NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Sabtu, Januari 31, 2009

Home » » Noora dapat kekuatan daripada azan

Noora dapat kekuatan daripada azan

islam Pictures, Images and Photos


Susunan ZUARIDA MOHYIN

JULIANNE (Noora) Scasny dilahirkan di Amerika Syarikat. Ibunya berdarah Arab dari Syria dan beragama Kristian manakala bapanya berketurunan kulit putih Eropah, juga beragama Kristian. Sewaktu berusia 15 tahun, Julianne sudah menyimpan cita-cita untuk menjadi biarawati di gereja Roman Katolik.

Bagaimanapun, di dalam kelas mata pelajaran Sejarah Dunia, bab sejarah Asia Barat memang antara tajuk yang paling beliau minati terutamanya bila ia menyentuh soal agama Islam.

Kebetulan, seorang pelajar lelaki dari Mesir yang juga merupakan teman sekelasnya sentiasa membetulkan tanggapan salah guru kelas tersebut terhadap Islam. Pada saat itu, Julianne agak terkejut dengan situasi pelik itu kerana kebiasaannya guru yang membetulkan atau menegur anak murid.

Semenjak insiden itu, dia memberanikan diri bertanya kepada pelajar lelaki tersebut mempersoalkan kepadanya perbezaan antara Kristian dengan Islam? Ringkas jawapan budak Mesir itu: ''Tidak banyak."

Jawapan temannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan Julianne terus mencari maklumat tentang Islam menerusi komputer di sekolah. Pun begitu, teman baru dari Mesir itu telah memperkenalkan Julianne dengan kedua ibu bapanya. [baca lagi..]

Begitu lah kuatnya keazaman mereka yang diberi hidayah oleh ALlah. Ya Allah, jangan lah kau palingkan aku dari petunjukMu dan mudahkan aku agar terus berada di jalanMu. Amin.

Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio
2 Comments
Comments

2 comments

31 Jan 2009, 9:14:00 PTG

salaams kak yong....begitulah kalau dapat hidayah...ada yang lebih pandai Islam dari org Islam...namun tak dapat hidayah-Nya ....tingat dulu ada atok tuh suka sangat dengar tilawah al Quran (org Ipoh gak)..sampai mengalirkan air mata...namun dia tak sanggup masuk agama Islam kerana dah tua..takut isteri dan anak tak jaga dia kelak....dan matilah dia tanpa dapat hidayah-Nya....hmmm..syukur sangat kita dapat hidayah, kan kak yong?

1 Feb 2009, 5:06:00 PTG

salam erisya nor,
kakyong ni kirenyer Islam atas dasar mewarisi dari generasi terdahulu.. dan sebenarnya kita yg mewarisi ni kdg2 t'kurang ambil kesah untuk mendalami Islam dan memahaminya dengan hati nurani.. bahkan & selalunya saudara2 yang baru kenal Islam itu lebih solehah & lebih arif dari kita dlm segenap isu & permasalahan Islam.. hmm,tu yg kena merenung jauh ke dalam diri..
mencari diri yang hilang @ mencari diri yang jahil...?!

Catat Ulasan