NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Memaparkan catatan dengan label penilaian contest. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penilaian contest. Papar semua catatan

Rabu, Mac 21, 2012

Entri Mama Yatie : Tips Melatih Anak Tidur Dalam Bilik Sendiriri


Salam bahagia,


Hasrat di hati nak UP kan semua entri peserta sebelum hujung bulan Mar 2012.. masih ada beberapa entri lagi yang perlu bersaing untuk meraih markah.. doakan saya sempat UPkan semua, sebab sekarang ni memang agak tak tentu masa untuk berblog..


OKay, kali ni kita baca tips untuk melatih anak tidur di bilik sendiri dari Mama Yatie..  tips yang menarik & praktikal... cuma saya rasa ibu2 kena tegar... kalo tak mau nyer anak-anak lari balik tidur celah ketiak ibu... 


**********************************


Salam Sejahtera Semua...


Ingat lagi tak n3 Mama yg bertajuk Dialog Malam Pertama yang Mama duk bercerita tentang gelagat anak dara Mama bila 'menerima arahan' tidur di bilik berasingan aka bilik mereka sendiri?? Setelah sebulan berlalu, Alhamdulillah mereka dah berjaya dalam misi ni..Yeayyy... Jadi Mama nak share la beberapa tips bagaimana nak memulakan "langkah pengasingan" ni. Ni Mama cerita berdasarkan pengalaman Mama yg tak seberapanya ni bersama anak-anak . Hope dapat membantulah serba sedikit. 



 -
bilik tido anak pakcik google- 
cantiknya bilik ni..sesuai utk anak dara Mama :p



1. Bilik yang selesa
- Semestinyalah ibu bapa kena sediakan sebuah bilik khas yang selesa utk anak-anak. Yang Mama maksudkan selesa di sini bukanlah selesa dengan perabot-perabot mewah (kalo mampu boleh jer :p) tapi selesa dari segi keadaan biliknya i.e ada ruangan tempat tidur tak kira samada guna katil atau memadai dengan tilam/ toto; susun atur perabot yang bersesuaian; ruangan utk belajar (patut ada sekiranya anak berumur 3 thn ke atas), pengudaraan yang baik dan jangan dilupa ruang utk mereka bermain sebab bermain tu kan fitrah anak-anak. Macam Mama sendiri, kami berdua memilih utk menggunakan katil double decker hak besar kat bawah & single kat atas. Yer la, dah sah-sah 3 org anak Mama ni semuanya anak dara. Sonang cite..hahaa. 



 ruang belajar Along



2. Persediaan mental dan emosi
- Sebagaimana orang dewasa, anak-anak juga memerlukan sedikit masa utk memulakan sesuatu yang baru. Apa yg Mama buat, sejak 1/2 tahun lalu Mama dah mula memberitahu Along dan Angah bahawa mereka perlu tidur di bilik mereka sendiri tak lama lagi.Sambil tu kita pun kena bersiap sedia dengan alasan-alasan yang relevan contohnya, tidur di bilik sendiri mereka akan lebih selesa, lebih banyak ruang dan tidur tak terganggu bila adik kecik menangis. Bukan sekali Mama ingatkan mereka, tapi berkali-kali sampai mereka sendiri tanya, bila mereka boleh tidur bilik mereka?? Then, itulah signal yg mereka sudah bersedia.



3. Mula Dengan Nap Waktu Siang
- Mulalah melatih anak-anak tidur dalam bilik mereka dengan nap sebelah siang terlebih dahulu. Nap waktu siang kan cerah, jadi tak adalah masalah takut pada gelap. Dalam waktu yang sama, kalo anak-anak baru nak dibiasakan tidur atas katil, kita pun mudah nak pantau, sebelah malam mak ayah tido mati..Boleh ler kita tengok keadaan mereka tidur..kot la lasak sangat smp jatuh katil pula..huhu..Kalo ada kes macam ni, silalah ambik precaution mana yg patut. Pendapat Mama, bila anak-anak dah biasa tidur di sebelah siang dlm bilik makanya mereka akan rasa lebih confident & terbiasa dengan ruang peribadi mereka. 


4. Lampu Tidur
- Sebaik-baiknya sediakan lampu tidur utk anak-anak supaya jika mereka terjaga disebelah malam mereka tak merasa terkejut dan takut. 


5. Temani Mereka
- Di peringkat permulaan (1-2 minggu), Mama atau Papa akan menemani mereka sebelum mereka tidur (sampai mereka terlena). Menjadi amalan Mama sejak mereka kecil, sebelum mereka tidur kami akan berbual-bual tentang apa yang mereka lakukan seharian, siapa yg mereka temui dan apa yg mereka perlu lakukan keesokkan hari. Anak-anak Mama memang cakap banyak macam Mama dia orang, jadi mereka memang suka sangat la Mama layan cerita mereka. Tak payah baca buku cerita lagi dah...hahaaaa. 


6. Baca Surah lazim @ 3 Qul & Doa Tidur
- Suka Mama nak berkongsi di sini bahawa amalan membaca doa tidur dan Surah 3 Qul  secara tak langsung dapat membantu anak-anak menghafal surah2 tersebut dengan baik. Apa yg Mama pratikkan ini sangat berkesan. Alhamdulillah, melalui amalan yg tak smp 15 minit ni Along sejak berusia 4 thn lagi dah lancar baca kesemua surah 3 Qul, Al Fatihah dan coming soon ayat kursi. Angah pulak masa umur 2 1/2 tahun dah boleh baca Al Fatihah sampai habis walaupun pelat. Setakat hari ni (Angah nak masuk 4 thn), dia dah hafal Surah Al Fatihah, An-Nas dan Al-Ikhlas dgn lancar, Surah Al Falaq jer masih sangkut-sangkut. Kaedah Mama, satu hari ingat sebaris ayat. Sambil membaca surah-surah ni jugak Mama ingatkan anak-anak tentang tujuan dan khasiat membacanya. Mama cuba jugak tanamkan dlm hati mereka supaya mereka bahawa bila mereka baca ayat suci Al Quran, Insyaallah Allah SWT sentiasa bersama. Tak perlu lagi takut tidur berasingan dari Mama. 

ololo..kiutnya...bilik anak pakcik google siap ada meja solek..


7. Dekorasi bilik
- Supaya anak-anak suka pada bilik mereka, apa salahnya kita deko-deko sket kan. Tak semestinya mahal tp biarlah yang mereka suka. Mama hari tu adalah belikan mereka wall sticker burung marah & butterfly. Kami sama-sama tempek kat dinding bilik mereka. Suka la tur dapat tidur dengan burung marah...huhuhu...Insyaallah, Mama plan nak beli cadar kartun ut mereka...tunggu ada budget lebih sket.







8. Latih anak kemas bilik
- Last but not least, kena la ajar anak kemas bilik mereka sendiri. Bukan sekadar utk ajar mereka berdikari, tp supaya mereka ada rasa tanggungjawab & cinta pada ruang peribadi mereka sendiri. Contohnya susun bantal dan 'kawan-kawan' mereka i.e spongebob, nemo, teddy bear elok atas katil & lipat sendiri selimut. Insyaallah, lama-lama mereka pun selesa berada dalam ruangan mereka sendiri.


END OF ENTRY

***************************************





nota :
  1. Mama Yatie diberi masa selama 7 hari, mulai 21 Mar 2012, jam 10 pagi sehingga 28 Mar 2012, jam 10 pagi untuk mempromosi n3 ini dan mengajak kawan-kawan untuk klik button retweet, LIKE FB dan +1 sebanyak mungkin.
  2. Setiap komen mestilah lebih dari 8 patah perkataan. KOmen yang kurang dari 8 patah perkataan akan di padamkan tanpa amaran.
  3. KOtak komen untuk entri ini akan di lock pada 28 Mar 2012, jam 10 pagi.
  4. jika kurang faham camana nak bantu untuk memberi poin kepada Mama Yatie. sila baca sini >> penilaian untuk contest ibu sihat anak riang.

tips :
  1. Setiap pemilik entri diberi hak untuk membalas/menjawap setiap komen yang diberi
  2. Button retweet boleh tweet banyak kali.. 




salam kasih sayang & selamat memberi poin kepada Mama Yatie,
.


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Jumaat, Mac 16, 2012

Entri Cikpuanhady : Saat Keriangan | Zahra suka betul..



salam bahagia,


Kali ini n3 dari cikpuanhady @ Has.. yang kini berada di dot dot dot.. sapa tau.. cepat angkat keyboard...  rasanya memang masih di luar negara... 


Saya pun takde idea nak tulis panjang-panjang.. apa lagi, teruskan memberi sokongan..

****************





Apabila dapat bermain, berendam & berenang di dalam air, tak kisahlah di bath tub, kolam, pantai mahupun tasik..

Sampai dah sejuk, biru, tangan dah kecut pon belum tentu mahu naik..hoho..


Apabila dapat beriadah di taman permainan, dapat main buaian, papan gelongsor, see-saw dan daun..hehe.. Pendek kata semua akan ditry..hehe..

Kalau boleh hari-hari mahu main..hehehe


Last but not least, apabila dapat melakukan craft activities.. Memang cukup suka apabila hasil kerja tangannya diabadikan dengan mengambil gambar..

Walaupun hasilnya tak semenggah mana, tapi hatinya tetap berbunga-bunga riang..






nota :
  1. Cikpuanhady diberi masa selama 7 hari, mulai 16 Mar 2012, jam 11.30 pagi sehingga 23 Mar 2012, jam 11.30 pagi untuk mempromosi n3 ini dan mengajak kawan-kawan untuk klik button retweet, LIKE FB dan +1 sebanyak mungkin.
  2. Setiap komen mestilah lebih dari 8 patah perkataan. KOmen yang kurang dari 8 patah perkataan akan di padamkan tanpa amaran.
  3. KOtak komen untuk entri ini akan di lock pada 23 Mar 2012, jam 11.30 pagi.
  4. jika kurang faham camana nak bantu untuk memberi poin kepada Cikpuanhady.. sila baca sini >> penilaian untuk contest ibu sihat anak riang.

tips :
  1. Setiap pemilik entri diberi hak untuk membalas/menjawap setiap komen yang diberi
  2. Button retweet boleh tweet banyak kali.. 



salam kasih sayang dan selamat memberi poin pada Cikpuanhady,
.

Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Rabu, Mac 14, 2012

Entri PuanKutu : Tips Menarik Minat Anak Membaca - Membaca Bersama Anak


Salam bahagia,

Ini cabaran ke2 untuk PuanKutu... entri yang bagus dan sangat padat.. memang sesuai sangat untuk ibuayah praktiskan...

Jom baca...

*************



Buku adalah jambatan ilmu. Banyak membaca luas pengetahuan. Itu ungkapan yang selalu kita dengar dan memang sangat diakui kebenarannya. Merangsang minat membaca dikalangan anak perlu diterapkan sejak mereka kecil supaya kita dapat melahirkan anak yang berilmu dan berpengetahuan.



Pemilihan Buku


Sebagai ibu bapa kita bertanggungjawab memilih bahan bacaan yang bersesuaian dengan usia anak. Warna juga memainkan peranan penting bagi memastikan anak terdorong untuk membaca. Setiap kali keluar ke pasaraya, aku akan cuba membeli sebuah buku untuk Aiman. Bila Tok Wan Aiman bagi duit, mulalah Aiman minta aku belikan buku untuk dia. 


Dalam membuat pilihan buku :
  • Dapatkan buku yang besar dan bergambar, mudah dipegang, berwarna warni serta terang dan ringkas imejnya.
  • Untuk menarik minat anak, pilih buku-buku yang berilustrasi binatang seperti kucing, burung, ayam dan objek yang dekat dengannya seperti baju, kasut, sikat dan sebagainya.
  • Pastikan buku yang dipilih akan memberi keseronokan dan membantu kita mengeluarkan suara yang berbeza berdasarkan watak dalam buku.
  • Bawa anak ke kedai buku, bantu mereka memilih buku yang sesuai. 
  • Pilih juga buku mengikut kegemaran dan aktiviti kesukaan anak. Aiman suka pada binatang, jadi aku selalu beli buku yang berkisar tentang cerita haiwan.







Membaca bersama



Jadikan membaca bersama keluarga sebagai rutin harian. Apabila semua ahli keluarga memegang bahan bacaan, secara tak langsung anak turut sama menyertai aktiviti tersebut. Selain aku, Aiman juga selalu dera Wan dan Maktoknya untuk bacakan buku cerita untuk dia.haha..


Apabila kita membacakan buku kepada anak:
  • Bacakan sambil mendakap mereka. Dakapan erat memberikan keselesaan untuk anak terus memberi perhatian.
  • Bercerita dengan penuh emosi dan minat. Bunyikan bunyi binatang dengan bersungguh-sungguh. Libatkan aksi dan pergerakan. Contohnya membuat aksi terbang seperti burung bila bercerita. Aiman selalu gelakkan aku bila aku buat suara mengikut watak. Tapi cara ni sangat berkesan menarik minat anak sukakan buku. Aiman selalunya akan minta aku bacakan buku yang sama berkali-kali.
  • Bercakaplah mengenai benda didalam buku seperti warna, bentuk dan bunyi yang berkaitan dengan kegunaannya dalam kehidupan seharian.
  • Kaitkan cerita dengan anak seperti bertanyakan soalan. Sebagai contoh, "Apa yang warna merah tu?", "Ini bola, Aiman suka bola tak?", "binatang mana Aiman suka?". 
  • Bercerita dengan bahasa yang mudah. Jangan sesekali menggunakan bahasa pelat. Aiman tak pelat kan..hehe..
  • Sambil membaca tunjukkan teks perkataan yang dibaca kerana ia membantu anak memahami arah pergerakan selain mengetahui bahawa teks perkataan penting dalam cerita yang dibacakan.
  • Tokok tambah cerita dengan maklumat lain supaya mereka lebih faham. Tanyakan apa yang jadi selepas itu. Bila dah biasa dengan cerita tersebut, minta anak ceritakan kembali. Ini video Aiman bercerita.keke..




Jadikan Amalan dan praktikkan

Sesekali apabila berada di dalam kereta, aku akan bacakan Aiman buku. Sebelum tidur aku akan cuba luangkan masa untuk bacakan buku cerita untuk Aiman. Kadang-kadang aku cuma bercerita tanpa buku. Melalui pengalaman, Aiman suka kalau aku reka cerita sendiri dan selitkan unsur humor. Adakalanya, kanak-kanak lebih faham suatu arahan dengan bercerita. Tak perlu mengarahkan secara formal, sebenarnya teknik penceritaan yang menarik akan menimbulkan semangat dan motivasi kepada anak.


Antara yang boleh di praktikkan :
  • Aplikasikan apa yang kita bacakan untuk anak dalam kehidupan seharian sebagai teladan. Seperti buku cerita yang dipegang Aiman dalam video diatas, kisah anjing dan bayang-bayangnya, aku nyatakan pada Aiman, Aiman tak boleh tamak, kalau main mainan kena berkongsi dengan kawan.
  • Sewaktu dalam kenderaan, tunjukkan juga perkataan yang kita jumpa setiap hari dan aplikasikannya disepanjang perjalanan. Aiman sejak baby dia dah kenal papan tanda KFC walaupun kat tengah lebuhraya tau.hehe..
  • Galakkan anak untuk bertanya dan terangkan kepadanya dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Ini juga secara tak langsung membantu anak untuk menambahkan penguasaan bahasanya. 
  • Jangan lupa untuk membantu anak mencipta ceritanya sendiri. Contohnya dengan menggunakan berus lukisan, lukis sesuatu yang menarik. Jadikan ia sebagai buku yang mengandungi pelbagai bentuk dan warna.
  • Bila anak sudah mula jinak dengan buku cerita atau buku gambar, mereka mungkin telah bersedia untuk di perkenalkan dengan bunyi-bunyi huruf. Sambil membaca cerita terangkan bunyi huruf yang biasa dilihat pada teks.





Role Model


Sejak Aiman masih bayi, aku cuma gunakan siri Mari Bercerita dalam Majalah Pa & Ma sebagai bahan bacaan untuknya. Sebenarnya selagi kita kreatif, bahan bacaan kita juga boleh dijadikan medium untuk bahan bacaan anak. Sudah jimat disitu! Sekarang, aku banyak mengambil idea untuk bercerita kepada Aiman melalui apa yang aku baca.





    Anak selalunya berminat untuk mencontohi ibu bapanya. Kita sepatutnya menjadi role model memberi contoh yang terbaik dipersekitaran anak-anak. Apabila mereka melihat buku disekeliling rumah dan tahu kita suka menghabiskan masa dengan membaca, anak akan belajar bahawa buku adalah keperluan dalam kehidupan seharian. 



    Oleh itu,


    • Ubah sikap sendiri, ibu bapa perlu tunjukkan contoh minat membaca terlebih dahulu.
    • Tunjukkan yang kita betul-betul minat membaca dihadapan anak bukan berpura-pura minat sebab anak secara psikologinya boleh rasa ibu bapa berpura-pura.
    • Sentiasalah membaca majalah dan suratkhabar dihadapan anak.
    • Ibu bapa mesti memberi galakan dan rangsangan secara positif dan berterusan.
    • Apabila anak sudah pandai membaca, jangan mudah putus asa apabila sekali disuruh anak tidak mahu. Banyakkan bersabar menghadapi kerenah mereka.

    Semoga perkongsian ini menjadi sesuatu yang berguna untuk kita. Sekian.



    END OF ENTRY

    ***************************************





    nota :
    1. PuanKutu diberi masa selama 7 hari, mulai 14 Mar 2012, jam 10 pagi sehingga 21 Mar 2012, jam 10 pagi untuk mempromosi n3 ini dan mengajak kawan-kawan untuk klik button retweet, LIKE FB dan +1 sebanyak mungkin.
    2. Setiap komen mestilah lebih dari 8 patah perkataan. KOmen yang kurang dari 8 patah perkataan akan di padamkan tanpa amaran.
    3. KOtak komen untuk entri ini akan di lock pada 21 Mar 2012, jam 10 pagi.
    4. jika kurang faham camana nak bantu untuk memberi poin kepada PuanKutu. sila baca sini >> penilaian untuk contest ibu sihat anak riang.

    tips :
    1. Setiap pemilik entri diberi hak untuk membalas/menjawap setiap komen yang diberi
    2. Button retweet boleh tweet banyak kali.. 



    salam kasih sayang dan selamat memberi point untuk PuanKutu,

    Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

    Amira Studio

    Isnin, Mac 12, 2012

    Entri IntanBerlian : Tips anak bijak guna otak kanan



    Salam bahagia,

    Penilaian entri Puan Kutu telah pun tamat jam 10 pagi tadi (12 Mar 2012). Esok pulak penilaian entri Nida akan berakhir.

    Yang sedang berentap sekarang ini adalah Ummi Hani dan Zie Fauzi.. selamat meneruskan usaha mengutip poin.

    dan sekarang ni.. jom layan entri dari IntanBerlian pulak.... jom refresh kan semula tentang fungsi otak kiri dan otak kanan.. semoga kita dapat memaksimakannya pada anak-anak kita.


    ***************************



    Sebelum ni saya pernah terbaca yang kajian di Jepun menunjukkan melatih anak menggunakan otak kanan untuk berfikir adalah lebih efektif melahirkan anak bijak berbanding otak sebelah kiri.. Selama ni saya main ajar je alisha.. tak tau la otak kanan ke kiri tapi sekarang ni tiba2 saya rasa macam best pulak untuk seimbangkan dengan otak kanan jugak..

    Tak kisahlah tu apa2 pun, yang penting hari ni saya nak berkongsi dengan u all apa yang saya dah baca tentang Tips Anak Bijak guna Otak Kanan.. Bolehlah kita sama2 mempraktikkannya.. (",)



    1. Ketika anak2 kita tengah tidur2 ayam, kita bercakaplah dengan mereka dengan sepenuh hati & sejujurnya bahawa kita amat2 menyayanginya.. Contohnya.. "Alisha.. ibu terlalu sayangkan alisha.. kasih sayang ibu terhadap alisha tiada tandingannya.. semoga alisha membesar sebagai anak yang baik, bijak, solehah & taat pada perintah Allah"... Untuk pengetahuan u all, ketika anak2 kita tidur2 ayam, OTAK KANAN SEDANG BEKERJA MANAKALA OTAK KIRI DAH PUN TIDUR dengan lenanya... (",).. Saya selalu buat macam ni... terlebih feeling mulalah mengalir air mata...

    2. Guna flash card sebagai bahan untuk mengajar anak kita.. TAPI TUNJUK LAJU2 tau.. supaya otak kanan anak kita tu bekerja keras untuk menangkap apa yang kita tunjuk... Alaaa flash card ni, kalau kita tak nak beli, buat sendiri pun boleh.. Kita tulis je perkataan2 pendek or ABC or 1 2 3 or gambar2 & sebagainya..

    3. Ajar anak2 kita bermain tanah liat, cat air, melukis, gunting kertas & sebagainya kerana GERAK KERJA TANGAN adalah HASIL DARI OTAK KANAN. Sebenarnya kita boleh jugak menguji otak kanan anak2 kita ni.. contohnya, u all lukis gambar rama2 sebelah je, sebelah lagi suruh anak u all yang lukis (",) Bab melukis ni rasanya abah alisha yang lebih elok mengajar kot sebab ibu alisha ni bila lukis rama2 silap haribulan, alisha gelakkan saya pulak.. hahahhah Ibu alisha memang tak reti bab2 melukis.. muahhaha

    4. Kita jangan marah or tengking anak2 kita. Ini kerana mereka akan simpan apa yang kita marah tadi pada otak kiri. Tapi kalau kita dah terlanjur, kita minta maaf pada mereka. & kita buatlah yang no 1 dekat atas tu... bercakap dengan anak2 ketika mereka tidur2 ayam.. contohnya "Alisha.. ibu mintak maaf sebab ibu tengking alisha tadi.. ibu sayangkan alisha.. ibu nak alisha jadi anak yang baik..".. Haa yang ni saya pernah termarah alisha sekali.. lepas tu mulalah bercakap dengan dia ketika tidur2 ayam tu.. siap mengalir air mata penyesalan.. cewahhh... hihii

    5. Lagi satu, cuba kita bercerita sesuatu dengan anak2 kita TAPI kita JANGAN HABISKAN CERITA TU.. suruh anak2 kita pulak yang sambung... tak kisahlah walaupun mereka merapu... hahahaa.. "tiba2 saya terbayang Aiman Anak muni @ Puan Kutu yang suka loyar buruk" hihii...Alisha memang pakar menyambung cerita saya siap dengan tangan lagi gerak tapi masalahnya bahasa German.. muahhahha


    6. Kita jugak boleh bermain teka-teki dengan anak2.. Antaranya, kita boleh masukkan barang dalam kotak dan suruh mereka teka, atau suruh mereka cari benda tersembunyi misalnya ketika di atas katil, kita minta mereka mencari gambar yang ada pada cadar mereka, gambar, poster atau apa-apa sahaja yang kita gantung pada dinding. Bab gambar dekat cadar tu memang saya selalu buat... Sampai sekarang alisha pulak yang menegur saya bila saya tunjuk pooh tu adalah tiger.. si kecik alisha ni cepat2 tunjuk tigger tu adalah tiger.. hihii

    7. Last sekali, kita ganti perkataan jangan dengan perkataan tolong. Contohnya "Alisha, tolong diam.." berbanding "Alisha, jangan bising".. SEBABNYA, BILA KITA SEBUT JANGAN, ITULAH YANG ANAK2 KITA SUKA SANGAT BUAT.. Tapi tu la.. si ibu alisha ni pulak, kadang2 mulut tu terlebih ringan sebut JANGAN.. Adehhh

    END OF ENTRY

    ***************************************





    nota :
    1. IntanBerlian diberi masa selama 7 hari, mulai 12 Mar 2012, jam 11 pagi sehingga 19 Mar 2012, jam 11 pagi untuk mempromosi n3 ini dan mengajak kawan-kawan untuk klik button retweet, LIKE FB dan +1 sebanyak mungkin.
    2. Setiap komen mestilah lebih dari 8 patah perkataan. KOmen yang kurang dari 8 patah perkataan akan di padamkan tanpa amaran.
    3. KOtak komen untuk entri ini akan di lock pada 19 Mar 2012, jam 11 pagi.
    4. jika kurang faham camana nak bantu untuk memberi poin kepada IntanBerlian.. sila baca sini >> penilaian untuk contest ibu sihat anak riang.

    tips :
    1. Setiap pemilik entri diberi hak untuk membalas/menjawap setiap komen yang diberi
    2. Button retweet boleh tweet banyak kali.. 



    salam kasih sayang dan selamat memberi point untuk IntanBerlian,

    .

    Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

    Amira Studio

    Ahad, Mac 11, 2012

    Entri Zie Fauzi : Dia Suka ke Taman Permainan Tapi Takut ke Tepian Pantai



    Salam bahagia,

    Entri Puan Kutu akan tamat pada hari esok 12 Mar 2012, jam 10 pagi... dan entri Nida pula tamat pada 13 Mar 2012, jam 10 pagi.. cuma sayangnya Nida sibuk, maka dia takde masa nak promo kan entri nya itu.. harap ade lah kawan-kawan yang sudi support yer..


    Kali ni meh tengok Alya yang suka bermain di taman tapi takut bila ke pantai.. sama jugak lah dengan Aliya di rumah ni... meraung-raung bila kena ombak menghempas pantai dan air laut tu terkena kakinya...


    ************************




    Tu dia tajuk bukan main lagi… Tapi awas, entry ini adalah entry bergambar.. Ada gambar yang resize dan ada yang den biarkan saja saiznya dalam bentuk asal.. Kalau loading tu lambat, maaf la yer… :)








    Dua gambar berdialog di atas menggambarkan keadaan Alya bila berada di pantai atau bermain air.. Situasi dalam nak main tapi takut. Last bawa Alya pergi main air laut tahun lepas la.. Kat Pulau Pangkor, lepas tu mana ada bawa dah kecuali 2 3 hari lepas bawa gi jenjalan dan lepak di hentian Bagan Ajam konon2 nak duk tepi pantai tapi jangan harap la.. Kaki baru jejak tanah dah jerit2 takut… So, naik kereta balik ke destinasi yang lain..

    Tapi jika bawa ke taman permainan, takde adegan nangis menangis sebab tempat itu la satu-satunya yang boleh buat anak dara tu ceria… Dari kecil tak boleh berjalan sampai la besar dah boleh berlari, taman permainan la tempat paling Alya suka….










    Gambar di atas bukti keceriaan Alya ketika di taman permainan.. Tapi maaf la, gambar lama tu.. Gambar time Alya umur belum setahun rasanya.. Gambar terbaru tak dapat pulak den cari.. Memori kad tak jumpa… Tapi lebih kurang jela keceriaan Alya bila kat taman permainan dulu dan sekarang. Cuma sekarang dah besar dan pandai main sendiri.











    END OF ENTRY

    ***************************************





    nota :
    1. Zie Fauzi diberi masa selama 7 hari, mulai 11 Mar 2012, jam 10 malam sehingga 18 Mar 2012, jam 10 malam untuk mempromosi n3 ini dan mengajak kawan-kawan untuk klik button retweet, LIKE FB dan +1 sebanyak mungkin.
    2. Setiap komen mestilah lebih dari 8 patah perkataan. KOmen yang kurang dari 8 patah perkataan akan di padamkan tanpa amaran.
    3. KOtak komen untuk entri ini akan di lock pada 18 Mar 2012, jam 10 malam.
    4. jika kurang faham camana nak bantu untuk memberi poin kepada Zie Fauzi.. sila baca sini >> penilaian untuk contest ibu sihat anak riang.

    tips :
    1. Setiap pemilik entri diberi hak untuk membalas/menjawap setiap komen yang diberi
    2. Button retweet boleh tweet banyak kali.. 



    salam kasih sayang dan selamat memberi point untuk Zie Fauzi,
    .














    Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

    Amira Studio