Salam bahagia,
Kali ni nak berkongsi untuk membuat link yang boleh dibuat ke window yang lain. Maknanya bila orang tekan link tu, ia akan terbuka ke tab/window yang baru dan masih berada di entri/post yang sedang dibaca.
Saya perasan ramai kawan blog yang buat/letak link di entri tapi tidak membuatnya terbuka ke window yang baru. Alternatifnya, boleh ajer kita right klik link tersebut dan 'open link in a new tab'.
Tapi bagi blog yang 'disable right-click', sangat tak best sebab bila kita klik link terus terbuka link tu dan pada masa yang sama, kita tak boleh nak terus membaca entri tu. Jadi untuk blog yang 'disable right-click' sila lah buat link yang akan terbuka ke tab yang baru, baru lah entri anda tu dikira 'mesra'.
Kalau dulu kita kena taip kod target="_blank" tapi sekarang ni tak perlu dah.. interface blogger yang baru ni dah sediakan kemudahan.
Rujuk cara nya ikut gambar di atas ni. highlight kan perkataan atau gambar yang ingin diletakkan link , kemudian :
- klik pada menu link
- masukkan link berkenaa
- jangan lupa tick pada kotak "open this link in a new window" dan klik butang 'OK'
Kalau tengok di bahagaian html.. akan nampak koding
target="_blank" automatik telah ada situ.
Sekian, selamat mengamalkan nya tiap kali membuat link.
salam kasih sayang,
.
Anda tahu LMFAO tu apa?
Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.
Sini pun menarik juga : blogging tips,
tutorial