Salam bahagia,
Alhamdulillah, kali ini saya cuba untuk berbicara tentang budaya belajar di rumah untuk anak-anak pra sekolah. Namun, saya bukan lah pakar, kerana saya pun masih dalam proses mengajar anak-anak di rumah. Masih banyak yang perlu saya pelajari dari segi teknik dan juga menggunakan bahan yang betul, selain menarik minat anak untuk terus belajar tanpa memberi tekanan pada anak.
ini adalah komen saya di entri tersebut
dan ini pula salah satu komen yang kakyong fikir harus dijawab oleh semua ibubapa.
Nak salahkan siapa kalau masuk darjah satu anak tak pandai menulis, tak kenal ABC, xtau satu ape pun?
Ibubapa mana lah tak sedih kan, selepas 2 tahun anak di tadika, (ada yang 3 tahun anaknya dihantar ke tadika) rupanya satu apa pun tak tahu.
Wajarkah jika kita letakkan semua kesalahan pada guru..?
Ada ibubapa yang merungut, hantar ke tadika mahal-mahal tapi anak tak pandai pun.
Bila kita cadangkan, "ajar lah anak di rumah" ramai juga yang beralasan "saya ni kerja, mana ada masa" "anak-anak tak nak belajar dengan saya" dan macam-macam lagi alasan.
bila kita kata "10-15 minit jer setiap malam" ada pulak yang mula tarik muka.. seolah2 kita ni cuba nak mengajar dia pulak..
Memang agak sukar untuk menerapkan nilai budaya belajar di rumah untuk golongan kelas rendah, maksud saya ibubapa yang hanya kerja bawahan (contoh : kerja di kilang bahagian pengeluaran, stor ) dan selalunya stress dengan macam-macam isu. yer lah kan, pendapatan sikit (gabung gaji kedua ibubapa pun belum nak cecah RM2k), dah la macam-macam nak kena bayar.. jadi, tumpuan ibubapa lebih kepada cari duit & sediakan kemudahan dan makan minum di rumah. Hal belajar, memang diserah bulat-bulat kepada guru & sekolah.
nota : statement prenggan di atas ni hanya generalisasi sahaja.. tidak menggambarkan keseluruhan.. sebab ada segelintir yang ambil berat pelajaran anak-anak
Bila anak tak pandai belajar, ibu ayah marahkan anak & ada juga yang 'hamput' guru. (situasi yang biasa)
Isu yang saya sebut ni... adalah realiti kehidupan di kawasan kejiranan makbonda saya.. berbeza sedikit di kawasan kejiranan saya. Sedih pulak bila taraf hidup menjadi salah satu penyebab anak-anak tercicir.. tercicir lah kan, jika 2 tahun di tadika tapi masih tak tahu membaca, menulis dan mengira.. itu belum campur Mengaji, menghafal surah dan banyak M lagi yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak.
Pada saya, belajar di rumah harus kita jadikan budaya dalam kehidupan seharian kita. Harus kita mulakan seawal usia anak. Memang diketahui umum tiap anak punya tahap penguasaan yang berbeza, namun saya tidak suka menjadikan ia alasan, kononnya anak akan pandai bila tiba masanya (saya tak boleh nak tunggu masa tu tanpa berbuat apa-apa)
Belajar tidak semestinya harus duduk di meja belajar.. adakalanya, saat nak tidurkan anak juga adalah masa yang sesuai.. sebelum anak tidur., kita ajar anak membaca doa tidur, di samping ajar beberapa surah mudah seperti AlFatihah & 3 Qul.. boleh juga kita ulang-belajar dengan anak-anak membaca ABC (untuk anak yang belum mengenal huruf), latih-ulang mengeja beberapa perkataan baru setiap hari.. atau pun ajar anak mencongak sifir tambah - contoh satu tambah satu, dua tambah satu..
Dan di hari minggu, (untuk ibubapa yang bekerja) boleh lah buat aktiviti di meja belajar... melatih anak menulis, melukis, mewarna, menampal dan sebagainya.. macam-macam aktiviti boleh dibuat, tetapi harus selalu diingati.. rules nya.. tak lebih dari 30 minit (10 ke 15 minit adalah memadai) untuk satu-satu sesi dan jangan buat anak stress semasa di meja belajar.
Selain sesi belajar di meja belajar, kita boleh juga buat
sesi membaca dengan anak-anak. Insya Allah, lama-kelamaan anak pasti akan suka dengan buku dan suka belajar. Ada banyak tips & panduan yang boleh di google, anda boleh juga baca entri PuanKutu
Tips supaya anak suka membaca.
Jika anda perasan anak anda seperti ketinggalan di sekolah.. Jangan tunggu lagi, mulakan sekarang.. mula kan sedikit demi sedikit.. Insya Allah, dalam tempoh 7-8 tahun nanti, anda pasti akan tersenyum bahagia, tatkala anak sudah remaja, kita tak perlu nak terjerit sampai sakit tekak untuk ingatkan anak supaya belajar.
Alah bisa tegal biasa. Sesuatu yang telah menjadi kebiasaan pastinya tidak lagi menjadi beban.
p/s
anak dara saya si Anis, hanya mampu bertahan 5 minit sahaja untuk sesi belajar.. jika lebih dari itu, dia akan mula tunjuk protes dan memberi alasan yang macam-macam. Memandangkan dia pun baru 5 tahun, jadi memang saya tidak paksa.. cuma sesi belajar tu memang perlu ada setiap hari,
salam kasih sayang,
.
Anda tahu LMFAO tu apa?
Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.