NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Rabu, Februari 29, 2012

WW : Tongkang pecah



Salam bahagia,







Kemasnya hanya sebentar.. once si kecik ni bangun.. bertabur lah balik.. Redho jer lah... walau sakit mata memandang..



salam kasih sayang,
.

Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Selasa, Februari 28, 2012

Cadangan penilaian untuk contest ibu sihat anak riang



Salam bahagia kawan-kawan,



gambar hiasan jer... 



Setuju tak jika 40% daripada markah untuk penilaian entri peserta contest ibu sihat anak riang.. dibuat dalam bentuk point @ markah dari kawan-kawan.


Bukan apa.. fenin juga kepala kakyong ni nak decide which is the best.. sebab semuanya best2 belaka.. almaklum lah tips untuk pendidikan anak-anak ni.. memang banyak faedahnya, memang menyeronokkan dan praktikal untuk anak-anak... 


Oleh kerana tak rela nak fenin2 seorang diri.. maka kakyong ambil pendekatan yang dibuat dalam contest dari blog Denaihati.. dimana point/markah di ambilkira melalui berapa banyak klik dari sharing button & jumlah komen. 


Dan supaya proses ini ADIL dan SAKSAMA.. entri peserta contest akan di UPkan di blog ini dan setiap peserta akan diberi tempoh masa selama 1 minggu (7 hari) untuk mendapatkan sokongan dari kawan-kawan.. 

Jadi dalam tempoh 7 hari itu, pandai2 lah kome untuk ajak (promo) kawan-kawan untuk klik sharing button dan juga meninggalkan komen di entri berkenaan. Selepas due date saya akan off kan ruangan komen untuk entri yang berkenaan & akan printscreen siap-siap sharing button.



Yang pasti, jumlah komen mesti lebih dari 8 patah perkataan, jika kurang penganjur akan delete tanpa was-was sebarang amaran.



Saya harap2 kawan-kawan setuju lah yer... lagipun ini lah masa nya kawan-kawan belajar sesuatu dalam dunia blog ni... ruang untuk mempromosi dan juga ruang untuk mencari & memberi sokongan sesama kawan-kawan blog.


JIka  tiada aral., saya akan mula kan proses penilaian ini mulai 1 Mar 2012. 



salam kasih sayang,
.

Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Isnin, Februari 27, 2012

Pesan untuk Fikri sempena ulangtahun ke 6



Salam bahagia,



ini masa umur 4 tahun..



ini masa umur 5 tahun - dah sekolah tadika..




gambar terbaru - semalam, 26 Feb 2012.. 


Selamat ulangtahun ke-enam anak ibu yang sulong. Ibu akan selalu doakan semoga abang berjaya dunia akhirat dan menjadi anak soleh. Ibu tahu banyak kekurangan ibu dan banyak permintaan abang yang ibu tak dapat nak tunaikan. 

Sekiranya ibu tidak dapat menunaikan permintaan abang dalam tempoh yang terdekat, bukan bermakna ibu tak sayang abang. Cuma ibu nak abang faham, dalam hidup ini tidak semua perkara yang kita inginkan, boleh kita dapat dengan sekelip mata. Ibu nak abang belajar dan faham erti sabar. Ibu nak abang faham,  kita tak boleh mengharap semua perkara dapat dicapai tanpa berusaha.

Akhir kata, ibu nak abang jadi abang yang terbaik untuk kakak Anis dan Aliya. Abang mesti selalu belajar bertolak-ansur dengan adik-adik. Adik-beradik mesti saling sayang-menyayangi. Dalam apa perkara sekalipun, ibu nak pesan pada abang supaya selalu mendahulukan adik-adik. 



salam kasih sayang,
.


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Jumaat, Februari 24, 2012

MInggu yang sibuk dan blog yang terpinggir



Salam bahagia,

Salam hari Jumaat yang penuh barakah.. semoga kawan-kawan semua  dalam rahmatNya dan selalu dilimpahi kebahagiaan.

3 minggu di bulan Februari ini telah berlalu dengan mode saya yang selalu sibuk tak menentu.. blog ini juga terpaksa dipinggirkan seketika, dek kerana kesuntukan masa, saya tak dapat untuk blogwalking/berkunjung balas ke blog kawan-kawan. Actually bukan blog ini sahaja, bahkan blog yang di sana pun sama. 

Saya ada juga update entri, tapi semua nya mode - buat entri dan tinggal. Kesian. 

Insya Allah, saya ni pelan-pelan cuba untuk pick-up balik dengan 2-2 blog ni. 







Saya sekarang ni banyak spend masa di 'kedai online'.. setahun lebih saya stop niaga online.. 





Tahun ni Insya Allah, cuba lebih fokus dan nak menambah ilmu baru dalam hal perniagaan online ni.. banyak lagi yang perlu di 'teroka' dan dipelajari, terutama ilmu tentang pemasaran ni.


ohya.. jemput lah singgah ke Kakyong's shoppe yer..


Masih ada banyak produk yang belum sempat saya bawa 'masuk' dalam kedai. Jemput lah singgah ke kedai.. JIka ada yang mencari kain lampin (cloth diaper) boleh la cari saya.. Untuk belian lebih 5 pcs, boleh  PM/inbox saya di FB untuk dapatkan 'best price' . 


Terkejar-kejar (membahagi masa) untuk aktivti lain juga.. seperti menguruskan hal rumahtangga, aktiviti  pembelajaran anak-anak, juga kerja-kerja online yang lain seperti customize blog, support kawan untuk contest dan saya pun ada banyak GA yang nak contest, cuma masa jer yang kesuntukan.


Sepanjang minggu ini saya membahagi masa online : antara kedai online dan support PuanBee untuk contest gadget impian. Letih juga yer nak tolong kawan menambah markah/point.. memang sepanjang minggu ni masa saya banyak melepak di blog Denaihati (dari 18 Feb hingga lewat malam tadi 23 Feb 2012).. cuba memberi komen sebanyak-banyaknya untuk Puanbee. Alhamdulillah, pagi ni saya jengah.. jumlah komen sebanyak 3,796.. saya harap Puanbee dapat menjadi 5 peserta finale.. 

Hari ni Insya Allah, saya masih melepak di blog Denaihati lagi.. kali ini nak support Yanmie dan MJ pulak... 


Saya masih menerima tempahan untuk kerja customize blog. Cuma saya ambil masa sikit untuk siapkan, tapi jika kena dengan masa saya tengah free, saya boleh siapkan dalam tempoh 2 jam, provided empunya blog tidak terlalu cerewet.  hehehe... winking 


P/s
Terima kasih pada kawan-kawan yang masih setia berkunjung dan meninggalkan komen.. saya sangat terharu dan sayang kome semua ketat-ketat... sabor yer.. nanti saya dah 'bertenang' saya akan berkunjung seperti dedulu..



salam kasih sayang dan selamat berhari minggu,
.



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Rabu, Februari 22, 2012

WW : Alhamdulillah, sudah lulus



Salam bahagia,






Alhamdulillah.. syukur...

besar nilainya pada kami.


salam kasih sayang,

..



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Selasa, Februari 21, 2012

Misi Rania Gold




Salam bahagia,


Dah 2 tahun tak jaga muka elok-elok.. main tenyeh jer.. kadang-kadang dengan sabun mandi pun jadik..  Alhamdulillah, muka saya ni bukan jenis muka yang bermasalah... 

tapi kan.. bila tengok muka kawan-kawan comel dan bersih jer... tanpa make-up pun tetap bersih dan cela yang tidak begitu ketara... baru terasa...

"eh ehh.. kena jaga muka juga lah.. kurang-kurang ada pencuci muka yang memang untuk muka.. "

rasa-rasanya dah banyak kulit mati ni di muka saya ni..






maka untuk permulaan... dengan modal yang terhad (duit sendiri ni tau..).. jumpa kat kedai runcit jer.. bukan set yang lengkap.. tapi tak per lah.. guna jer pencuci muka dulu..

Insya Allah, pasti ni nak cari pelembap untuk siang.. pelembap malam tu lain kali lah kot.. tak rajin sebenornya nak membelek muka di malam hari ni.. hihikkk..... 
sumber


..... dalam senarai : scrub dan serum..




jangan jaki dengan saya... :  sebelum ni bukan tak jaga muka.. tapi jaga dengan sabun biasa jer... kalo rasa lain macam jer muka.. tepek la bedak sejuk... itu jer kemampuan yang ada.  Alhamdulillah, beberapa bulan lepas menang GA sabun SPA... guna lah sabun tu sampai habis.. 


btw, kalo nak tengok semua range produk untuk Safi Rania Gold ni.. bleh lah terjah sini.. kita beli mana yang nak guna jer lah kan... 



p/s
ada tak kawan-kawan yang dah guna produk ni..?? sesuai tak dengan kome...??!!  



salam kasih sayang,
.


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Isnin, Februari 20, 2012

Sos bawang putih pedas kaw punya



Salam bahagia,


Rasanya ramai kot yang pandai buat sos bawang putih bercili api ni...  winking





Paling senang jer nak buat... tinggal rajin dengan malas jer..

Bahan-bahan:

2 - 3 ulas bawang putih (yang saiz besor yer)
3 - 5 biji cili api (kalo cili api kampung tu pandai2 lah adjust.. kepedasan ikut tahap masing-masing)
2 -3 sudu makan sos tomato (masa 1st time buat, xde sos tomato, hentam jer sos cili..)
gula & garam secukup rasa
air suam


Caranya :

  1. goreng bawang putih & cili api (minyak sikit jer yer..) , goreng kejap jer, 1 minit jer lebih kurang
  2. tumbuk cili api & bawang putih, masukkan gula dan garam sekali dan tumbuk lumat
  3. dah lumat masukkan dalam mangkuk kecil, masukkan sos tomato dan air suam sikit, kacau rata.. jika suka lebih cair, boleh letak air lebih.. dah sedia untuk dimakan.. 
  4. Jika nak buat dalam kuantiti yang banyak, boleh simpan dalam petiais


kan dah cakap.. senang jer nak buat sos ni.. kredit resepi >> Noni My





Sos ni sedap dimakan dengan segala aneka cucur/cekodok.. ayan goreng/panggang, ikan goreng/ikan panggang pun sedap... dengan kepok lekor pun sedap... big grin thumbs up



salam kasih sayang,
.





Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Jumaat, Februari 17, 2012

Belajar untuk mengajar anak fonetik



Salam bahagia kawan-kawan,


Rasanya mungkin ramai yang tertanya-tanya apsal kakyong dah lama tak singgah komen-komen kat blog kome... Insya Allah, kesibukan pun dah berkurang... iyer lah tu... 

Insya Allah, pelan-pelan dah boleh adjust jadual & kerja-kerja yang membuat saya tak menang tangan sampai terabai blog ini pun dah boleh diurus dengan sebaiknya..





hari ni cuma ingin berkongsi... pelajaran baru yang saya sedang explore..  saya sekarang ni sedang GIAt belajar untuk memahirkan diri dengan bunyi fonetik.. hihiii... ada beza tau antara bunyi huruf antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.. jadi sebelum mengajar anak, ibu @ ayahnya kena memahirkan diri dulu dengan bunyi huruf... 

Bunyi huruf apa yang berbeza??? --- tunggu sampai saya mahir dulu.. nanti dah mahir dan tak keliru (confius) .. senang lah sikit saya nak bercerita.

Sekarang ni tiap kali nak buku ajar anak, setiap pagi saya akan buka dulu CD panduan ni... dah tua-tua ni rasa macam susah nak lekat belajar benda baru.. tapi kalo review hari-hari pasti akan lekat juga di hati kan..




Alhamdulillah, berkat rezeki awal tahun ni.. dengan beberapa job yang saya buat termasuk hasil dari customize blog.. dapat lah kumpul duit sikit untuk membeli buku-buku ni -- Siri cepat membaca Anakku sayang dan Early Reading series Read Easy. Sejak dari tahun 2010 lagi saya dah berkenan - tapi pendam rasa jer lah... sebabnya income pasif yang dapat cukup2 untuk lepas bayar bil streamyx jer.


Saya tak beli 1 set yang lengkap, tapi saya beli set buku 1-8 sahaja. Itu ajer bajet yang ada.. Alhamdulillah, tercapai juga hajat saya.


Insya Allah, saya cuba memanafaatkan kaedah ini untuk mengajar Anis & Aliya membaca. Sebelum ni saya baca dari blog beberapa orang kawan jer. 


Untuk permulaan, yang baru ajer mula beberapa hari ini... Anis sudah boleh menyebut bunyi-bunyi huruf (untuk info : Anis masih belum sepenuhnya kenal alfabet dari A-Z..) dan menyebut cantuman/kombinasi bunyi huruf. Saya mulakan buku Read Easy untuk Anis dan buku Bacalah Anakku untuk Aliya.. 


nanti saya update perkembangan anak-anak yer. Awal-awal ni saya sebenarnya agak skeptikal.. bukan apa saya riso kalo saya yang tersalah membunyikan huruf.. hahahha... berkali-kali saya tengok CD tu, untuk meyakin kan diri sendiri. 


Untuk mengelakkan saya terkeliru.. saya hanya ulang dengar dan tengok bahagian yang saya nak ajar jer... tapi sebelum tu memang saya dah ulang-dengar CD tu dari awal hingga akhir.. panjang tau CD tu.. sebab ada 8 buku semuanya.. 


Ibu-ibu yang sudah menggunakan kaedah ni, mari lah kongsi tips-tips cara kome memahirkan diri sendiri dan tarik perhatian anak supaya suka.


salam kasih sayang,
.



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Rabu, Februari 15, 2012

WW : hari yang terang



Salam bahagia,














nota :
melayan budak kecik yang bosan ... time ni baru pukul 9 pagi tau... tengok lah betapa panas nya hari...


p/s
lately rasa macam tak cukup pulak 24 jam.. blog ini pun dah semakin terabai..


salam kasih sayang,
.

Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Isnin, Februari 13, 2012

Cara untuk 'center' kan header blog




Salam bahagia,


nota :
sebenarnya agak kerap juga kawan-kawan blog yang bertanya cara nak 'center' kan header blog. Selalunya saya akan amik masa juga nak terangkan kepada kawan-kawan (selalunya melalui medium chat di FB).. jadi saya fikir ada baiknya saya kongsikan sahaja di blog. Jadi, di masa depan, saya cuma perlu beri link n3 ini sahaja.. tak perlu nak buka balik nota saya dalam lappy.


Untuk jadikan header blog berada di tengah-tengah @ center, kita perlu masukkan kod header ke dalam template.


Sebelum masukkan kod :


1. Remove dahulu header yang sedia ada

klik pada 'remove image' dan 'save'

2. Upload image header yang hendak digunakan dan dapatkan image url/link image. Saya biasa upload ke picasa album sahaja.


upload gambar, kemudian right-klik dan 'copy image url'



Langkah untuk masukkan kod

1. log-in ke draft.blogger.com , klik menu "Template", klik "Edit html"

2. Tekan Ctrl F, dan cari kod  /* Header  , 

3. Kemudian masukkan kod dibawah


#header {
height: 240px;
border:0px solid ;
text-align: center;
background: url(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhiTicR4stK3RbIDL6fQcAgpzwOCoXE4yeZ139eqCiCUiFVaPyfn_gKasMY21xBHrjbzZq4JY5KxhM3f5mQYQaxeFShwP7wdmfGxMJpCC9c-wSkzUT0hBVuT5toriLlc_JYnfnFW7cR4MY/) no-repeat center;
}


bahagian yang berwarna merah dan saya strike tu.. sila tukorkan dengan url image header kome yer..

NOta :
height : 240px - tinggi header ni boleh ditukar ikut saiz tinggi header kome
no-repeat - supaya header tidak jadi berganda
center - supaya header berada di tengah-tengah blog



Bila dah siap, preview dulu.. incase ade error ke apa.. kalo takde error, tekan "save template". done.


Sekian. Selamat mencuba.


salam kasih sayang,
.


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Khamis, Februari 09, 2012

Kena tinggal



Salam bahagia,


Bulan ni rasanya bulan yang saya agak banyak meninggalkan blog ini...

  • tak update entri setiap hari
  • tak balas komen (banyak tau komen-komen di entri2 yang lalu saya tak sempat balas, tapi saya baca semua komen-komen tu tau.. )
  • tak blogwalking berhari-hari.. huhhhuuu (banyak implikasinya kat sini.. tertiba rasa jauh dengan kawan-kawan blog... )

maaf kan saya yer.. bukan sengaja.. tapi diluar kemampuan untuk mengadap blog seperti selalu.. 

ni lah kos melepas nya.. bila dah fokus dengan kerja lain (yang menuntut masa & kudrat).. blog terpaksa diabaikan seketika.. semalam konon-konon nak UPkan entri WW pun tak sempat.


 
saya cuba untuk 'kembali' seperti biasa... hopefully saya dapat balik jadual saya yang biasa...


sebagai tanda minta maaf.. ini ajer lah yang mampu saya jamu untuk kome yang masih sudi bertandang ke blog kecik saya ni...





Jemput makan , jangan lupa baca Bismillah dan doa makan  big grin


p/s
walaupun dalam kalut.. tapi takde lah tensen @ stress macam hari tu.. terubat sikit rasa tertekan tu & lapang dada sebab menang GA , boleh baca kat SINI & SINI.





salam kasih sayang,
.


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Isnin, Februari 06, 2012

Tutorial : membuat link terbuka di window/tab yang baru



Salam bahagia,


Kali ni nak berkongsi untuk membuat link yang boleh dibuat ke window yang lain. Maknanya bila orang tekan link tu, ia akan terbuka ke tab/window yang baru dan masih berada di entri/post yang sedang dibaca.


Saya perasan ramai kawan blog yang buat/letak link di entri tapi tidak membuatnya terbuka ke window yang baru. Alternatifnya, boleh ajer kita right klik link tersebut dan 'open link in a new tab'. 


Tapi bagi blog yang 'disable right-click', sangat tak best sebab bila kita klik link terus terbuka link tu dan pada masa yang sama, kita tak boleh nak terus membaca entri tu. Jadi untuk blog yang 'disable right-click' sila lah buat link yang akan terbuka ke tab yang baru, baru lah entri anda tu dikira 'mesra'.


Kalau dulu kita kena taip kod  target="_blank"  tapi sekarang ni tak perlu dah.. interface blogger yang baru ni dah sediakan kemudahan.





Rujuk cara nya ikut gambar di atas ni.  highlight kan perkataan atau gambar yang ingin diletakkan link , kemudian :


  1.  klik pada menu link
  2. masukkan link berkenaa
  3. jangan lupa tick pada kotak "open this link in a new window" dan klik butang 'OK'







Kalau tengok di bahagaian html.. akan nampak koding target="_blank" automatik telah ada situ.


Sekian, selamat mengamalkan nya tiap kali membuat link.


salam kasih sayang,
.


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Sabtu, Februari 04, 2012

Belajar menyulam asas




Salam bahagia,





Lebih 48 jam blog ni tidak berupdate..

bukan sengaja.. tapi memang betul-betul tak menang tangan.

semalam dok sibuk adap blog SANA..  

dan dok mengadap kerja yang dalam gambor tu... baru nak belajor pun.. terkial-kial lagi nak memaham tiap satu jahitan asas. Nama jahitan pun masih tak buleh nak ingat.. kalau dapat cipta patern sendiri kan best.. tapi saya ni tak kreatip.. melukis pun bukannya pandai sangat. Ini kan pulak nak mencipta patern sulam sendiri..  


hari ni adap anak-anak, bawa pergi rumah makbonda, jalan-jalan keliling taman.. singgah kedai.. tengahari malas nak masak nasi, masak mee rebus untuk pertama kalinya.. resepi hasil carian google... gambor lupa nak snap.. len kali masak baru snap.. Pagi-pagi masak bubur kacang hijau, buat aiskrim dapat la 10 batang.


Malam ni tak tau nak masak apa.. rasanya nasi goreng baby corn kot... itu jer sayur yang ada.. dah banyak hari dok cari cendawan, tapi takde pulak kat kedai tu..



oh yer.. saya ade join contest Malaysia Top Blogger.. mohon sokongan dari kawan-kawan.. klik SINI yer..



Selamat Menyambut Maulidur Rasul



Salam kasih sayang & selamat bercuti hujung minggu,
.






Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Khamis, Februari 02, 2012

Ajar anak supaya tidak panjang tangan



salam bahagia,




Ini adalah alatulis Anis masa mula masuk tadika.. bekas pencil pooh & tigre tu saya dapat hasil dari menang giveaway... berbulan saya simpan untuk Anis.. tapi Anis guna tak sampai sebulan pun, hilang di'kebas' kawan nya.  sangat sentimental bekas pensil tu pada saya... sad


Sebelum ni pun sepit rambut Anis yang lip-lap itu pun di ambil oleh kawannya. Bila saya komplen hal kehilangan ni dengan cikgu nya, cikgu pun tak leh nak buat apa-apa, sebab memang tak de dalam beg mana-aman budak pun. Budak yang Anis kata amik bekas pencil dia tu pun tak mengaku. huhhh.. 


Yang sedihnya, sikap makbapa tu sendiri.. dah tahu anak bawa balik barang orang lain, sepatutnya ambil lah tindakan untuk memulangkannya semula. Saya ni setiap hari Anis balik dari sekolah saya akan check beg sekolah dia, in case lah dia terambil barang-barang kawannya. 


Pada saya teramat penting untuk membentuk sahsiah dan keperibadian mulia anak-anak sejak usia pra-sekolah. Menjadi tanggungjawab ibubapa untuk beritahu anak, apa perbuatan yang betul dan apa perbuatan yang salah.


Jika anak dah terbiasa panjang tangan dari kecik & makbapa buat tak kesah jer.., maka akan makin menjadi-jadilah sikap panjang tangan ni. Saya memang sedih dengan sikap makbapa yang kurang prihatin dalam hal ni. 

gambar recycle dr n3 lepas.. just nak tunjuk sepit-sepit rambut Anis yang diambil kawannya tu

Di bekas pensel tu boleh lah saya letak nama (tu pun hilang tanpa dapat dikesan), takkan di sepit rambut pun saya nak tampal nama Anis jugak kan.. 


Sekarang ni dalam beg sekolah Anis, saya cuma letak sebatang pensel dan 1 pemadam. Pensel warna pun saya tak bagi dia bawa, sebab di sekolah memang sudah ada pensel warna. 


Anis ni pulak.. memang sedikit lengai perangainya.. berbeza dengan Fikri.. Fikri pandai jaga barang-barang dia.. jangan lah siapa amik barang dia.. dia menangis semahu-mahunya, sampai budak takut nak amik barang dia. Anis ni 360 darjah berbeza dari abang Fikri. 


Masa bekas pensel tu hilang, Anis cakap kawan pinjam (baikhati sangat Anis ni).. kejadian ni sebelum cuti raya cuti baru ni.. lepas naik sekolah.. dah budak tu tak mengaku pulak. macam-macam.. takkan sebab bekas pensel, saya nak serang rumah budak tu kan... tapi ini bukan isu berkira ke apa.. ni isu etika dan nilai. 


Ramai makbapa yang saya jumpa, ambil ringan jer hal macam ni. Ramai yang cakap, 'alah budak2, bukannya tahu apa'.. jadi adakah bermakna ambil barang kawan dan tak pulangkan semua tu - tak salah. Saya memang sedih sangat dengan mentaliti makbapa yang macam ni. Sedar atau tidak, ini adalah 'cara kita mengajar anak menjadi pencuri' tanpa kita sedari.


Kome pulak camana? buat-buat diam jer ke kalo anak amik barang-barang kawan? atau sebaliknya..



salam kasih sayang,
.



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Rabu, Februari 01, 2012

Kerabu mangga tak cukup bahan



Salam bahagia,





Kemarin saya google mencari resepi kerabu mangga.. macam-macam versi ada..

ada yang letak sotong, ada yang letak udang, ada juga yang letak isi ikan (dibakar dulu ikannya)..

saya pulak buat ikut bahan yang ada di rumah... serai takde, daun kantan takde.. so baunya memang lari sikit lah.. 

saya takde stok udang, sotong mahu pun ikan.. maka saya guna udang kering jer.. campur bawang, karot sikit dan cili masak (tak letak cili api.. saya sedang alah makan cili api sekarang ni.. huhuuu.. makan pedas pun ada musim tau..)

ada resepi yang letak sos ikan.. saya tak pernah beli sos ikan.. teringin nak beli, tapi tak tahu jenama apa yang sedap & diyakini halal. thinking  kome yang biasa guna sos ikan ni, boleh rekemen?


Rasa kerabu mangga saya ni kureng ummphhh.. saya sorang jer yang makan.. en ayah buat tak nampak jer.. no talking  len kali kena cukupkan bahan.. balance yang tak habis, saya simpan dalam petiais, hari ni saya ubahsuai buat sambal belacan.. winking



kenkawan yang terer buat kerabu mangga ni, kongsilah resepi.. 



p/s
pagi ni Anis beriya2 tak nak pergi sekolah sebab semalam cikgu beri surat cuti.. tapi surat cuti tu untuk 6 & 7 Feb 2012.. jenuh pujuk.. jom kita tengok sekolah dulu.. kalau cikgu takde baru kita balik.. huhuuu..



salam kasih sayang,
.





Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio