Maaf, hari ni kakyong rindui seorang sahabat, jadi layan ajer lah en3 ni yer..
telah bertahun ku simpan gundah ini
hakikatnya aku amat rindui kamu
betapa selama ini aku berlagak
seolah-olah aku tidak kesah bila kamu menyepi
puas aku menelek salah silap ku
adakah aku teralpa dalam persahabatan
adakah aku terlalu mashyuk dengan kehidupan baru
adakah kamu rasa terabai lalu pergi dari hidup aku
sahabatku,
aku sedih.. bila kamu tidak jawab emailku
tidak membalas bila aku menyapamu di YM
kamu seolah tidak mahu aku lagi
hatta nombor telefon kamu juga sudah bertukar
sahabatku,
aku ingin sekali jumpa kamu
aku ingin anak-anakku kenal kamu
Inilah sahabat ibu
sahabat berkongsi suka-duka
tidak sudi kah kamu memeluk & mencium anak-anakku
sahabatku,
hanya kerana aku seorang isteri & kamu tidak
tidak bermakna kau harus jauhkan diri
aku ingin kita gembira & bahagia seperti dulu
sahabatku,
Ini lah yang sentiasa aku doakan buat kamu
jodoh itu rancangan Allah
usah jauh dari aku hanya kerana alasan itu
aku ni sahabatmu yang rindui kamu.