NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Selasa, November 13, 2012

Teknik mengajar anak membaca cara Nabi




Salam kawan-kawan,







sumber : FB Pn Ainon Mohd



Saya selalu berusaha untuk menerapkan teknik2 ini dalam pembelajarana anak-anak saya (Fikri 6y, Anis 5y & Aliya 4y).. 

tak kira lah samada mengajar Iqra'/mengaji. menghafal surah, belajar mengenal huruf dan nombor, belajar membaca, belajar mewarna atau membuat kerja sekolah..

namun selalu ade konflik dengan cara suami.. yang suka menghukum - samada dengan kata2 atau jentikan.. :(

saya mengajar anak-anak mengikut common-sense & cuba terapkan kaedah mengajar tanpa unsur "marah".. dan saya baru tahu ia adalah teknik cara nabi.. 

Jom sama-sama kita amalkan.. 


salam kasih sayang,




Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Rabu, Oktober 03, 2012

WW : Di mana si kucing hitam.



Salam bahagia.





ada jumpa tak si anak kucing dalam gambar ni..



nota kasih sayang :
saya rindu dengan blog ni.. selama mana saya tak update, bermakna selama itu lah saya tak buka dashboard blogger dan juga blog ini..
bukan apa, dek kerana ke'beku'an idea saya menulis.. jadi saya terus jadi BEKU.. hinggalah ade kawan2 bertanya.. kenapa dah lama tak update tentang anak-anak.. :)
banyak yang ingin dikongsikan.. tapi acap-kali terjadi.. "idea menulis bagai tersangkut-sangkut... "


jemput singgah ke Kakyong's Shoppe


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Isnin, September 17, 2012

Tempe & kobis bunga salut tepung magik



Salam bahagia kawan-kawan,


Lamanya tak mengupdate blog... hampir 2 bulan...

banyak kesah yang nak dikongsikan tapi selalu jer ade hal-hal yang menyebabkan kerja-kerja mengadap dashboard blogger terbantut.. happy


Sudah lebih 6 bulan menjual tepung magik & cheezy sauce.. tak ingat pernah kongsikan resepi/hasil masakan nya ke tidak sebelum ni..

Almaklum dah lama tak berblog, tapi rasanya memang banyak yang tidak dikongsikan.





ini tempe dan kobis bunga (cauliflower) celup tepung magik, di makan dengan cheezy & mayonis.


mudah sangat nak sediakan.. hanya bancuhkan tepung magik dengan air, jika nak lebih rangup, bancuhkan dengan air sejuk dari petiais.. bancuh jer agak2 sederhana cair, tidak terlalu pekat & tidak lah cair. tidak perlu dicampur garam, telur dsb.. hanya tepung magik & air sahaja.

Kemudian celupkan ajer tempe/kobis bunga dalam bancuhan tepung. Goreng dalam minyak yang panas, dengan api sederhana.. bila warna sudah bertukar ke warna perangan keemasan, boleh lah toskan minyak & diangkat.

Cheezy sauce juga mudah disediakan : hanya ambil 1 sudu makan (bancuh ikut keperluan sahaja), bancuh dengan sedikit air panas dan kacau rata.. celup dengan tangan untuk rasa kepekatan.. jika bancuhan tercair. boleh tambahkan mayonis. 

Sedap benor jika dimakan untuk minum petang, layan dengan teh o panas atau pun kopi o.. 





untuk order set tepung magik & cheezy sauce : boleh PM kakyong di FB..
maklumat lanjut sila lah berkunjung ke Kakyong's Shoppe.



salam kasih sayang,


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Isnin, Julai 23, 2012

hari ke 3 Ramadhan 2012


Salam bahagia


Alhamdulillah, hari ni sudah hari ke 3 Ramadhan..




Fikri (6y) - 
berjaya harungi 2 hari puasa sehingga maghrib.. sudah 6y, jadi saya encourage/pujuk juga utk dia bertahan walau dah jam 3/4 ptg dia mengadu lapar.. of course la tak perfect, sbb saya nampak dia cuit air milo aliya, hihiii.. tengok dari segi fizikal tidak lah melepek sangat, tapi dia mengadu 'panas', tak cukup air memang panas lah kan.. saya suruh tidur/rehat.. hmm, takde nya dia nak tidur di siang hari.. masa berbuka makannya sedikit ajer.. sebelum tidur dia makan nasi, tak sampai sesenduk pun.. sebelum jam 9.30 malam dah lelap. 2 hari ni dia kata tak best, sebab ayahnya tak bawa pergi ke masjid untuk terawih. *kesian..

Hari ni Fikri bersahur & berpuasa di rumah opah.. harapnya atok santan bawa Fikri ke surau @ masjid. Kegembiraan meraikan Ramadhan pasti lah lebih gembira untuk anak seusia Fikri. 






Anis (5y) -
1st time training berpuasa tahun ini.. jam 10 pagi dah bolos.. segala makanan yang ade di rumah dia makan.. hari ke2, saya hanya benarkan dia minum jer.. so sesi minum milo sahaja sampai 4 kali sehingga menjelang maghrib.. waktu berbuka, makannya boleh tahan jugak banyaknya.. lapor bebenor gayanya.. sama juga dengan abangnya sebelum jam 9.30 malam dah 'lebuh'. 
Hari ni bangun bersahur dengan ibu.. makannya sikit ajer.. kurma tak mau makan, tak sampai 5 minit lepas makan dia pun sambung tidur.. 
hari ni Anis bercuti, cuti peristiwa.. baru jer tadi ingatkan Anis "hari ni kakak puasa kan.. tak boleh makan , tak boleh minum, tak boleh gaduh" Anis jawab :'bibir kakak kering"... hmmm, ade jer jawapannya.. 

Esok Anis akan sekolah : maka masa bersahur akan berganjak ke jam 7 pagi.. 


Aliya (4y) -
Yang kecik ni memberontak.. tak mau puasa.. 'baby kecik lagi' , 'baby lapar'.. hari kedua, awal pagi saya hanya bancuhkan dia milo.. jam 1 tengahari, dia menangis, 'baby lapar, ibu ni tak sayang baby tak bagi baby makan'.. kesian, 4 kali bertambah nasi (kiranya habis 2 senduk nasi) makan dengan sup... memang lapor bebenor tu.. teruk kan ibu dera baby berlapar. 
hari ni, hari ke3.. sebelum jam 9 ni, dia dah makan.. pasti dia cakap 'hari ni baby nak puasa'.. ibunya jawab 'okay, lepas ni dah tak boleh makan tau".. si Aliya angguk jer.. heheh.. tengok jer lah akal dia.. 


nota :
melatih anak-anak kecil mula berpuasa ni, memang ada pelbagai ragam nya.. ada ibu yang biarkan sahaja dulu, biarkan anak tidak berpuasa dengan alasan anak masih kecil.. tapi pada saya, saya nak anak2 tahu kehadiran Ramadhan, merasai bagaimana rasanya berpuasa, walaupun hanya beberapa jam.. lagipun usia 4-5 tahun adalah sesuai untuk masa latihan berpuasa. Sekurangnya depa tahu, ini bulan Ramadhan, orang Islam tak makan di siang hari, selain tu saya ajar juga anak-anak.. dalam bulan Ramadhan tak boleh bergaduh..

Anis & ALiya lately ni kerap bergaduh.. kadang2 tu sampai main tarik2 rambut.. huhuuu... tensi jer ibunya tengok.. kadang2 dah habis ayat dah nak cakap.. end up "sapa2 gaduh2 tu memang tak sayang ibu kan.. ibu pun tak nak sayang anak2 yang suka bergaduh.." 


salam Ramadhan,


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Sabtu, Julai 21, 2012

hari pertama puasa



Salam bahagia kawan-kawan,

Apa khabar? Selamat berpuasa & menjalani ibadah di bulan Ramadhan.


Sketsa pendek di pagi hari, di hari pertama puasa :

si Anis bangun pagi, jam 7.30 pagi.. dia teguk milo sejuk (baki dari bersahur tadi)..

Ibu : kakak.. hari ni kan puasa?
Anis : yer lah, kakak nak minum pagi2 dulu... lepas ni kakak kose (puasa) la
Ibu : okay, tak per.. lepas ni tak boleh makan @ minum yer.. malam tadi dah baca niat puasa & kakak kata nak puasa kan

sejam kemudian... si Anis dok buka tutup petiais..

Ibu : kakak.. cari apa tu?
Anis : kakak tengok barang-barang jer.. (buat muka tak bersalah)


Si aliya pulak sedang punggah timbunan baju yang sedang berlipat..

Ibu : Aliya cari apa tu?
Aliya : cari baju cantik baby lah.. (tak habis2, setiap hari nak pakai baju cantik)
Ibu : Aliya tak nak minum ker? (sajer jer nak test)
Aliya : baby tahan lagi.. baby kose.


#Jam 5 pagi tadi, 3-3 anak bangun bersahur.. ibunya masak tomyan yang tak berapa nak rasa pedas.. Anis & Fikri makan sikit jer.. pastu minum milo sikit.. Aliya pulak makan agak banyak jugak, sebab makan bersuap.

Deme ni buat milo pun tak minum habis, dok pulun minum air masak jer.. dah bagi sorang sebijik buah kurma.. Fikri dipaksa utk habiskan 1 biji kurma.. tapi aliya & anis gigit sikit jer.. mujur ade jus QASEH.. 



#ini baru beberapa jam.. tak tahu apa karenah 3-4 jam lagi.. 


@ tak fikir lagi nak masak apa, tapi selalunya berbuka kami hanya dengan kuih & kurma sahaja.. & tak finalize lagi nak berbuka di rumah opah nasi lemak atau opah santan...


p/s
saya ade banyak HUTANG dgn blog.. contest & giveaway ibu sihat anak riang belum habis finalize.. hadiah2 untuk giveaway ibu sihat anak riang pun tak di pos2 kan lagi.. 
Insya Allah, plannya nak settle kan semua sebelum AidilFitiri menjelang.. harap2 nya dapat work out plan tu.. almaklum berbulan juga, main touch n go jer dgn blog.. dashboard blogger pun dah makin mjauh.. huuhuuu.. blogwalking jangan kata lah, memang berbulan sudah tidak singgah blog kawan2.. 









Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Isnin, Julai 02, 2012

Aliya memang takut dengan maskot



Salam bahagia,,

lama nya tak update.. banyak benor hutang dengan blog.. tapi tak daya nak cari masa untuk mengadap lappy lebih dari masa yang dijadualkan.. nak berblog dari henfon pun, kadang ingat.. tapi selalunya bila dah buka email (dlm henfon), idea pulak jadi beku.. 




Gambar ni snap masa pergi ke Mydin Mall di Meru Raya, Ipoh. Aliya memang takut sangat dengan maskot2 ni. dulu ade nampak badut (di Tesco), dia menjerit bagai kena histeria ajak balik.. terus tak jadi ibu2 nak shopping lama-lama.. 

Alhamdulillah, yang kali ni dia takde lah melalak ajak balik.. cuma Aliya melalak minta dilepaskan jer.. dia heran bila tengok budak2 lain siap peluk2 lagi si Chipmunk Maskot Marry Brown ni..

Maskot ni sedang jalan2 sekeliling kawasan dalam Mydin Mall tu.. sambil 'menangkap' budak2 untuk diusik.. kiranya kes Aliya ni, dia lari2 terus si chipmunk ni tangkap dia... sempat lah ibu snap gambor sambil ketawakan Aliya... 








Membeli belah nya tak banyak mana pun.. ibunya berhajat nak beli tuudng.. tapi warna yang dihajati tak jumpa (putih & cream).. maka nya kami menjamu selera di Rasa Village (nama memang gah aje bunyinya).. tempat baru, memang nampak gah.. bersih, cantik & eksklusif.. 


#sambung cerita next entry lah yer.. :)

p/s tandas di Mydin Mall.. cantik.. interior design nya memang ade kelas.. 



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Rabu, Jun 13, 2012

Sambal udang peria katak

Salam bahagia,

hari ni share resepi lagi... masih lagi dalam mode warming up untuk berblog...

Actually resepi ni senang jer nak bikin.. Atas permintaan Ummi Hanie.. ni la saya kongsikan


snap guna henfon


bahan-bahan :

10 ekor udang sederhana besar - ni saya beli dari pakcik van, 10 ekor = RM3
1 biji peria katak
1 biji buah tomato - saya memang pemakan buah tomato yg TEGAR
2-3 sudu makan cili giling
2-3 ulas bawang kecil/merah - ditumbuk
sedikit halia - juga ditumbuk
1 labu bawang besar, dipotong bulat @ separa bulat
garam & gula


cara masak
1. peria katak di potong & direndam dalam air garam - dlm 10-15 minit
2. panaskan minyak & tumis bawang & halia sehingga naik bau & garing
3. masukkan cili giling.. masak sampai pecah minyak - perlahan kan api, biar cili tu garing elok , masukkan gula sedikit utk cantikkan warna sambal ..
4. masukkan buah tomato & peria katak - & sedikit air, kacau bagi peria masak sedikit (2-3 minit jer)
5. pastu masukkan udang & bawang besar.. kacau sampai udang betul2 masak..
6 siap untuk dihidangkan..



snap guna kamera 8MP


dan lunch kami hari ni layan sekali dengan tempe goreng tepung magik





p.s maaf yer kawan, pelan2 baru nak BW semula ni... please welcome me back to blogging world.. :)




Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Isnin, Jun 11, 2012

Udang 3 rasa



Salam bahagia,







Resepi simple jer..


bahan-bahan
300g udang
2-3 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit halia - ditumbuk
3-5 biji cili api -diketuk (ikut suka nak letak banyak @ sikit)
1- 2 sudu makan sos tiram ( x sukat pun..)
2 -3 sudu sos chili (pun x sukat juga)
1 biji tomato dipotong dadu
sedikit nenas didadu (x de stok)
batang sader (x de stok)
1 labu bawang besar dipotong bulat
sedikit air & perasakan garam


cara masak.
1. tumis bawang putih & halia, sehingga naik bau & garing
2. masukan buah tomato, sos tiram, sos cili, kacau 1-2 minit
3. masukkan air, saya masukkan air panas, pastu terus masukkan udang & bawang, kacau sampai udang elok masak
4. jika yang kurang makan garam, tak yah boh garam pun okay.. rasa dulu sebelum masukkan garam.

siap untuk dihidangkan..



yang ni snap guna kamera henfon.. ;) 3MP jer.. 



p/s : masih & sedang mcari mood untuk berblog semula.. rindu sangat2 dah nak BW & baca cerita kawan2.. tapi tu lah.. la ni malam jer dah kena off lappy.. nak BW via hfon tak berapa nak expert lagi..



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Selasa, Mei 29, 2012

Kami Diserang virus mata..



Salam bahagia,


Saya sekarang ni masih lagi dalam mode sakit mata... pandangan masih kabur-kabur.. masih perlu dicuci mata dengan kerap.. or else memang kelabu asap jer lah...




Si, Anis.. orang pertama yang membawa virus ke rumah... ini gambar Anis selepas 1 minggu sakit mata..




Di Klinik 1 Malaysia.. saat ini Anis sudah 10 hari sakit mata.. sudah hampir sihat.. tapi ibu & abang Fikri pulak yang kena 'serang'..






Abang Fikri hanya alami merah mata ajer.. ada sedikit bengkak.. selepas 10 hari, sudah beransur baik... tiada masalah bengkak yang serius pada abang Fikri..




Ini keadaan mata saya setelah 1 minggu (hari jumaat lepas).. masih sakit sangat saat itu.. cuma saya cuba untuk tolerate dengan cahaya.. 2 hari sebelum gambar ini diambil, saya langsung tak boleh kena cahaya.. sangat pedih.. 2 hari saya demam.. terbaring jer di katil... 

Jadi sepanjang tempoh tu saya langsung tak ON lappy.. ade la sesekala saya check FB via henfon...


##saya sekarang ni sudah upgrade ke Super Streamyx.. pakej BB deals 1Mbps. (saya kongsi dengan jiran.. hehhe.. sama-sama berjimat).. jadi sekarang ni boleh lah Wi-fi dari henfon.. ##



p/s
masa saya terlantar 2 hari x bangun.. agak2 sapa lah yer yang paling rajin merawat ibu,..?. ;)



salam kasih sayang..










Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Rabu, Mei 23, 2012

WW : sejukkan mata

----------
Sent from my Nokia phone

Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Jumaat, Mei 11, 2012

Rindu dengan blog

Salam bahagia,

saya rindu blog... Tapi mood menulis dah makin mjauh, rindu dengn semua kawan blog. Huhuhh, ade ke yang rindu saya ni..


----------
Sent from my Nokia phone

Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Sabtu, April 21, 2012

Kerja kupas kentang sudah di sub-con pada Aliya..



Salam bahagia,


Pembantu cilik di dapur...






Ibunya dulu... lepas kahwin baru reti guna 'peeler' ni.. tapi si Aliya nih.. belum cecah 4 tahun... konfiden kan main...

memula tu tak berani jugak nak bagi.. tapi bila dilarang.. dia melalak semahu-mahunya... jadi... bior jer lah...





Tengok lah.. lutut habis diguna... hahahha....






"sapa nak kemas sepah-sepah ni.... " "Ibu lah... "


okay jugak kan ade pembantu cilik ni.. jimat sket masa... hehheh... takde la lama bebenor nak bertapa di dapur..



btw, yang berjaya meneka gambar di entri warming UP.. jom teka




ialah EKinashikin...

buah ini dipanggil BELIMBING TANAH.. dipanggil juga belimbing bukit

buahnya tersangat lah comel... 1/2 cm pun tak sampai... kecik bebenor..



..






Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Rabu, April 18, 2012

warming UP.. jom teka



Salam bahagia kawan-kawan...


Lama bebenor blog ini tidak berupdate.. macam-macam di dalam kepala, tapi tiap kali menjelang malam & ada masa mengadap blog... seringkali kejadian BLANK @ idea membeku -- terjadi.. 


saya ada beberapa hutang yang belum diselesaikan :

1. Penilaian untuk bahagian contest Ibu Sihat Anak Riang - masih belum disempurnakan

2. Hadiah untuk pemenang giveaway Ibu Sihat Anak Riang juga belum sempat diposkan lagi... maaf yer.. menang plan nak follow up saban minggu sebab ada pemenang yang belum beri alamat. 



Dan untuk 'memanaskan' blog yang sudah lama sepi dan semakin mendingin ni... meh teka apa kah nama buah dalam gambar nih.









klu : saiznya tak sampai 1 cm pun.. 



salam kasih sayang,



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Khamis, April 05, 2012

Menu ikan tilapia merah



Salam bahagia,


entri ini kesinambungan dari entri aku seekor tilapia merah..




tilapia ala pop-corn goreng bersalut TM (tepung magik) dihidangkan bersama mayo & cheezy sauce.


dan 1 menu lagi.. tak sempat di snap gambor nya... ikan tilapia dipotong bahagian isi ajer (ala2 macam fish & chip tu) digoreng salut tepung magik.. dan dihidangkan dengan sambal kacang.. 





Anak-anak suka bangat makan ikan tilapia bersiram dengan kuah kacang ni... yang menu tilapia pop-corn tu.. ibunya jer yang layan sensorang... heheh..





bahagian kepala ni pun hajat nya nak dimakan dengan kuah kacang.. sekali adik saya meratah macam tu jer sampai tinggal tulang... bahagian kepala ni saya lumur jer dengan tepung magik yang kering...


Itulah kesudahannya aku seekor ikan tilapia merah... kalo dapat banyak ekor best juga kalo dipanggang.. makan dengan cili api & bawang potong yang dimesrakan dengan budu...



budu dah ready.. tunggu saat untuk beraksi jer.... 



salam kasih sayang & rindu selalu..,



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Rabu, April 04, 2012

WW : Saya seekor tilapia merah



Salam bahagia..


lama nya tak update blog.. macam-macam nak tulis.. tapi manjang je tak sempat...

ni n3 yg nak buat/taip malam hari ahad.. sudah nya malam hari selasa baru dapat buat..




di waktu pagi.. masih lagi berenang-renang... di dalam baldi yang sempit





malam -- terdampar di sinki dapur...



siap di bolen kan..




hasil seterusnya...

tunggu n3 yang akan datang..





Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Sabtu, Mac 31, 2012

Komen dan menangi "magic bowl" - [UPDATE]



SAYA AKAN TUTUP SEBAIK CUKUP 50 ORANG YANG KOMEN.



Salam bahagia,


Sudah beberapa hari tak dapat nak update blog... tak sempat nak mengadap dan menaip dan memikir nak cerita tentang apa..


Btw, untuk peserta Contest Ibu Sihat Anak Riang - sila baca n3 >>> Cadangan penilaian untuk contest ibu sihat anak riang


Saya akan KICK OFF penilaian nya secepatnya hari Isnin, 5 Mar 2012. Saya juga minta maaf sebab tak sempat lagi nak jelajah ke blog semua peserta yang join bahagian contest.. masa sekarang ni agak padat.. MAAF.



Ini adalah giveaway spontan... sekadar meraikan kegembiraan saya untuk berita ini. [sila klik & baca, jika nak tahu lah]






Semua kawan-kawan dijemput untuk sertai giveaway ni... mudah ajer

  • LIKE page Kakyong's shoppe
  • tak perlu buat entri, hanya tinggalkan di kotak komen "saya nak menang magik bowl kerana..." sila isikan tempat kosong yer.. 
  • tinggalkan juga nama blog anda
  • juga link FB id , jika tak ada, tak apa., tak wajib pun, tapi jika ada, senang kakyong nak contact.

Sesimple itu ajer...


Giveaway akan berlangsung dari 3 Mar sehingga 17 Mar 2012, 11 malam (kotak komen n3 ini akan di'lock' pada masa tu yer..)  sehingga cukup 50 penyertaan.


Tertakluk kepada 50 penyertaan.. jika kurang, giveaway ini akan terbatal dengan sendirinya.. jadi jika anda ingin menangi magik bowl ni.. ajak kawan2 join sekali yer..


Pemenang ditentukan melalui cabutan bertuah.



SENARAI KAWAN-KAWAN YANG JOIN :


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Selesai urusan daftar sekolah anak-anak



Salam bahagia,


Sebenarnya berhari-hari juga mencuba untuk menulis dan mengadap blog.. tapi tu la.. tahap kesihatan yang On & Off demam dan baru kebah.. maka tak sempat-sempat juga saya ni nak BW mahupun nak update n3 terbaru.



teman penghibur setiap hari



Kemarin (29 Mar 2012) saya baru kebah demam.. jadi dengan gigihnya kayuh beskal bawa ALiya sekali, pergi sekolah yang berdekatan (di kampung sebelah jer).. lebih kurang 1.5km jer dari rumah.. tapi gaya marathonnya.. tercungap-cungap jugak lah saya dibuatnya.. hehhe.. dah le jenis suka semput & stamina kureng..


Tujuannya cuma nak hantar borang pendaftaran kemasukan anak (Fikri & Anis) untuk tahun 1. Alhamdulillah, ikut kata kerani sekolah , Insya Allah dikira sudah dapat penempatan di sekolah tersebut, sebab katanya -- sekolah tu bukan 'sekolah terkawal'.. cuma menanti surat panggilan pada bulan Ogos 2012 untuk Fikri dan panggilan untuk orientasi pada bulan Dec 2012.. untuk Anis, surat panggilan akan dihantar pada tahun 2013. 


Bukan apa, sebelum ini saya ditakut-takutkan oleh jiran.. konon-kononnya nanti kena hantar ke sekolah lain.. tapi bila sendiri dah bertanya dengan pihak sekolah.. lega rasa dihati. Selesai sudah 1 urusan. TInggal menanti untuk permohonan kemasukan ke PRA pulak.. tak tahu bila, tapi selalu kena alert bila sekolah letak banner di pagar sekolah.. 


Plannya nak apply untuk Anis dan Aliya sekali.. dah bertanya siap2 dengan staff di sekolah tersebut.. memang ada PRA untuk umur 5 & 6 tahun di sekolah tersebut.. maka berbunga-bunga juga lah hati saya.. sebab besar harapan saya supaya anak-anak dapat sekolah di satu tempat.. dan sekola tersebut memang hanya ada sesi pagi.. jadi tak perlulah saya rushing pagi & petang nak hantar anak ke sekolah, kan..


ohya.. ditempat saya ni tak perlu pendaftaran online.. dan esok tempoh pendaftaran akan tamat. Alhamdulillah, selesai sudah satu urusan.. dan ada banyak lagi urusan lain yang masih dalam list KIV (ini yang tidak berkaitan dengan persekolahan anak-anak)



amik form dah lama.. dah lebih 1 minggu baru nak submit... tu la dok harap en ayah selesaikan.. sudahnya sendiri la yang uruskan..





salam kasih sayang & rindu nak jengah blog kawan-kawan,


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Rabu, Mac 28, 2012

WW : bersantai atas TV



Salam kawan-kawan


Si Anis baru balik sekolah... si ibu sibuk didapur... tak dengar bunyi apa2 kat hall... riso pulak si ibu.. hendap pelan2... rupa-rupanya... tengok syiok bersantai atas TV sambil makan koko crunch..






muka tak bersalah... berkali-kali suruh turun.. dia dengan lemah gemalai jer.. sajer nak bikin hati si ibu HOT,,,


anak dara kome ada macam ni ker?!... suka benor panjat-panjat ni..


salam kasih sayang & rindu... lama nya tak BW..
.





Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Sabtu, Mac 24, 2012

Pemenang : Giveaway Ibu Sihat Anak Riang



Salam bahagia kawan-kawan,


Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah menyokong dan join Contest & Giveaway Ibu Sihat Anak Riang.


Memang dari pagi nak buka blog & update n3 ni.. walaupun saya dah umumkan secara tak rasmi di Facebook malam semalam, 23 Mar 2012.



Cabutan telah dibuat oleh ALiya.. sebabnya jam 10 malam lebih tu si Fikri dan Anis sudah 'belayar' awal2 lagi..


semua kertas untuk cabutan dah ready dalam magik bowl.. check no bertuah kat sini.



Jadi, ini lah nama-nama yang bertuah, yang telah dicabut oleh Aliya.



Kalo tak berapa jelas, ni saya senaraikan :


Yang bertuah menangi tudung tajaan De'chanteque Butik , tengok hadiah yang dimenangi kat link ini yer..

  • Aida Hanafiah -- tudung 1
  • Lela Lelord -- tudung 2
  • Ummi Hanie -- tudung 3

Yang bertuah menangi blaus tajaan Take Me Home,  tengok hadiah yang dimenangi di link ini.
  • Yangbaik @ Salatul Zarida Ishak - blaus pink flowery
  • Yatie Chomeyl - blaus purple black & white

Yang bertuah menangi buku bernilai RM10 dan voucher bernilai RM10, tajaan Islamic Books for Kids, hadiah boleh pilih.
  • Mama Yatie

Yang bertuah menangi 1st baby romper (hat & pant) tajaan SNUUS~ Where Beauty,Health and Fashion Collide :
  • CikPuanhadi


dan untuk yang namanya tidak dicabut oleh ALiya.. jangan gusar, anda tetap bertuah.. kerana saya berbesar hati untuk hadiahkan anda voucher bernilai RM5 (tiada expiry date), boleh shopping di kedai kakyong yer.. 

Puan Bee | Pija @ Sitisifir | PuanKutu | Zuraida Rahim | Ummu Muhammad |  Aisha Adyshariz | Nurr Faisha Fatihah | KimiChee | Analyana | Nida | Kimmie | ekinashikin | zie Fauzi | IntanBerlian | Kak Saribanon | CikRoseCute | Zefa NorAsmara | Azatiesayang | Nur Anisah | Hanni Kassim



Buat semua pemenang.. sila emailkan butiran (alamat dan no telefon) untuk urusan penghantaran hadiah.. yang menang voucher RM5, kakyong akan emailkan @ PM/inbox di FB kod voucher nye.. 



Terima kasih kepada penaja :

  Amira Studio




nota : maaf, bukan tak mau nak beri backlink pada nama peserta.. tapi tak sempat.. 


Keputusan untuk contest akan ambil masa sikit ya.. almaklumkan ada beberapa entri peserta lagi yang belum sempat saya UP kan.. maaf yer, kesuntukan masa benor sekarang ni.



p/s
ada lagi giveaway yang sedang ON di blog ini.. anda mahu magik bowl... & saya juga ada sponsor untuk giveaway di blog AMNA jemput lah join yer..



salam kasih sayang & selamat berhari minggu,



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Khamis, Mac 22, 2012

Makaroni vege cheezy magik



Salam bahagia,


Rindu nya dengan blog... dok sibuk di FB & jaga 'kedai' sampai tak sempat nak jengah blog sendiri mahupun blog kawan-kawan..

Btw, terima kasih sebab ramai juga kawan blog yang menegur sapa saya di FB... Alhamdulillah, takde lah terasa diri ini dilupakan..


Lama jugak kami sekeluarga tak makan makaroni. Beberapa hari lepas ke Tesco, mencari makaroni yang bentuk huruf ABC tu... tapi jenuh belek satu-satu.. tak jumpa lah pulak.. jadi beli jer lah yang macam nut basikal tu.. beli yang halus-halus punya..


Lunch tadi, masakkan makaroni , jom layan gambar.. masak simple-simple jer.. janji ia nya masih menu sihat.. dan anak-anak mau makan..




ni telur hancur bersayur (vege sramble egg) -- saya guna buah tomato & batang saderi , saya tumis bawang sikit.. kasi naik bau...



ni takkan tak kenal kot... hehhe



ni keju jalapeno (cheezy sauce) ... mana nak dapat? PM saya... https://www.facebook.com/kakyonghyibu3A




satukan makaroni, vege scramble egg dan juga cheezy sauce..




nak sedap lagi.. tabur sedikit serbuk lada hitam..


Alhamdulillah... anak-anak makan sampai habis.. terutamanya Anis.. sebelum ni dia tak suka dengan sos keju tu.. tapi hari ni makan sampai jilat sudu dan jari... 


Tapi tak leh nak makan macam ni selalu.. tak kena di tekak en ayah... hehehhe...



meh intai-intai sini : set kombo cheezy magik 


salam kasih sayang,
.



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio