkan catatan dengan label gambar pemandangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar pemandangan. Papar semua catatan

Khamis, Mac 08, 2012

Bunga melur si bunga melati si bunga jasmin


Salam bahagia,


Bunga melur si bunga melati
bunga jasmin namanya juga
harum mewangi menambat hati
putih suci bervariasi bakanya



ni bunga melur di rumah makbonda saya.. 



Di hujung sana tempatmu, bunga melur
Bukan di taman yang indah, bunga melur
Hanya di sudut halaman
Tiada dihiasi jambangan indah permai
Tapi warnamu yang putih, bunga melur
Tandanya suci dan murni, bunga melur
Walaupun ditiup debu
Warnamu dan baumu tetap memikat kalbu
Ibarat gadis desa, bunga melur
Sederhana...
Walau kering tak bercahaya, bunga melur
Baumu memikat jiwa
Semoga sabar dahulu, bunga melur
Pada di satu ketika, bunga melur
Masanya kan menjelma
Disanjung dan dipuja
Oleh gadis remaja
lagu bunga melur - P Ramlee






Bunga melur ni ada pelbagai nama.. pelbagai juga jenisnya.. 

gambar yang tunjuk semalam di WW mawar tak berduri

(gambar semalam tu diambil dari 'taman kecil' makbonda saya..)

adalah dari jenis grand duke of tuscany




ini antara bunga melur (maid of orlean) yang ada di rumah makbonda saya selain yang macam bunga mawar  @ duke of tuscany.. 

maid of orlean ni adalah bunga kebangsaan Filipina..


Tahniah pada Hez @ Ina Hashim kerana yang paling awal meneka dengan betul..


Buat kawan2 yang belum join.. meh  join my simple giveaway
Komen & menangi magik bowl


salam kasih sayang,..
.








Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Rabu, Mac 07, 2012

WW : mawar tak berduri



Salam bahagia,










Cuba teka bunga apa ni???


salam kasih sayang,
.


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Rabu, Februari 15, 2012

WW : hari yang terang



Salam bahagia,














nota :
melayan budak kecik yang bosan ... time ni baru pukul 9 pagi tau... tengok lah betapa panas nya hari...


p/s
lately rasa macam tak cukup pulak 24 jam.. blog ini pun dah semakin terabai..


salam kasih sayang,
.

Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Isnin, Januari 16, 2012

Disangka rosak, rupanya tidak



Salam bahagia,






MInggu lepas, peti ais rumah kami ni tetiba jer meragam.. tetiba jer dia 'stop working'.. lampu tak menyala dan OFF terus.

Jenuh lah en suami godek sana-sini.. bila uji dengan 'test-pen', fiusnya ada.. tapi bila pasang, langsung tak menyala..

Yang kelakarnya, hari kedua, si technician pun datang.. bila dia test di plug, pun sama tak menyala. Kemudian dia kata, "okay, cuba test plug yang lain.. "

Mudah aja sebenarnya nak tolak petiais ni.. lepas cucuk kan ke plug/suis yang lain (yang di dapur).. menyala lah pulak... hihiiihii.. "Alamak, malu lah saya.. saya pun tak terfikir nak check kat guna plug lain"  ... blushing

Yang si technician ni buat lawak pulak dengan saya.. "mana rosak.. takdak rosak pun.."  

Hampeh jer rasa, melayang RM30... tongue 

Mana lah nak sangka plug dalam bilik tu nak rosak kan.. kedua-dua plug pulak rosak serentak.. Bilik tu pun memang dah jadi macam stor jer.. jarang pun nak guna plug dalam bilik tu. 


Jadi, lain kali.. kena fikir luar dari kotak.. jangan dok ingat masalah kat area tu jer.. la ni petiais tu pindah dok kat dapur. Plug dalam bilik tu sampai hari ni en ayah tak baiki lagi.




ni gambar snap beberapa hari lepas.. tapi hari ni pun lebih kurang macam ni jugak.. mendung & kejap-kejap hujan renyai-renyai.. Alhamdulillah, hari sabtu lepas dah mendobi sepuas hati.. tapi ada 1 trip lagi kain baju dalam mesin basuh belum bersidai.


Kat tempat kome camana??!!


salam kasih sayang,
.






Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Khamis, Januari 05, 2012

Fikri di hari pertama PRA



Salam bahagia,




Pukul 7 pagi.. dah siap ready nak pergi sekolah dah.. sempat sarapan nasi lemak sebungkus (50sen punya). Fikri pakai kopiah, sebab dah terbiasa masa taski. Dia tanggalkan lepas opahnya tegur. Ibu malas nak tegur, kalo dia nak pakai pun, apa salahnya.



Fikri masih amik tempat yang sama masa di hari transisi lepas.. kawan Fikri tu pakai baju yang tahun lepas.. mungkin akak atau abangnya yang punya kot.. kan main kuning & merah lagi kaler nya..



Ni gaya orang seronok lepas balik sekolah.. Rupanya kena tight-in baju tu.. hehehhe, mana lah ibu tahu.. Uniform ni kena pakai berselang hari.. Isnin pakai uniform, hari selasa baju sukan, begitulah berselang-seli..


Ibu tanya : "Abang belajar apa kat sekolah"
FIkri : "hari ni mewarna, Abang kaler cantik-cantik. takde keluar garisan"
Ibu : "cikgu abang baik ker?"
Fikri : "cikgu yang lelaki garang. dia marah kawan abang sebab kaler sampai kena garisan"
 Guru kelas Fikri namanya cikgu Khusairi.. putih melepak orangnya.. pembantunya nama Ida.
Ibu : "cikgu ajar apa lagi?"
Fikri : "cikgu ajar menyanyi."
Ibu : "abang nyanyi lah ibu nak dengar"
Fikri : garu kepala .... "erkkk.. errrr.. ntah tak ingat lah"
Ibu : "kat sekolah ada makan tak"
Fikri : "takde. tapi cikgu bagi mee goreng" hahhaaa... apa kes la Fikri ni..mee goreng tu makanan lah..


Alhamdulillah, kali ini memang okay.. dan aktiviti di sekolah pun lebih kurang sama apa yg dia buat di rumah semasa cuti sekolah yang lalu. 



Pagi semalam saya pergi dengan Fikri jer, tumpang kereta adik ipar yang nak pergi kerja. Lepas habis jumpa cikgu dan pembantu kelas Fikri dan serahkan semua dokumen yang perlu di isi.. saya pun balik.. balik jalan kaki ja.. tak lah jauh sangat sekolah tu dengan pasar tempat en ayah meniaga.



jalan nak menghala balik.. menuju ke arah pejabat pos Ulu Kinta dan pasar MARA


jalan nak menghala ke sekolah.. alahai.. lupa nak snap gambor bangunan sekolah.. 





berjalan tak sampai 10 minit pun dah sampai ke pasar.. orang kata tak sempat nak basah ketiak pun.. saya agak dalam 100 langkah mungkin.. hehehhe... sampai kat pasar, en ayah antor saya balik ke rumah opah santan naik motor..


Kami dok lepak di rumah opahsantan sehingga jam 3++ petang. Sampai rumah dah jam 4 petang. Mati akal saya kalo dok lelama kat rumah opahsantan.. dah le tak leh online.. walaupun ade AStro, tapi terpaksa follow channel yang depa suka nak tengok.. Tapi yang bestnya saya sempat tengok episod pertama drama Bicara hati.



salam kasih sayang,
.

Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio