Salam bahagia,
Hasrat di hati nak UP kan semua entri peserta sebelum hujung bulan Mar 2012.. masih ada beberapa entri lagi yang perlu bersaing untuk meraih markah.. doakan saya sempat UPkan semua, sebab sekarang ni memang agak tak tentu masa untuk berblog..
OKay, kali ni kita baca tips untuk melatih anak tidur di bilik sendiri dari
Mama Yatie.. tips yang menarik & praktikal... cuma saya rasa ibu2 kena tegar... kalo tak mau nyer anak-anak lari balik tidur celah ketiak ibu...
**********************************
Salam Sejahtera Semua...
Ingat lagi tak n3 Mama yg bertajuk Dialog Malam Pertama yang Mama duk bercerita tentang gelagat anak dara Mama bila 'menerima arahan' tidur di bilik berasingan aka bilik mereka sendiri?? Setelah sebulan berlalu, Alhamdulillah mereka dah berjaya dalam misi ni..Yeayyy... Jadi Mama nak share la beberapa tips bagaimana nak memulakan "langkah pengasingan" ni. Ni Mama cerita berdasarkan pengalaman Mama yg tak seberapanya ni bersama anak-anak . Hope dapat membantulah serba sedikit.
-
bilik tido anak pakcik google-
cantiknya bilik ni..sesuai utk anak dara Mama :p
1. Bilik yang selesa
- Semestinyalah ibu bapa kena sediakan sebuah bilik khas yang selesa utk anak-anak. Yang Mama maksudkan selesa di sini bukanlah selesa dengan perabot-perabot mewah (kalo mampu boleh jer :p) tapi selesa dari segi keadaan biliknya i.e ada ruangan tempat tidur tak kira samada guna katil atau memadai dengan tilam/ toto; susun atur perabot yang bersesuaian; ruangan utk belajar (patut ada sekiranya anak berumur 3 thn ke atas), pengudaraan yang baik dan jangan dilupa ruang utk mereka bermain sebab bermain tu kan fitrah anak-anak. Macam Mama sendiri, kami berdua memilih utk menggunakan katil double decker hak besar kat bawah & single kat atas. Yer la, dah sah-sah 3 org anak Mama ni semuanya anak dara. Sonang cite..hahaa.
2. Persediaan mental dan emosi
- Sebagaimana orang dewasa, anak-anak juga memerlukan sedikit masa utk memulakan sesuatu yang baru. Apa yg Mama buat, sejak 1/2 tahun lalu Mama dah mula memberitahu Along dan Angah bahawa mereka perlu tidur di bilik mereka sendiri tak lama lagi.Sambil tu kita pun kena bersiap sedia dengan alasan-alasan yang relevan contohnya, tidur di bilik sendiri mereka akan lebih selesa, lebih banyak ruang dan tidur tak terganggu bila adik kecik menangis. Bukan sekali Mama ingatkan mereka, tapi berkali-kali sampai mereka sendiri tanya, bila mereka boleh tidur bilik mereka?? Then, itulah signal yg mereka sudah bersedia.
3. Mula Dengan Nap Waktu Siang
- Mulalah melatih anak-anak tidur dalam bilik mereka dengan nap sebelah siang terlebih dahulu. Nap waktu siang kan cerah, jadi tak adalah masalah takut pada gelap. Dalam waktu yang sama, kalo anak-anak baru nak dibiasakan tidur atas katil, kita pun mudah nak pantau, sebelah malam mak ayah tido mati..Boleh ler kita tengok keadaan mereka tidur..kot la lasak sangat smp jatuh katil pula..huhu..Kalo ada kes macam ni, silalah ambik precaution mana yg patut. Pendapat Mama, bila anak-anak dah biasa tidur di sebelah siang dlm bilik makanya mereka akan rasa lebih confident & terbiasa dengan ruang peribadi mereka.
4. Lampu Tidur
- Sebaik-baiknya sediakan lampu tidur utk anak-anak supaya jika mereka terjaga disebelah malam mereka tak merasa terkejut dan takut.
5. Temani Mereka
- Di peringkat permulaan (1-2 minggu), Mama atau Papa akan menemani mereka sebelum mereka tidur (sampai mereka terlena). Menjadi amalan Mama sejak mereka kecil, sebelum mereka tidur kami akan berbual-bual tentang apa yang mereka lakukan seharian, siapa yg mereka temui dan apa yg mereka perlu lakukan keesokkan hari. Anak-anak Mama memang cakap banyak macam Mama dia orang, jadi mereka memang suka sangat la Mama layan cerita mereka. Tak payah baca buku cerita lagi dah...hahaaaa.
6. Baca Surah lazim @ 3 Qul & Doa Tidur
- Suka Mama nak berkongsi di sini bahawa amalan membaca doa tidur dan Surah 3 Qul secara tak langsung dapat membantu anak-anak menghafal surah2 tersebut dengan baik. Apa yg Mama pratikkan ini sangat berkesan. Alhamdulillah, melalui amalan yg tak smp 15 minit ni Along sejak berusia 4 thn lagi dah lancar baca kesemua surah 3 Qul, Al Fatihah dan coming soon ayat kursi. Angah pulak masa umur 2 1/2 tahun dah boleh baca Al Fatihah sampai habis walaupun pelat. Setakat hari ni (Angah nak masuk 4 thn), dia dah hafal Surah Al Fatihah, An-Nas dan Al-Ikhlas dgn lancar, Surah Al Falaq jer masih sangkut-sangkut. Kaedah Mama, satu hari ingat sebaris ayat. Sambil membaca surah-surah ni jugak Mama ingatkan anak-anak tentang tujuan dan khasiat membacanya. Mama cuba jugak tanamkan dlm hati mereka supaya mereka bahawa bila mereka baca ayat suci Al Quran, Insyaallah Allah SWT sentiasa bersama. Tak perlu lagi takut tidur berasingan dari Mama.
ololo..kiutnya...bilik anak pakcik google siap ada meja solek..
7. Dekorasi bilik
- Supaya anak-anak suka pada bilik mereka, apa salahnya kita deko-deko sket kan. Tak semestinya mahal tp biarlah yang mereka suka. Mama hari tu adalah belikan mereka wall sticker burung marah & butterfly. Kami sama-sama tempek kat dinding bilik mereka. Suka la tur dapat tidur dengan burung marah...huhuhu...Insyaallah, Mama plan nak beli cadar kartun ut mereka...tunggu ada budget lebih sket.
8. Latih anak kemas bilik
- Last but not least, kena la ajar anak kemas bilik mereka sendiri. Bukan sekadar utk ajar mereka berdikari, tp supaya mereka ada rasa tanggungjawab & cinta pada ruang peribadi mereka sendiri. Contohnya susun bantal dan 'kawan-kawan' mereka i.e spongebob, nemo, teddy bear elok atas katil & lipat sendiri selimut. Insyaallah, lama-lama mereka pun selesa berada dalam ruangan mereka sendiri.
END OF ENTRY
***************************************
nota :
- Mama Yatie diberi masa selama 7 hari, mulai 21 Mar 2012, jam 10 pagi sehingga 28 Mar 2012, jam 10 pagi untuk mempromosi n3 ini dan mengajak kawan-kawan untuk klik button retweet, LIKE FB dan +1 sebanyak mungkin.
- Setiap komen mestilah lebih dari 8 patah perkataan. KOmen yang kurang dari 8 patah perkataan akan di padamkan tanpa amaran.
- KOtak komen untuk entri ini akan di lock pada 28 Mar 2012, jam 10 pagi.
- jika kurang faham camana nak bantu untuk memberi poin kepada Mama Yatie. sila baca sini >> penilaian untuk contest ibu sihat anak riang.
tips :
- Setiap pemilik entri diberi hak untuk membalas/menjawap setiap komen yang diberi
- Button retweet boleh tweet banyak kali..
salam kasih sayang & selamat memberi poin kepada Mama Yatie,
.
Anda tahu LMFAO tu apa?
Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.