NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Selasa, Februari 03, 2009

Home » » Susah ke berbahasa malaysia @ melayu

Susah ke berbahasa malaysia @ melayu

bahasa melayu Pictures, Images and Photos




Semalam tengok tv rancangan ole-ole chef wan. Chef wan membuat penggambaran di Pulau Ketam, Selangor Darul Ehsan. Dalam satu segment tu, terdapat la slot chef wan berbual dengan seorang staff (berbangsa cina) agensi perlancongan di Pulau tersebut. Yang lucunya chef wan sempat lagi memperbetulkan bahasa melayu/Malaysia staff tu. Memang kelam-kabut bahasa melayu amoi tu.. macam bukan orang Malaysia.

Fenomena ni pun biasa jumpa di mana-mana, ramai orang cina yang cakap bahasa melayu seolah depa baru datang Malaysia semalam. Walhal dah bertahun hidup di Negara bumi bertuah ni, sekolah di Malaysia, bekerja pun di Malaysia. bukan setakat generasi lama yang cakap bahasa Malaysia ala cina-mali, tapi yang sedihnya yang generasi muda pun sama.

Agaknya kenapa jadi macam ni yer.. ingat lagi satu slogan ni “bahasa jiwa bangsa’.. jadi di mana jiwa bangsa Malaysia kalau berbahasa Malaysia pun lintang-pukang.

Teman rasa depa ni tak berfikir dalam bahasa Malaysia, sebab itu lah cakap pun lintang-pulang, nahu dan tatabahasa hancuss.. agaknya masa cikgu mengajar subjek bahasa Malaysia, depa tidur kot.. teman ingat lagi cikgu bahasa inggeris teman kata, “if you want to speak English fluently, you need to think in English, dream in English

Mungkin juga cikgu-cikgu bahasa Malaysia @ bahasa melayu sudah menjalankan tugas mengajar bahasa dengan baik. Kalo bebudak melayu tak boleh berbahasa inggeris teman boleh terima lagi, tapi kalo rakyat Malaysia tak boleh berbahasa Malaysia, sedangkan bahasa ni bahasa pertuturan harian.. heeee, teman memang tak leh terima..

Apa pulak pendapat kome yer… ?

Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio
0 Comments
Comments