NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Sabtu, Disember 31, 2011

Customize blog Nini D @ Sparklemaneh



Salam bahagia,


Ahamdulillah, setelah hampir 5 jam bertungkus-lumus, akhirnya selesai juga kerja menggodek blog Nini D.

Saya lupa nak printscreen layout blog Nini sebelum saya buat make-over..




Header tu orang lain yang buat yer... bukan kerja saya.. tapi cantik kan.. nampak simple tapi kemas.


Antara kerja-kerja yang saya buat untuk blog Nini D :




  • 1- pasang breadcrumb
  • 2 - letak imej sebelah tajuk entri - nampak tak peguin tu. gambar penguin tu kena potong dulu & save kan dalam bentuk .png, kemudian, resize kan 
  • 3 - buat background untuk tajuk sidebar, juga borderkan sidebar dan center kan tajuk sidebar




  • 4 - pasang related post widget dengan customize ikon (penguin)
  • 5 - buatkan scrollbar di sidebar , kena buat setiap satu nih.. memang kerja yang agak rumit




  • 6 - kotak komen ala threaded dengan highlighted kotak admin - yang ini pun saya customize warna font untuk disesuaikan dengan warna tema 'purple'
  • 7 - background ni saya cari dari website yang sediakan free-background





  • 8 - pasang blockquote - background blockquote sama dengan background kotak komen admin



  • 9 - pasangkan button LIKE & share FB
  • 10 - betulkan meta tag tajuk blog
  • 11 - buat border untuk post/entri


Saya harap Nini D puashati dengan kerja yang saya buat.. berpinor mato den, letih juga buat koje nih.. 


Jika ada kawan-kawan blog yang berminat untuk customize blog, jangan malu-malu emailkan kakyong72@gmail.com



JIka kome nak customize blog tapi tak reti nak godek-godek sendiri.. saya sedia membantu. klik sini laju-laju.

Jom join segmen rerama berterbangan, due 31 Disember 2011, jam 11.59 pm

.. Jom meriahkan sekali contest & giveaway ibu sihat anak riang..



salam kasih sayang & selamat menyambut tahun baru 2012,



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Jumaat, Disember 30, 2011

Anak-anak bersuka-ria di program transisi PRA-sekolah



Salam bahagia,

Ni program pagi semalam. Alhamdulillah Fikri diterima untuk mengikuti PRA-sekolah di SKPPH, Ulu Kinta.



Fikri excited sangat sebab dah lama bercuti & tak sabar-sabar nak pergi sekolah.. dan anak dara 2 orang ni, memula ingat nak tinggalkan jer kat rumah opahnya.. tapi depa merengek nak ikut.. lagipun memang dah bersiap pun..


Excited sebab jumpa lagi kawan yang sama-sama belajar di taski ABIM



Fikri kata " sekolah ni cantik.. abang suka sekolah ni, abang nak sekolah sini lah."  Alhamdulillah, first impression Fikri yang positif. Budak yang baju merah tu kawan dia masa di taski ABIM. 




Anis dan Aliya pulak tak lepaskan peluang untuk mencuba semua permainan yang ada di playground sekolah, hanya untuk PRA-sekolah ajer. 





Both side bangunan untuk PRA-sekolah ada playground. Sementara nak menunggu taklimat dimulakan, layan jer lah anak dara 2 orang nih... Fikri dah masuk dalam kelas, dah disediakan aktiviti untuk pelajar.



Sebaik habis jer taklimat untuk ibubapa.. aktiviti anak-anak pun selesai.. seronok benor si Fikri.. cikgu bagi jajan sorang satu...


Ini lah uniform PRA-sekolah Fikri.. nampak gaya dah tak sabor-sabor dah abang Fikri nak pergi sekolah.



Agak leceh sebenarnya bila kena angkut 2-2 anak dara ni ikut sekali.. macam-macam karenah depa berdua nih. Belum pun mula taklimat, anak dara berdua ni dah ajak balik.. lepas tu merengek lapor lah pulak. Masa kat rumah tak nak makan. Pergi beli mee & bihun dikantin, amik sikit jer pun, setengah senduk jer dan 1 biji telur mata kerbau (kecik jer telurnya, gred D kot).. & air milo panas, mahal kan main.. sampai RM3.20.. erkk, bayor jer lah sebab anak-anak dah lapor kan.. kantin sekolah pun nak cekik darah, apa daaa..


itulah kesah semalam, sampai tak sempat nak BW pun semalam, sebab balik dari Ulu Kinta pun dah hampir jam 4 petang, dan saya pulak tetiba jadi dedor-dedor.. layan badan lah dulu.

Malamnya, anak-anak 3 orang ni pulak demam, fuuhh.. tak leh nak tidur lelap dibuatnya.. sedor-sedor dah jam 7.. errkk.. adooii... pastu pagi-pagi tadi kelam-kabut siapkan karangan (antara kerja part time).. mujur lah dah sempat dihantor ke tuannya. Malam tadi en ayah tanya, "sempat ke nak siapkan? dah tu bila nak antor?" hehehhe... "teknologi suamiku, antor guna email la..."



Salam kasih sayang,
.


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Khamis, Disember 29, 2011

Hadiah dari House of Pines sudah sampai



Salam bahagia,


Bahagia, akhirnya ada juga hadiah menang dari giveaway. Join giveaway ni pada 20 Dec 2011. Keputusan dapat tahu pada 24 Dec 2011..  dan hadiahnya sampai pada 28 Dec 2011.. cepat dan cekap.. harap-harapnya kakyong pun akan secekap ini nanti, terutama bab nak pos-mengepos nih..





Ni le hadiahnya.. kemeja kotak berlace... cantik. kain agak nipis..




Seperti yang dijangka kemeja berkotak ni memang sesuai untuk orang slim-melim seperti model blaus dari Take Me Home tu.. Saya nak pakai tak celus nak masuk tang lengan.. hahahah... serupa balut buah nangka/cempedak dah rupanya.. Maka memang sah lah baju kemeja kotak berlace nih bakal jadi milik adik bongsu saya.. 




sekadar halwa mata.. lunch kami semalam.. 






p/s
scheduled n3 ni.. petang nanti baru balik & dapat online.


JIka kome nak customize blog tapi tak reti nak godek-godek sendiri.. saya sedia membantu. klik sini laju-laju.

Jom join segmen rerama berterbangan, due 31 Disember 2011, jam 11.59 pm

.. Jom meriahkan sekali contest & giveaway ibu sihat anak riang..






salam kasih sayang & selamat berhujung tahun.,



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Rabu, Disember 28, 2011

Hadiah Contest & GA dari Take Me Home



Salam bahagia,


Okay, ini adalah hadiah daripada Ely Hasrol , penaja Take Me Home.


Sila abaikan baju purple yang dipakai didalam tu... modelnya malas nak salin baju yang dia pakai. Modelnya ni kurus jer dan baju-baju tu semuanya besor untuk si model.  dan saya pulak, segan nak menggayakan baju-baju nih.

nota : model saya ni kurus kering jer orangnya.. tinggi dalam 153cm



2 blaus ini hadiah untuk contest

sila abaikan tshirt purple yg dipakai belah dalam
saiz blaus :
bahu 15"
panjang 35"


sila abaikan tshirt yang dipakai belah dalam
saiz blaus :
bahu 16"
panjang 36" 

dua-dua blaus adalah jenis lycra (memeri) dan agak berat.. elok jer jatuh ke bawah
dua



2 baju ni untuk hadiah giveaway

saiz baju :
bahu 15"
panjang blaus 35" 


blaus ni nampak besor untuk si model, tapi kalo saya yang pakai, ketat sikit dibahagian pinggul :p
ukuran baju :
bahu 19"
panjang blaus 36"




Terima kasih pada Ely Hasrul @ Take Me Home.


klik banner untuk join Contest & giveaway..





Salam kasih sayang,
.


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

3 jenis Bubur Asyura



Salam bahagia


hari ni layan gambor jer lah yer... bubur asyura ni makbonda yang beri.. dapat dari surau Taman sebelah. Di taman perumahan kami ni baru ade ura-ura nak bina surau, jadi aktiviti memang tak banyak di taman kami ni. dan saya pulak memang daftar khairat kematian di surau taman makbonda. 



bubur ni rasa manis 



bubur nasi asyura rasa lada hitam



bubur asyura berempah



Saya tak tahu mana satu bubur asyura Kelantan dan Kedah.. tahu makan jer.. malas pulak nak google pagi-pagi ni.. pasni nak mengarang karangan BM pulak lepas ni.. tu yang mood nak mengarang panjang-panjang di blog ni ke laut..


Hari ni memang banyak kerja yang harus dibereskan.. esok pulak Fikri ada orientasi PRA-sekolah di Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan di Ulu Kinta. Kalau sempat saya akan BW.. jika tak saya sambung esok petang. 


Hari ni plan menu untuk lunch - ikan duri masin tumis, sambal belacan, ulam timun jepun dan telur dadar. Ikan basah masih tak jumpa-jumpa, en ayah tak mau beli sebab yang ada hanya ikan kotak.. pesan beli daging (teringin nak masak rendang daging pulak), en ayah cakap daging mahal.. apa kes, kalo tak nak beli tu cakap jer lah kan.. 



p/s
2011 dah sampai ke penghujung ni, pasti ramai yang sibuk dengan persiapan anak-anak nak ke sekolah kan.. 



JIka kome nak customize blog tapi tak reti nak godek-godek sendiri.. saya sedia membantu. klik sini laju-laju.




salam kasih sayang & selamat berhujung tahun...



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Selasa, Disember 27, 2011

Diserbu oleh blogger Semekar Kasih @ CikguIsza



Salam bahagia,


Heheh.. Cikgu Isza datang serbu rumah saya semalam.. happy SIla klik sini laju-laju, baca n3 Edisi serbu rumah blogger.




ala-ala bercuti mandi kolam dah ni.. a.k.a berkubang


Dah lama dah teringin nak jumpa cikgu Isza ni, dari bulan Dec 2010 lagi, masa tu cikgu baru bersalinkan anak ke-3 nya. Dah setahun berlalu, baru lah ade rezeki nak berjumpa. 






Fikri memula segan@malu-malu nak berkawan dengan anak-anak cikgu Isza.. tengok lah si kurus Fikri main dengan abang-abang yang sihat bersemangat.. yang pegang Fikri tu setahun jer tua dari Fikri.. yang si abang sorang lagi tu tahun depan Tahun 3.. tapi besor kan badan nya..  Maaflah tetiba tak leh nak recall kedua-dua nama anak cikgu Isza nih.. tapi saya ingat 2-2 mula dengan huruf M.. 




hero cikgu Isza yang no3.. Muazzin namanya.. umur baru 1 tahun.. geram betul dengan dia nih. 




buah tangan dari cikgu Isza untuk anak-anak saya..



close-UP sikit.. tebal tau cokolat nih. (cikgu Isza buat sendiri ni)..  saiz nya saya agak 1 inci x 1 inci (lebih kurang). 


Anak-anak saya makan sorang seketul jer, sebab saiznya besor.. (selebih tu depa simpan)  saya dah rasa sikit (anak bagi rasa), sedap.. rasa cokolat tu bitter sikit.. saya suka..  kome NAK.. meh jengah sini >> COCOFancy. Harga serendah RM6 untuk 9 biji yang macam saya dapat ni. Murah kome.. rasa pun sedap.


Cuma satu jer lah ralat sikit, tak dapat menjamu tetamu makan puas-puas. Kebetulan pulak, semalam stok barang basah habis. sad Normal ni untuk keluarga kami, dalam 1 minggu mesti ade hari barang basah sampai kering kontang.. Insya Allah, harap len kali boleh le saya & cikgu Isza main masak-masak kat rumah kami. Memang tak menjangka akan menerima tetamu secara mengejut, short notice gitu.. hehhe. batting eyelashes Tapi kalo nak tunggu 'perfect time', memang tak jumpa lah jawab nya.


Harap2 cikgu Isza tak serik lah datang ke rumah saya. Insya Allah, sebab en ayah pun sebenornya memang kenal dengan mak & ayah cikgu Isza, jadi takde sebab lah en ayah nak berdalih-dalih kalo saya ngajok serbu rumah cikgu Isza pulak. winking



Saya & cikgu Isza tak sempat nak snap2 gambor berdua.. sebabnya sibuk dok bersembang.. macam dah kenal bertahun.. hihiii..  batting eyelashes



salam kasih sayang,







Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Isnin, Disember 26, 2011

Saja-saja nak tukor header jap




Salam bahagia,








Saja jer try test mencuba.. mengEDIT gambor... crop sikit & simpan..

Header tu panjang sikit.. tapi malas nak adjust dah.. bior jer lah..

Sekadar nak ubah selera..


Gambar tu adik snap semasa di Teluk Senangin.. tengah dok pujuk Aliya yang takut dengan ombak..



JIka kome nak customize blog tapi tak reti nak godek-godek sendiri.. saya sedia membantu. klik sini laju-laju.




salam kasih sayang,



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Ahad, Disember 25, 2011

Cucur nasi ikan bilis



Salam bahagia,





Ini aje gambor yang ade.. langsung tak pro... memang tak leh jadi masterchef.. deco ajer dah zero-point.. hihii


Senang jer nak buat... rasanya semua orang pandai buat cucur..

  • 2 senduk nasi (sukatan ikut suka ya, saya suka nasi banyak.. nasi balance semalam pun)
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • ikan bilis dalam segenggam (ni pun ikut suka, lagi banyak, lagi sedap)
  • 1 labu bawang besar
  • 1 cawan tepung gandum
  • daun saderi dihiris (pun sukatan ikut suka) - yang saya buat hari tu, tak letak sebab takde stok
  • karot/lobak merah dihiris (ikut suka nak letak sikit @ banyak)
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh garam @ kurang lebih ikut suka.. 


Caranya :

  • nasi, ikan bilis, bawang besar, telur dan serbuk penaik & 1/2 cawan air - disatukan dalam jug blender dan dikisar.. tak perlu lama sangat.. tak perlu lah kisar halus macam nak buat solid food untuk baby tu..
  • kemudian masukkan dalam mangkuk besar, dan dimasukkan tepung sedikit demi sedikit, tambah air sedikit sedikit, agar adunan tidak terlalu pekat.. 
  • masukkan lobak & daun saderi kacau rata.. pastikan adunan tidak terlalu cair @ pekat. JIka nasi banyak, adunan tu akan jadi makanan baby , mudah nak diacukan dengan tangan.
  • biarkan seketika.. agak2 dalam 1/2 jam
  • goreng dalam minyak sederhana panas & angkat bila dah warna jadi golden brown.. 
  • sedap dimakan dengan sos & mayonis, sambal ikan bilis, kuah kari (kalo yang semalam punya lagi kaw), dengan ikan masin pun sedap..  dan apa sahaja yang sesuai untuk dibuat pencicah.


nota :
ada orang selalu fail buat cucur sebab jadi terlalu berminyak. Tips nya,
  • masukkan adunan tepung sebaik minyak sudah mula panas.. jika masukkan adunan sebelum minyak panas, jadikan fenomena 'masuk minyak'
  • jika adunan tidak cair & just nice jer.. Insya Allah, cucur akan elok tak masuk minyak
  • gunalah tangan untuk acu kan adunan ke dalam kuali.. baru lah dia jadi comel-comel.. 
  • masaklah dengan api sederhana besar & dibalik2 kan selalu.. bukan main tinggal jer.. masak dengan kasih sayang kan..
  • masa nak angkat cucur tu, kecikkan api.. dan tapis dulu cucur tu.. tak pun guna 'kitchen towel' untuk serap minyak.  


p/s

PIL selalu puji saya punya cucur.. just nice, tak masuk minyak & elok lembut.. hihihii.. dah masak benda ni hampir setiap hari.. kalo tak reti jugak, memang nak kena lah tu.. 

Kami dulu masa kecik2, cucur nilah makanan harian.. kadang-kadang cucur bawang, kadang2 tepung & garam semata2... jadilah cucur keras gedegung.. tapi dah itu ajer yang ada, makan jer la dengan lahap & berebut-rebut.







salam kasih sayang,



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Jumaat, Disember 23, 2011

Selepas 22 hari



Salam bahagia,


Biarlah gambar dan nombor sahaja yang berkata-kata...


mode saya :  Happy  dan 
harapan paling besar.. adalah... semoga Nuffnang sudi beri BE kat blog saya yang ini... 



Blog yang baru diaktifkan 22 hari..








Blog yang telah ditinggalkan 22 hari yang lalu..







masih ada 1 BE yang running di blog kakyong72.. terima kasih Nuffnang.. Grin



jemput memeriahkan contest & giveaway ibu sihat anak riang




salam kasih sayang,


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Khamis, Disember 22, 2011

Rendang Pedas




Salam bahagia,


Idea nak menulis dah ke laut.. tu yang dari pagi tak berupdate.. asyik mengelewor membaca berita.. Tahniah buat adik-adik yang baru mendapat keputusan PMR.. pada yang mendapat keputusan kurang baik tu, jangan putus asa.. boleh usaha lebih lagi semasa SPM nanti.





rendang pedas ayam.. tak kering lagi ni.. masih dalam kuali nih..


Ini lauk pada Ahad lepas.. masak pun belah petang, jadi malam baru anak-anak makan. Anak-anak makan bertambah-tambah, sampai nak licin nasi dalam periuk nasi. hehhe.. senyum lebor la si ibu. Tapi si ibu yang tak berapa lalu nak makan. Bosan jugak, beberapa minggu ni, en ayah beli ayam jer.. bila pesan beli ikan, katanya ikan takde, yang ade ikan kotak dan ikan pecah perut. Pesan beli ikan masin pun tak dibeli-belinya.. 



Rasanya rendang pedas ni semua orang reti buat.. campak jer semua bahan-bahan dalam kuali.. tunggu sampai mendidih dan dah hampir nak kering tu masukkan hirisan daun kunyit dan kerisik. 


Saya masak memang takde sukatan. happy

Yang saya masak ni :
1/2 ekor ayam - sederhana besar - potong 12 (ikut suka saiznya), saya potong saiz kecik sebab senang anak2 nak makan
2-3 sudu makan cili giling - saya guna cili giling puteri, kalo kurang suka pedas boleh kurangkan
4 batang serai - dihiris dan ditumbuk
2 labu bawang besar - dihiris
1/2 inci halia (nak lebih pun boleh) - dihiris halus
sedikit lengkuas - kali ni tak guna, sebab takde stok
1 cawan santan pekat - saya guna tak sampai 1 cawan.. itu pun dah cukup lemak berminyak
1 cawan air
1 sudu teh kerisik - ni kerisik suami buat sendiri
1-2 helai daun kunyit - dihiris halus , daun kunyit saya guna tu memang besor, jadi guna 1 jer.
1-2 helai daun limau purut - dikoyakkan jer (option jika suka bau wangi daun limau) - tak bubuh sebab lupa nak minta kat rumah makbonda


Cara-cara:

1. cuci bersih ayam, saya cuci guna limau kasturi.. hehehhe.. malas nak guna tepung, limau nipis pun tak dak stok. - kalo nak ganti dengan daging pun boleh, tapi sukatan tak sure, sebab saya masak main agak-agak jer

2. masukkan bahan-bahan kecuali kerisik dan daun kunyit.. kemudian tunggu sampai menggelegak.. pandai-pandai lah kacau.. senang jer masak rendang ni, masa memula tu boleh jer tinggal camtu jer.. 10-15 minit kemudian boleh lah datang jengah.. kacau balik sesuka hati & perlahanan api

3. Bila dah hampir kering, masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut, perasakan garam..

4. Suka hati nak bagi sampai betul-betul kering atau berkuah sedikit. 


Sedap dimakan dengan nasi, pulut, ketupat dan juga roti.. buat cicah dengan cucur pun sedap.. winking





p/s
ni bukan blog masakan, tapi sesekala nak juga share resepi masakan yang simple-simple.. Ni memang resepi  turun temurun, dari kecik lagi dok tengok opah dan mak masak macam ni. Masa sekolah menengah dulu, rasa pelik jer bila tengok orang buat rendang siap tumis lagi.. tu lah kan, lain tempat lain kaedahnya.




salam kasih sayang,







Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Rabu, Disember 21, 2011

Aktiviti mewarna 3 beradik



Salam bahagia,



Aktiviti mewarna ni sebenarnya sedikit sebanyak membantu dalam perkembangan motor halus anak-anak.

Aktiviti mewarna ni menggabungkan kemahiran : memegang pensel warna, mewarna mengikut ligkungan kawasan, mengenal warna dan membantu imagnasi anak-anak.





Anis sangat kurang suka mewarna.. tapi harus juga saya ajak dia mewarna.. kadang-kadang terpaksa berjanji itu ini.. selalunya janji nak masakkan makanan yang dia suka ataupun janji akan bacakan dia buku cerita banyak-banyak.. janji yang lain tu tak boleh.. tak termampu saya nak tunaikan.


Anis (4 tahun 4 bulan) kidal orangnya, sama juga seperti Fikri.. dah banyak kali saya cuba suruh dia gunakan tangan kanan, tapi dia lebih selesa guna tangan kiri. Anis juga baru beberapa bulan ini saya dedahkan secara serius untuk mewarna. Anis memang masih banyak perlu latihan dalam mewarna.. dia memang kurang fokus dalam mewarna.. memang tak kemas & ke luor kawasan jer..  dan dia paling suka kalau saya tolong dia mewarna.. huhh.






Fikri (5 tahun 10 bulan) pula sudah semakin mahir dengan mewarna, tapi masih belum cukup kemas. Dia suka melukis, sejak akhir-akhir ini jika dia bosan tengok buku, bosan main basikal, dia akan melukis.. dan setiap lukisannya pasti ada cerita. 

Dalam gambar tu saya belikan dia buku cerita.. selain boleh membaca cerita, dia juga boleh mewarnakan gambar dalam buku cerita tersebut. 






Aliya (3 tahun 5 bulan), sudah hampir lebih 6 bulan saya dedahkan dengan aktiviti mewarna. Aliya memang suka tengok abang Fikri buat kerja sekolah sebelum ni. Dia yang selalu terlebih-lebih minta dibelikan buku untuk dia mewarna dan conteng. Kemahiran Aliya mewarna sudah semakin baik. Sudah jarang terbabas dari mewarna ke luar kawasan. Kadang-kadang saya nak tolong pun dia tak bagi... 'biar baby buat sendiri!!!'.. 




ni hasil kerja mewarna Anis.. gambar yang dah siap saya tak snap lah pulak



ni hasil kerja mewarna-dalam-proses Aliya.. 




Alatan mewarna yang pernah saya gunakan

Memula dulu saya beli pensel warna tesco RM0.99 , yang kecik 12 batang jer.. (punyalah kedekut kan..) Saya belikan untuk setiap seorang anak 1 kotak. Tapi bertahan 1 bulan jer.. lepas tu pensel warna semakin pendek kerana kerap di sharp oleh anak-anak dan banyak juga yang hilang dan bertaburan sekeliling rumah. huhu.. jenuh hari-hari kutip pensel warna anak-anak.


*en ayah tak yakin dengan plan saya untuk ajar anak mewarna di rumah, jadi awal-awal dulu dia memang tak support langsung *




Saya juga pernah belikan krayon jenis Buncho untuk anak-anak. Aliya dan Fikri sahaja yang kerap guna krayon ni.. hayatnya bertahan dalam sebulan sahaja.. memang cepat sahaja pendek sebab anak-anak mewarna saban hari.




Akhirnya en ayah terbuka hati nak belikan pensel warna mahal ni.. tak silap harganya dalam RM24 untuk 24 batang pensel warna. Pada saya pensel warna ini memang sesuai untuk tangan anak-anak saya (anak menatih dan pra-sekolah). Alhamdulillah, sudah 3 bulan digunakan, masih bertahan lagi, walaupun panjangnya sudah separuh dari asal. Saya kira hayat pensel warna ini boleh bertahan untuk tempoh 3-4 bulan lagi, jika dilihat kan kekerapan anak-anak saya mewarna.


KOtak tu sudah pun hancur lebur dan saya ganti dengan uncang epal. Setiap hari, saya kerah jer anak-anak kutip dan simpan pensel warna ni sendiri dan kira, jika tak cukup 24 batang, memang saya kerah mereka cari sampai jumpa. Memula memang kena kerah kan, bukan mudah nak membentuk disiplin diri anak-anak.

Setakat hari ini, anak-anak saya memang suka sangat dengan aktiviti mewarna.. memang antara aktiviti yang menggembirakan kita. Dan kita sebagai ibu pun tumpang happy juga.. saya memang suka menyebuk bila anak-anak mewarna.. sibuk nak mewarna sekali.. hehehhe..


p/s
kome boleh buat n3 macam ni sebagai n3 perkongsian untuk contest & giveaway ibu sihat anak riang.





..
jom join contest & giveaway ibu sihat anak riang




salam kasih sayang,




Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio