NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Selasa, Februari 17, 2009

Home » , » Apa boleh dibuat dengan Belimbing buluh

Apa boleh dibuat dengan Belimbing buluh




Semalam kakyong mendapat buahtangan dari jiran sebelah kiri, Mas nama jiran kakyong tu. Tu ler yang dalam foto tu (1) buah limau barli (2) buah nangka (3) belimbing buluh

Limau barli & buah nangka tu dah hampir langsai kami anak-beranak 'mengerjakan' nyer... cuma masalah nyer.. Belimbing buluh ni.. apa nak buat yer..

kalo nak masak lemak kuning dengan ikan.. kakyong tak gemor sangat masakan berlemak ni.. ni fenin dok pikir nak masak @ dibuat apa belimbing buluh ni..

kakyong ingat masa kekecik dulu, opah selalu buat cuci tangan lepas siang ikan.. yer le lepas siang ikan, kan bau nyer hanyir lekat di tangan.. jadi bila cuci dengan belimbing buluh, wangi le semula tangan... maksudnyer hilang le bau hanyir tu..

tapi yang jiran bagi ni muda lagi.. takkan nak buat cuci tangan.. ish ish,...

agak2 ade sesapa yang boleh memberi cadangan tak...






Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio
8 Comments
Comments

8 comments

18 Feb 2009, 5:07:00 PG

Salam kakyong..
kami satu family kalu ada belimbing buluh ni kami masak lemak telur itik..

atau pun yg lagi best..masak sambal hitam,makan dgn gulai tempoyak mmg ummpphh habis..

tapi sambal hitam tu masaknya renyah sikit..kena rebus belimbing buluh tu dalam tin milo atau periuk claypot,kalau guna yg biasa takut bocor sbb it is too acidic..
uih sedapnya teringin la nak buat..

18 Feb 2009, 8:35:00 PG

saya suka nangka walo org kata berangin.

tp lg hangin coz harganya kat KL mahal sgt. beberapa ulas ja dah 1.50. kelepet tul!!!

18 Feb 2009, 8:40:00 PG

IbuKauthat@Salwa ~ boleh ker share resepi sambal hitam tu.. macam sedap jer.. teringin nak cuba

Shitsurei shimasita ~ nangka memang berangin, tapi sebab sedap.. angin pun angin ler, dah sakit nanti cari ubat... eno halia kan ade...

18 Feb 2009, 12:08:00 PTG

ok kakyong anti sy bagi resepi..ada email tak?

18 Feb 2009, 1:46:00 PTG

salwa,
tgk kat profile, kakyong baru update

19 Feb 2009, 2:13:00 PG

Hayya... bab masak ni uncle tak boleh nak komen tapi ada juga uncle makan yang sudah dijadikan acar.

19 Feb 2009, 1:07:00 PTG

salam...
sedap gaks wat sambal belacan belimbing buluh muda ni,,
gantikan limau nipis@air asam jawa ngan belimbing ni...terangkat!!
hiris2 dulu,baru di tumbuk ngan sambal...^_^

19 Feb 2009, 1:10:00 PTG

salam maymot,
a'a yer.. betul betul betul.. tak terpk pulak.. terimakasih.. boleh dicuba ni..
maymot - terima kasih berkunjung ke blog kakyong..

Catat Ulasan